Selasa, September 27, 2011

Bila Ayam Mengais


Terpaksa!

Itulah rumusan yang boleh saya buat setelah bekerja di salah satu restoran makanan di MidValley.

Menyelami golongan pekerja bawahan ini, menyedarkan saya tentang bersungguh-sungguh dalam membuat bisnes. Menyedarkan saya kepada hal ehwal pengurusan kewangan. Golongan pekerja ini (termasuklah saya sekarang ini) terpaksa menerima gaji rendah dan bekerja lebih jam untuk menyara hidup terutama dibandar yang canggih manggih ini.

Gaji pekerja akan menyebabkan kos perniagaan bertambah selain daripada kos bahan makanan, sewa tapak, bil air dan elektrik dan sebagainya. Kos-kos ini adalah kos perniagaan dan sebuah perniagaan perlu meletakkan harga yang lebih mahal untuk menampung kos-kos diatas dan membuat keuntungan.

Selasa, September 20, 2011

Merespon Isu...


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat pembaca budiman.

Saya pernah mendengar satu ungkapan daripada sifu saya.

“ Jangan percaya cakap orang awam”. Tapi mungkin saya boleh tambah,

“ Jangan percaya cakap orang awam dan pakar yang sering diminta pendapatnya oleh orang awam”.

Ungkapan ini melintas dibenak kepala saya bila membaca komen facebook tentang caj 6% oleh syarikat komunikasi yang heboh sejak kebelakangan ini. Ada yang menyokong dan ada yang menolak caj cukai tersebut. Ada pula terbaca status di facebook, yang mengatakan cukai telah dikenakan kepada syarikat telefon tetapi kali ini dipindahkan pembayaran cukai daripada syarikat kepada pengguna.

Khamis, September 15, 2011

Aku Benci MLM


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Sebelum ini, saya telah menulis tentang kenapa saya tidak membenci MLM dan sebelum ini saya mengungkap MLM sebagai “masuk lalu mampus”. Saya mendapat beberapa komen daripada orang yang bergiat didalam MLM yang tidak bersetuju dengan ungkapan tersebut. Sebenarnya saya menyokong network marketing dan saya tidak menyokong MLM pun.

Walaubagaimanapun, artikel kali ini berkenaan orang yang tidak menyukai MLM atau dengan kata lain “membenci MLM”.

Isnin, September 12, 2011

Selamat Kembali Ke Kampus


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca.

Hari ini adalah hari pertama saya menyambung kembali semester , insya allah yang terakhir. Cuba untuk menghabiskan semua jam kreadit yang berbaki sebelum ini.

Kepada semua Student U, selamat kembali ke university. Pasti seronok kembali  ke kampus. J

Kepada yang dah habis belajar, selamat mencari kerja. Kalau dah dapat gaji, jangan lupa belanja.

Dan kepada umat islam keseluruhannya, selamat menyambut aidilfitri. Walaupun terlewat, tetap nak ucapkan juga sebab tak dapat nak post artikel ini dalam blog. Anyway, maaf zahir dan batin kepada semua pembaca blog ini sekalian. Harapan, anda terus bersama abanglong.net dalam menyampaikan ilmu kepada masyarakat.

Saya fikir nak buat perubahan dalam blog ini. Any komen tak? Saya sedang mencari titik perubahan sikit untuk blog ini. Insya allah anda akan membantu saya dalam merubah blog ini. Kerjasama anda sangat dihargai.

Saya nak buat kerja lain pulak. So, jumpa lagi next time. Terima kasih kerana setia membaca.


Lateral maksima........ syukur, sudah 4 tahun berblogging........................

********* IKLAN ******************* ****************************************************