Khamis, September 15, 2011

Aku Benci MLM


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Sebelum ini, saya telah menulis tentang kenapa saya tidak membenci MLM dan sebelum ini saya mengungkap MLM sebagai “masuk lalu mampus”. Saya mendapat beberapa komen daripada orang yang bergiat didalam MLM yang tidak bersetuju dengan ungkapan tersebut. Sebenarnya saya menyokong network marketing dan saya tidak menyokong MLM pun.

Walaubagaimanapun, artikel kali ini berkenaan orang yang tidak menyukai MLM atau dengan kata lain “membenci MLM”.


Setiap tindakan manusia mesti bersebab. Walaupun mulut mengatakan “ tak tahu” tapi jauh di lubuk hati, mungkin terpendam sebab mereka bertindak atau mengambil langkah tertentu. Hokage ke 4 dalam cerita naruto mempunyai sebab yang tersendiri dalam setiap tindakannya ketika menentang lawannya. Maka kita contohi sikap Hokage  ke 4 tersebut.

Begitu juga dengan orang yang tidak suka kepada MLM ni. Maka saya cuba untuk menyenaraikan beberapa sebab yang biasa menyebabkan orang membenci MLM..

>> ada orang membenci MLM disebabkan beliau telah dijanjikan pendapatan terjamin oleh upline beliau tetapi indah khabar daripada rupa.
Anda tidak perlu marah kepada beliau jika beliau membentak itu ini dalam mana-mana forum dengan mengatakan syarikat anda adalah scam. Sememangnya perlu untuk dia bertindak seperti itu disebabkan beliau terasa tertipu. Sememangnya patut beliau berbuat seperti itu (walaupun memang pahit untuk ditelan jika syarikat betul2 scam).

Solusi yang boleh dibuat adalah hubungi balik beliau dan juga cuba perjelaskan dalam medium yang sama dengan beliau hebohkan orang lain tentang syarikat anda scam. Kalau anda tidak mampu buat, berhenti untuk menyertai MLM @ Network marketing disebabkan anda akan menyebabkan syarikat lain menderita disebabkan sudah dicop syarikat penipu disebabkan menggunakan system network marketing.

>> Beliau menganggap MLM ini mudah dan boleh mendapatkan wang tunai dengan segera sesegera 8 MINGGU!!!
Saya pernah menghadiri bisnes preview dengan memberikan bisnes plan yang Nampak begitu mudah pada mata pendengar. Mendapat wang sebanyak 300K dalam masa 8 minggu. Pada ketika itu, pendengar seolah-olah teruja dengan plan yang ditunjukkan oleh sang penceramah @ leader. Pendengar didendangkan dengan fakta karut, mampu untuk menjana pendapatan sebanyak ratusan ribu dalam masa singkat.

MLM bukan skim cepat kaya. MLM bukan amanah saham yang anda hanya letak duit kat tempat yang berpeluang untuk digandakan dan tunggu untuk mendapat dividen. MLM bukan bisnes goyang kaki dapat duit. Ini adalah betul-betul bisnes. Anda menjadi agen pengedar kepada syarikat yang anda wakili. Seperti mana pengedar yang biasa, mereka mencari kedai-kedai untuk dipasarkan produk tersebut. Begitu juga anda. Perbezaan adalah anda terus mencari pelanggan dan produk dihantar terus kepada manusia bukan kedai.

>> ditinggalkan upline terkapai-kapai. Ini kes teruk. Baik berhenti sebelum anda menjahanamkan orang lain dengan perangai anda tersebut. Saya maklum ramai orang tidak berbakat untuk menjadi leader, tetapi itulah hakikat yang perlu untuk lalui. Menjadi leader yang baik. Lupakan MLM jika anda tidak mahu membimbing orang lain untuk berjaya. Supaya orang lain tidak menderita lebih jauh dengan kehilangan duit dengan sia-sia. Masuk jadi ahli tetapi kosong selepas itu.

>> Mempromosi bagaimana untuk membuat duit tetapi tidak mempromosi barang seperti yang sepatutnya. Jadilah pengedar yang sebenar dengan menawarkan barang bukan menjanjikan pendapatan yang banyak sehingga anda sendiri tidak mampu memenuhi janji tersebut kepada downline anda.

Rasanya ada banyak lagi. Tetapi ini sahaja yang berada dalam pemerhatian saya. Saya terkilan dengan orang  yang saya jumpa tidak memenuhi hak downline mereka sendiri dengan menawarkan perkhidmatan yang terbaik.  

Nasihat saya kepada anda yang ingin menceburi bidang MLM untuk menjana pendapatan sampingan. Kaji betul-betul dan cari maklumat tentang syarikat, produk, orang yang mempromosi dan plan marketing. Tambahan lagi satu, tanya diri sendiri, sesuai tak aku menjadi pengedar untuk produk ini? Apa produk yang sesuai untuk aku promote?

Mungkin anda pernah menjadi cikgu, anda akan promote bidang pendidikan. Kalau anda seorang biologist dan pernah bercita-cita menjadi doctor, mungkin anda akan promote produk VEMMA contohnya ataupun produk kesihatan yang lain. Pokoknya, diri anda sendiri. Mana yang sesuai untuk anda. Adakah anda gembira dengan apa yang anda akan lakukan ini. Tepuk dada tanya iman.

Abanglong.net.
Lateral maksima...... sape nak try jual produk dulu tanpa bayar sesen pon untuk masuk? Boleh hubungi saya di sini ..........................

********* IKLAN ******************* ****************************************************

Tiada ulasan: