Khamis, Mac 31, 2011

Think Win/Win


Think win/win adalahsatu gagasan yang dicadangkan oleh R Covey dalam membentuk pakatan yang effective. Think win/win adalah pemikiran dimana semua harus menang dan tidak ada yang kalah. Konsep ini adalah ideal dan tidak semua kondisi kita boleh mengamalkan pemikiran menang-menang.

Ada beberapa konsep yang biasa diamalkan oleh masyarakat dunia pada hari ini. Pertama adalah win/win. Pemikiran ini menggariskan tentang semua orang boleh mencapai matlamat masing-masing dalam semua perkara yang melibatkan interaksi atau bahasa arabnya adalah muamalat. Konsep ini membawa kepada penyelesaian cara ketiga dimana mengharmonikan dua idea dalam satu idea yang ketiga yang semua orang bersetuju tentang idea ketiga tersebut. Pemikiran seperti ini, akan meningkatkan tahap kebersanan interaktif antara ramai orang dan tidak menenggelamkan mana-mana pihak. Semua orang boleh mendapat kebaikan daripada idea ketiga yang diharmonikan.

Kedua adalah win/lose. Ini adalah perlumbaan ataupun pertandingan. Semua orang akan akan berlumba dan bertanding sesama sendiri untuk mencapai No.1. Jika satu pihak telah menang, maka dipihak yang lain akan kalah atau mendapat keburukan. Konsep ini biasanya menjadikan tahap permusuhan meningkat dan ketidak percayaan yang teruk. Sikap penting diri sendiri akan tumbuh dengan jayanya. Mungkin kebaikan adalah meningkatkan daya saing dikalangan semua pihak yang menyertai. Pihak yang merasa akan kalah akan cuba untuk mengalahkan pihak yang menang dimasa akan datang.

Ketiga. Lose/win. Orang yang berfikir sedemikian adalah orang yang tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup. Dalam setiap perkara yang dia lakukan adalah mengalah dan terus mengalah. Dia tidak ada target yang dia ingin capai. Bagi pihak yang berfikir seperti ini adalah, tiada semangat untuk meningkat maju dan tiada perkara yang mendorong kearah yang lebih baik pada mereka. Golongan seperti inilah yang sering dimanipulasi oleh golongan kedua diatas. So tidak ada benefit yang boleh diambil dari sikap seperti ini.

Keempat adalah win. Golongan yang berfikir seperti ini adalah golongan yang sering hendak menang tanpa menghiraukan golongan yang lain. Dalam fikiran mereka, mereka hendak menang walau apapun yang berlaku. Golongan yang suka menjadi pemerintah dan tidak suka diperintah.

Kelima adalah no deal. Jika dua pihak yang win/lose atau win bertembung, maka yang akan berlaku adalah semua orang bersetuju untuk tidak bersetuju. Ya tidak ada yang bersetuju dengan idea masing-masing. Tidakkah ini adil untuk diri kedua-dua pihak.

Jika ditanya tentang golongan manakah yang terbaik? Jawapannya adalah terpulang kepada anda dan situasi.

lateral maksima............. susahnya nak cari motor..............

Selasa, Mac 22, 2011

Aku Ingin Terbang!!!!!1


LAPANGAN TERBANG KUALA TERENGGANU

“ Ummi, pok wan nak pegi mana?”
“ Pok wan nak pegi belajar kat Mesir. Naik kapal terbang” jawab Ummiku.

Ketika melihat kapal terbang yang dinaiki oleh Pok wan terbang, saya mula memasang impian untuk terbang. Ya, aku mahu terbang!!!!

DALAM KELAS SEJARAH

Cikgu Zaleha: Fahmi nak sambung belajar kat mana?
Fahmi: University of Cambridge cikgu ( aku mahu terbang!!)

Semua kawan-kawan didalam kelas bersorak mendengar cita-citaku. Bising sekejap kelas 5 Al-Farabi. Ada yang mencemuh dan ada yang memuji. Begitulah dunia, ada yang baik dan ada yang buruk. Tetapi yang penting adalah aku mahu terbang!!!!!

DI KAFE

Senior: seronok fahmi ana pergi Mesir, melihat itu dan ini, bla...bla...bla.....bla.( bercakap tidak henti)
Fahmi: Wah, kagum-kagum ( Ya, aku mahu terbang!!!!)

DI DALAM PEJABAT VC

VC: Saya telah pergi banyak negara. Mereka lebih hebat daripada kita dari sudut menghasilkan kertas kajian. Saya telah pergi ke Jepun, China, Korea, Taiwan dll.... bla...bla...bla........

Fahmi: Wah, kagum-kagum ( seronoknya aku boleh terbang. Ya, aku mahu terbang!!!!)

DALAM YM

Adik: Aisyah hope abang, Mum and Dad will fly to Egypt. This place is so amazing.
Abang: hahahaha ( xpe nanti abang gi mesir tengok ecah study dop. Asyik YM je)

Dari dulu memang ingin sangat nak naik kapal terbang. Disebabkan beberapa factor, misi ini selalu ditangguhkan. Walau bagaimanapun, misi ini masih lagi menjadi misi peribadi yang penting dalam hidup. Saban hari, keinginan untuk terbang semakin kuat. Tetapi kalau nak terbang je buat ape gak kan?

Lateral maksima..... kumpul duit beli kapal terbang........................


Selasa, Mac 15, 2011

Tsunami Perubahan


Assalamualaikum.......

Banyak sekali perkataan yang sampai ditelinga saya tentang bencana di Jepun. Bala, hukuman kepada tuhan disebabkan kemaksiatan kepada Allah dan sebagainya. Yang paling menarik adalah bencana ini disebabkan tidak mengamalkan green technology dan pembangunan pesat di Jepun. Allah, beghak sungguh aku dengan semek datin seri ni. Rase nok sekeh pale ye wak statemen gitu. Cakap kut sedak mulot ye je.

Mengikut apa yang dibentang oleh lecturer dihadapan kami, pelajar pengurusan alam sekitar UM, Jepun adalah pelopor Green Technology yang paling maju dan paling berkualiti. Mereka mengamalkan integrity berkesan keatas semua produk yang mereka hasilkan. Malah mereka juga adalah pelopor Green Car atau dikenali sekarang sebagai hybrid car dan electric car. Alangkah bahayanya kenyataan ini diucapkan dikhalayak ramai seperti itu.

Sejak pasca perang dunia kedua, Jepun mengalami pertumbuhan yang sangat cepat. Dalam masa 30 tahun sahaja, Jepun menjadi hebat dalam technology dan ekonominya. Malah pakar ekonomi ( maklumat yang telah terlupa, diambil dalam satu majalah kalau tak silap) menyebut bahawa tiada satu rumah pun di dunia ini yang tidak memiliki barangan daripada Jepun. Paling tidak pun selipar jepun (joke).

Mereka berdepan dengan krisis dengan penuh sabar dan bergerak kerja dengan bersungguh dan istiqamah, akhirnya mereka berjaya menjadi antara negara kuasa dunia, melalui ekonomi, teknologi dan industry seni! Kejayaan mereka dicatat dalam sejarah dunia, sebagai negara yang hancur lebur dek dua bom atom yang dilepaskan tentera amerika sewaktu perang dunia kedua. Dan hari ini, dunia mencatat sejarah juga bahawa jepun mengalami kehancuran teruk akibat gempa bumi, tsunami, letusan gunung berapi dan letupan reactor nuclear. Empat bencana sekaligus.

Ya, jepun mempunyai teknologi canggih yang mampu mengesan dan mempunyai teknologi untuk mengurangkan impak akibat daripada gegaran gempa bumi dan tsunami serta letusan gunung berapi. Kecepatan mereka mengesan bencana alam adalah untuk mengurangkan kematian akibat bencana alam. Bangunan-bangunan dilengkapi dengan teknologi yang boleh menyerap gegaran dan kelebihan untuk bergerak sedikit untuk membuatkan bangunan stabil jika berlaku gempa bumi.

System komunikasi dikemaskinikan agar amaran awal dapat disebarkan dengan cepat dan berkesan. System pengangkutan dan reactor nuclear juga direka khas agar mampu untuk bertindak atas setiap bencana alam. Kereta api berhenti secara automatic jika berlaku bencana alam. Ini semua dilakukan untuk mengurangkan kematian akibat daripada bencana alam.

Saintis jepun telah lama mengakui bahawa mereka tidak mampu untuk menghalang bencana alam daripada berlaku. Bencana alam ini mereka akui, mereka tiada KUASA untuk mengawalnya. Bertitik tolak daripada pengakuan kelemahan merekalah, mereka mencari apakah kuasa yang ada pada mereka. Mereka mula menfokuskan kepada kesan bencana alam dan mereka percaya bahawa mereka mampu untuk mengawal kadar impak yang berlaku akibat daripada bencana alam. Maka dengan keyakinan itu, mereka berjaya menghasilkan teknologi yang terbaik untuk mengurangkan impak tersebut.

Saya tidak suka dengan kenyataan “ gempa bumi di Jepun menunjukkan bahawa sehebat manapun teknologi yang dihasilkan oleh manusia, tidak dapat melawan kekuasaan Allah.” Owh memang saya tidak suka dengan statement begitu. Anda seolah-olah menyandarkan kesemua yang berlaku kepada Allah. Seolah-olah anda tidak mahu berusaha untuk mengawal apa yang kita semua mampu kawal. Orang jepun mengakui mereka tidak mampu mengawal bencana alam daripada berlaku, tetapi mereka mengawal apa yang mereka mampu, iaitu kesan bencana alam. Saya benci mendengar ayat “ bencana nak berlaku, nak buat macam mana” tetapi saya menyukai orang berkata “ apa yang aku buat untuk mengurangkan kerugian seperti yang berlaku hari ini.”

BELAJAR DARIPADA JEPUN

Jepun adalah bangsa yang paling cepat berubah. Mereka berubah daripada negara yang ditimpa bencana kepada negara yang paling maju. Mereka berubah daripada negara yang kalah pada perang dunia kedua kepada negara yang menguasai dunia. Mereka berubah daripada orang paling kejam kepada orang yang paling berdisiplin. Ya, mereka cepat berubah. Itu indicator mereka adalah bangsa yang hebat.

Mereka berubah menjadi bangsa yang menguasai, dan mementingkan quality berbanding mereka yang dipandang rendah suatu masa dahulu. Kesan mereka berhadapan dengan krisis, menemukan mereka yang kita kenali sekarang. Mereka keluar daripada belenggu mereka dahulu, dan menjadi bangsa yang menguasai segenap penjuru dunia.

Bukan niat saya untuk memuja jepun. Tetapi niat saya adalah kita menjadi seperti mereka. Kita belajar macam mana mereka bangkit dan berubah. Belajar mereka mengubah budaya mereka sendiri. Mencabar diri dikala negara mempunyai sumber bumi yang sangat terhad. Dan mereka berjaya untuk berubah.

Hakikat yang kita masih lagi dijajah semakin kuat apabila negara eropah penjajah kita, mula dilanda muflis. Portugal dan spain adalah dua negara yang berada di dalam zon untuk muflis selepas Greece dan beberapa negara lain. Mereka adalah negara yang kurang disiplinnya dan paling kurang berubah budaya mereka. Maka mereka mula dilanda muflis. Satu demi satu negara diisytihar sebagai muflis. Adakah kita hendak menjadi seperti mereka?

Bagi saya, ini adalah peringatan yang terbaik buat warga jepun. Orang muda jepun sudah melupakan generasi awal yang bertungkus lumus membangunkan negara jepun sampai ketahap sekarang. Kadar bunuh diri semakin lama semakin meningkat dikalangan orang muda jepun. Dengan bencana yang berlaku, mereka tersedar untuk berubah. Saya yakin, mereka cepat untuk kembali bangkit. Ya, mereka adalah bangsa yang cepat berubah suatu masa dahulu. Maka saya yakin yang mereka mampu bangkit kembali daripada bencana ini.

Mereka dilanda bencana alam untuk mencabar mereka untuk berubah. Adakah kita hendak dilanda bencana alam barulah nak berubah?

Lateral maksima........... mahu belajar daripada jepun seperti Dr. Hamdi............................



Khamis, Mac 10, 2011

Habit 3: First Thing First.............


Sampailah kita kepada habit ke 3. First thing first.............

Jika habit 2 membincang tentang matlamat dan pembentukan gambaran sebenar dalam minda seseorang sebagai mimpi, habit 3 pula adalah lebih kepada pengurusan.

Sebenarnya ramai orang terutama mahasiswa sangat sukar untuk berbincang tentang pengurusan. Tetapi melihat banyak sekali buku-buku tentang pengurusan kerja dan masa, maka menidakkan statement diatas. Apa-apa pun, bergantung kepada korang tuk menilai adakah apa yang saya cakap ini betul atau salah.

Apa focus habit ini? Jawapannya adalah mengutamakan pengurusan quadrant II berbanding quadrant I dan mengurangkan quadrant III dan IV. Focus habit ini juga adalah untuk menjelaskan dimana keutamaan yang perlu diutamakan. Apa pulak quadrant-quadrant ni semua.?

Quadrant I menunjukkan kepada kesegeraan yang tinggi dan kepentingan yang tinggi. Contohnya adalah tugas-tugasan yang telah dekat deadline dan sebagainya. Jika tidak dibuat, maka pelajar akan gagal, pekerja akan dpotong gaji @ dibuang kerja, tidak mendapat bonus dan sebagainya. Inilah quadrant yang menjerat masa dan tenaga kebanyakan orang didunia ini.

Quadrant III adalah quadrant yang tidak berapa penting tetapi segera. Quadrant ini juga adalah quadrant yang membazir masa kerana kepentingan disini kurang. Contohnya adalah melayan orang tidak dikehendaki, mengangkat telefon yang tidak diperlukan dan sebagainya.

Quadrant IV adalah quadrant yang betul-betul membuang masa. Kerana disana tidak ada kepentingan dan tidak ada kesegeraan. Tetapi malangnya adalah ramai orang yang melakukan aktiviti-akviti ini. Contohnya adalah gossip kosong, bermain permainan yang tidak berfaedah dan sebagainya.

Apa yang terlepas pandang yek? Owh terlupa, quadrant II. Quadrant II adalah quadrant yang penting tetapi tidak berapa segera. Contohnya adalah tugasan, tetapi dateline adalah masih jauh lagi. Kepentingannya adalah sama dengan quadrant I tetapi masa untuk mencapainya adalah panjang dan tidak memerlukan tenaga yang banyak. Yang pastinya adalah cukup tidur berbanding quadrant I yang tidak cukup tidur kerana mengejar dateline. 

Quadrant II adalah perkara yang perlu untuk diutamakan. Ramai orang melupakan soal kepentingan keluarga dan keilmuan demi mencapai kepuasaan memegang duit. Maka ramai daripada keluarga mula bercerai-berai kerana terlampau memikirkan tentang soal duit yang rata-rata menjadi pokok keutamaan pada dunia sekarang. Kalau tidak pun, soal pangkat menjadikan keutamaan.

Saya memandang quadrant II adalah suatu yang perlu untuk diperhalusi bersama. Soal hubungan dengan orang disekeliling, soal pengaturan kerja dan sebagainya. Ramai orang meletakkan sesuatu perkara dalam quadrant I & III disebabkan ingin kelihatan sibuk. Kadang-kadang sesuatu itu merugikan kerana tidak mendapat hasil lebih bermakna dan berkesan. Selalu tidak berpuas hati dengan pencapaian sekarang, tetapi tidak dapat melakukan apa-apa untuk mengubah perkara ini.

Belajarlah untuk membuat kerja esok sekarang. Dan belajarlah untuk meningkatkan kualiti diri yang sedia ada. Soal peningkatan kemampuan diri juga adalah soal Quadrant II juga. Maka saya mengesyorkan kepada anda, First Thing First untuk bacaan anda. Budayakan apa yang dituliskan dan kita semua akan menjadi effective muslim.

Lateral maksima............ tak dapat pergi idt 2...........................

Selasa, Mac 08, 2011

Hargailah Allah


Assalamualaikum............

Tertarik dengan pertanyaan seorang ukhti tentang memakai tudung secara paksaan. Adakah si anak akan ikhlas jika dipaksa menutup aurat? Bagi saya ini soalan yang sangat bagus untuk difikirkan bersama.

Begitupun, saya melihat adik-adik saya membesar. Sewaktu mereka kecil, dengan slumbernye mereka membuka seluar di khalayak ramai ketika hendak memasuki bilik air. Tetapi sekarang mereka tidak lagi disebabkan perasaan malu dan mereka tahu perkara itu dilarang dalam agama, membuka aurat.

Saya pernah bertanya kepada seorang kawan perempuan yang free hair. “bila agak-agak ko nak bertudung?” dia menjawab “ aku masih belum bersedia lagi lah fahmi, mungkin aku dewasa sikit lagi mungkin.”. Saya cuma tersenyum sahaja. Jawapan yang ikhlas aku kira dari seorang perempuan. Saya cuba untuk tidak mendesak dia dengan ayat-ayat yang ‘power’ untuk dia memakai tudung. Tidak untuk aku katakana kepada dia bahawa KENA pakai tudung. Never say that!!!

FOKUS KEPADA AKIDAH

Tertarik dengan satu video yang dihasilkan oleh geng-geng MMU mengenai hijab. 4 orang telah ditemuramah dalam video tersebut. Bila ditanya satu soalan “ apa tujuan kamu memakai tudung?”
Seorang menjawab disebabkan fesyen terkini dan dia baru sahaja pulang dari mengerjakan umrah. Seorang lagi menjawab bahawa dia telah bertudung sejak lama dahulu. So dia tak rasa untuk tidak bertudung. 2 orang lagi menjawab dengan jawapan, aku bertudung kerana Allah.

Kerana Allah. Itulah focus kita iaitu menuntun orang lain kepada akidah yang murni. Maka saya ingin bertanya kepada anda semua. Kenapa anda semua bertudung atau menutup aurat? Adakah suruhan mak ataupun kebiasaan dari kecil lagi? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh kita semua sebenarnya. Tidak kira wanita atau lelaki.

Suruhan menutup aurat ini adalah lambang kita menghambakan diri kepada Allah. Dan ini adalah satu daripada ibadah dan sekaligus muamalat sesama kita. Cuba anda berfikir, jika tidak turun ayat Allah untuk menutup aurat, adakah kita sekarang akan menutup aurat? Jawapannya TIDAK bukan? Mungkin mendapat teori sains atau kajian yang telah membuktikan kelebihan menutup aurat dan sebagainya. Tetapi kita adalah hamba kepada Allah swt. Apa sahaja yang disuruh oleh Allah swt mesti ditaati oleh kita. No excuse kecuali ‘orang yang dibenarkan’. Siapa sebanarnya ‘orang yang dibenarkan’?

Mereka adalah orang baru sahaja mengenal islam. Sebab itu saya hanya tersenyum ketika mendengar jawapan tidak bersedia oleh kawan saya tadi. Mereka tidak kenal islam sesungguhnya. Mereka tidak Nampak suruhan Allah disebalik pemakaian tudung. Disinilah tugas kita yang sebenarnya. Menjelaskan Allah dengan sebetulnya. Kenallah Allah dengan sesungguhnya.

TUJUAN HIDUP

Allah itu adalah tujuan hidup kita. Kita hidup sememangnya adalah untuk Allah. Segala-galanya adalah untuk Allah. Makan minum untuk hidup yang sihat adalah untuk Allah. Alangkah bahagianya jika manusia mengenal TUHANNYA. Adakah tuan-tuan semua bersetuju dengan kenyataan ini?

Kita bersosial kerana Allah swt. Kita menjalankan tanggungjawab kerana Allah swt. Yakinlah Allah yang menciptakan alam ini dengan begitu sempurna. Planet ini berfungsi dengan yang sepatutnya termasuklah dengan planet bumi yang kita pijak ini. Begitu juga dengan tubuh badan kita, ini adalah ciptaan Allah yang sempurna. Betapa kita kerdil dengan dengan ciptaan tuhan. Hari ini saya membaca seorang penoreh getah dilambung oleh gajah. Kerdilnya kita dihadapan makhluk Allah. Apatah lagi berhadapan Allah sendiri.

Yakinlah akan Allah lah sahaja tempat untuk disembah. Sedarkah kita hanya hambanya sahaja. Dan yakinlah dengan Allah yang mempunyai sifat-sifat yang sempurna seperti mana yang dimaktub dalam 99 nama Allah dan 20 sifat. Yakinlah bahawa Allah mencipta malaikat dengan penuh dramatic seperti mana yang diceritan di dalam kitab-kitab agama.

Kenallah Allah swt jadikanlah hidup kita semata-mata kerana Allah. Allah tidak memerlukan kita sebenarnya tetapi kita yang memerlukan Allah untuk hidup. Orang yang setuju akan Allah swt sebagai tujuan hidup akan mengikut suruhan dan larangan yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Kerana ia adalah suruhan dan larangan Allah. Itulah guideline kita. Itulah manual kita. Manual untuk hidup harmoni diatas bumi makhluk Allah ini.

Antara suruhan adalah menutup aurat. Menjaga batasan lelaki dan perempuan, solat, puasa, haji, zakat, berbuat baik kepada ibu bapa dan sebagainya. Percayalah ini semua datang daripada Allah swt. Kepada kawan-kawan saya, jangan ingat Allah, tetapi hargailah Allah dalam hidup kita.

Lateral maksima.............................. rindu nak melihat adik.........................


Ahad, Mac 06, 2011

Habit 2: Pengaruh Prinsip


Assalamaualaikum...........

Apa itu prinsip? Apa beza pulak dengan nilai? Tertarik dengan kata-kata seorang senior.

“ politik baru sekarang adalah politik nilai. Orang sekarang melihat nilai bukan lagi idealogi pegangan parti..”

Saya makin tidak faham. Apa politik nilai yang dimaksudkan? Adakah nilai ini bermaksud semua perkara yang berharga termasuk perhubungan dan juga wang? Begitukah yang dimaksudkan dengan politik wang?

Saya masih lagi membaca 7 habit. Yang menarik adalah, R Covey menekankan tentang principal centred @ pusat prinsip. Apa pulak pusat prinsip dan apa perkaitan dengan persoalan yang tidak dijawab diatas. Kita rungkai satu-satu.

Setelah kita berbincang tentang matlamat, maka kita pelukan sesuatu untuk perlaksanaan. Apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat. Ada orang menggunakan arahan ‘keluarga’ untuk mencapai matlamat. Adakah orang menggunakan arahan ‘kerja’ ataupun ‘bos dan pekerja’ untuk mencapai matlamat. Ada juga menggunakan arahan ‘ masjid’ atau jawatan dalam institusi keagamaan untuk mencapai matlamat sendiri ( maka dengan ini banyak sekali ajaran sesat hanya disebabkan ini semata-mata).

Maka pada pendapat anda semua, yang mana dapat mencapai matlamat yang paling adil untuk semua? Jawapannya adalah prinsip. Mengapa prinsip? Disebabkan setiap manusia mempunyai prinsip. Sekurang-sekurangnya adalah prinsip menghormati orang lain. Setiap orang mempunyai prinsip yang tersendiri. Mungkin anda semua tidak bersetuju dengan kenyataan diatas. Tetapi percayalah, prinsip adalah sumber kekuatan yang paling ampuh untuk mencapai matlamat especially pendakwah.

Kita rungkaikan satu-satu pusat pengaruh diatas. Di dalam keluarga, orang yang paling berpengaruh aalah ibubapa. Sememangnya arahan daripada ibubapa wajib untuk dipatuhi, tetapi sampai bila? Malah dalam hal agama pun, jika suruhan ibubapa tersebut menjurus kepada maksiat, wajib ditentang suruhan tersebut. Maka disinilah kelemahannya.

Jika mengambil pengaruh pejabat, maka akan berlaku masalah jika berlaku diluar pejabat. Dan jika based on institusi keagamaan, bagaimana pulak dengan orang yang tidak mempunyai agama.? Jadi yang tinggal adalah prinsip. Semua orang menerima prinsip. Dalam prinsip terdapat nilai yang baik yang semua orang menerima. Contoh adalah menghormati ibu bapa, mungkin ada suruhan ibu bapa yang menjurus kepada maksiat, tetapi dengan prinsip menghormati ibu bapa ini, kita cuba untuk memahamkan ibu bapa tentang prinsip kita yang tidak melakukan maksiat. Cuba untuk menerangkan sebaik mungkin kepada ibu bapa tentang prinsip yang kita pegang. Malah ibubapa akan merasa senang disebabkan kita masih lagi menghormati mereka sebagai ibubapa.

PRINSIP = ISLAM

Islam adalah prinsip. Siapa setuju?( “boleh angkat tangan mcm saya” ujar usop dlm cerita hantuk kak limah balik rumah). Banyak sekali ajaran islam adalah prinsip. Prinsip kesucian diri, prinsip dalam bersosial dan sebagainya. Ini semua diajar dalam islam seluas-luasnya. Saya cukup tertarik dengan jawapan yang diucapkan oleh pelakon utama lelaki dalam Ketika Cinta Bertasbih (KCB) tentang prinsip kesucian diri.

Inilah yang saya ingin tekankan kepada pendakwah diluar sana. Ramai orang masih lagi belum dapat menerima islam. Tetapi mereka masih belum hilang akal untuk tidak menerima prinsip. Prinsip adalah sesuatu yang universal dan diterima oleh setiap orang. Sesiap sahaja hatta perompak dan pencuri pun. Mereka masih lagi mempunyai prinsip.

Daripada prinsip maka terbina disiplin diri. Orang yang sangat berpegang pada prinsip mempunyai disiplin yang tersendiri. Mereka tidak sekali-kali mengorbankan prinsip mereka. Disiplin mereka tinggi untuk mengekalkan pengamalan prinsip tersebut. Maka principal centre adalah yang paling terbaik untuk membina karakter orang yang hebat. Malah ini akan menjangkau perkara yang kita tidak dapat kawal, iaitu pengaruh.

Terakhir, islam mempunyai banyak prinsip yang perlu diketengah oleh pendakwah dan juga muslim umumnya. Inilah kunci yang sesungguhnya untuk menarik minat golongan yang jauh dengan islam untuk mengamalkan islam secara tidak langsung. Inilah content yang kedua selepas konsep ketuhanan yang boleh diambiltahu oleh pendakwah.

Saya Cuma percaya tentang satu sejarah yang penting. Orang di tanah melayu masuk islam disebabkan akhlak dan prinsip yang diamalkan oleh pendakwah pada zaman dahulu. Maka ingin saya untuk melihat perkara ini subur kembali dalam diri setiap daripada muslim dan pendakwah khasnya.

Lateral maksima................. akan mencari buku Principle centre leadership.............