Selasa, September 20, 2011

Merespon Isu...


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca budiman.

Saya pernah mendengar satu ungkapan daripada sifu saya.

“ Jangan percaya cakap orang awam”. Tapi mungkin saya boleh tambah,

“ Jangan percaya cakap orang awam dan pakar yang sering diminta pendapatnya oleh orang awam”.

Ungkapan ini melintas dibenak kepala saya bila membaca komen facebook tentang caj 6% oleh syarikat komunikasi yang heboh sejak kebelakangan ini. Ada yang menyokong dan ada yang menolak caj cukai tersebut. Ada pula terbaca status di facebook, yang mengatakan cukai telah dikenakan kepada syarikat telefon tetapi kali ini dipindahkan pembayaran cukai daripada syarikat kepada pengguna.


Saya tak tahu nak komen apa tentang isu ini. Orang awam boleh bertanya tentang caj 6% yang kini telah ditangguhkan pelaksanaannya. Saya juga pernah terbaca tentang pertanyaan orang ramai kepada Tony Fernandez berkenaan isu pembelian saham MAS oleh Air Asia. Jawapan Tony bermaksud bahawa sesiapa yang yakin tentang keputusannya boleh terus bersama AirAsia. Selepas itu, saham AirAsia terus naik.

Saya betul-betul kecewa dengan kenyataan baru ini yang tersebar dalam facebook yang mengatakan Munchys adalah haram. Saya kecewa bukan disebabkan Munchys tu haram, tetapi jawapan kepada persoalan saya iaitu darimana datangnya sumber ini. Jawapan yang diterima adalah dapat mesej daripada kawan. Terus post di facebook. Sedangkan perkara itu adalah tipu semata-mata.

Saya cuba untuk membawa kenyataan bahawa, kalau anda tidak mengkaji tentang sesuatu isu, jangan bercakap tentang isu tersebut. Jangan bercakap tentang sesuatu isu berdasarkan kenyataan politik seseorang yang bernama ahli politik. Kenyataan adalah, sesiapa yang menipu rakyat, dia akan menang. Jadi, sangat obviously.

Media sangat memainkan peranan yang sangat penting dalam mengubah pemikiran golongan awam. Saya pernah terbaca gardenia haram disebabkan dicampur dengan lemak babi. Tetapi hakikatnya, tak ada pun seperti itu. Saya pernah terbaca tentang seorang telah membeli sebiji cincin bernilai 24 juta tanpa cukai kastam (walaupun orang tu memang saya tak suka). Semua orang bercakap tentang cincin tersebut. Tetapi, apa sebenarnya yang berlaku? Dari mana datangnya berita tersebut. Begitu juga dengan kenyataan naib presiden pas baru-baru ini. Andai sebuah surat khabar tersebut tidak mendedahkan perkara tersebut, tidak heboh perkara ini. Tetapi akhirnya, pesara tentera dan polis mendapat imbuhan daripada kerajaan berupa intensif dan penempatan percuma. Terima kasih kepada Naib Presiden Pas dan akhbar tersebut.

Jarang orang melihat sesuatu isu dalam pandangan yang sangat kritikal. Mungkin sebab ilmu yang kurang dan hanya mendapat berita daripada satu pihak sahaja atau daripada satu punca berita sahaja menyebabkan orang awam mudah terpengaruh dengan media yang tidak tahu punca maklumatnya.

Saya kecewa dengan mesej berantai dan emel berantai sebenarnya. Alangkah ruginya kita jika kita tidak mengetahui tentang punca maklumat. Dapatkan berita yang membimbangkan atau dengan kata lain, beremosi sikit, terus forward kepada orang lain.

Harapan saya, jangan emosi dalam membuat penilaian. Jom jadi orang yang luar biasa, maka anda akan tahu bahawa anda akan berbeza dengan orang lain.

Lateral maksima.............. menjadi orang yang luar biasa.............................

********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: