Rabu, Februari 23, 2011

KELEBIHAN AL-QURAN

Creadit to:

FATIN HAMAMAH RUSLAN (IEB090017)




Al-Quran mempunyai banyak kelebihan yang membezakannya dengan kitab-kitab sebelumnya. Al-Quran ialah Kitab Allah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk mengajar manusia tentang pengesaan kepada Allah (tauhid). Al-Quran merupakan kitab yang syumul,iaitu satu perlembagaan yang lengkap bagi seluruh aspek kehidupan,ianya mengandungi semua apa yang dihajati oleh manusia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 48 yang bermaksud :

“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu Kitab-Kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap Kitab-Kitab yang lain itu,Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu untuk tiap-tiap umat diantara kamu, Kami berikan aturan dan jalan yang terang”.

Ajaran-ajaran yang dimuatkan dalam Al-Quran adalah kalam Allah yang terakhir,ianya kekal tanpa sebarang perubahan hingga ke hari kiamat. Allah berfirman dalam Surah Fussilat ayat 41-42 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Al Quran itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak datang kepadanya (Al Quran) kebatilan baik dari depan maupun dari belakangnya, yang diturunkan dari Rabb yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji”.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain.Membaca Al-Quran dikira sebagai ibadat,akan tetapi tidak melebihi ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabdaSemulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim (ibadat yang bukan wajib).”

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada setiap umat Islam.Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”

Sesungguhnya Allah S.W.T. itu Maha Pemurah,memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu sama lain.Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda”Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalam..
sedikit penambahan untuk kelebihan al-quran.
al-quran kekal hingga ke hari kiamat dan al-quran di pelihara oleh Allah S.W.T.
mafhum firman-NYA : 'kamilah yg telah menurunkan Al-Quran dan kami juga yg memeliharanya'.

ibrahim berkata...

Alhamdulillah...satu artikel yg baik mengenai kalamullah..
Junjungan besar kita telah berpesan:
wahai ummatku ak telah tinggalkan utk kamu 2 perkara yakni selama mana kamu berpegang kpd 2 bnda ini tidak akan tersesat kamu....iaitu al-quran dan assunnah...

Zulfahmi Safar berkata...

Sesungguhnya membaca ayat-ayat al-quran mampu memberi ketenangan kepada jiwa.INSYAALAH..
Daripada Barra' dan daripada 'Azib r.a. telah berkata : Seorang lelaki membaca Surah Al Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua tali, maka awan di langit mula melindunginya dan semakin hampir, dan kudanya mula menjauhinya. Apabila menjelang pagi beliau pergi berjumpa Nabi Muhammad S.A.W. dan menceritakan peristiwa tersebut maka baginda bersabda : Itulah ( sakinah ) ketenangan yang turun disebabkan bacaan Al Quran.
( Riwayat Bukhari & Muslim )

Tanpa Nama berkata...

im proud 2 be muslim...

Tanpa Nama berkata...

Di dalam ajaran Islam, bukan membaca Al-Quran saja yang menjadi ibadah dan amal yag mendapat pahala dan rahmat, tetapi mendengarkan bacaan Al-Quran pun begitu juga.
Seperti dalam surah (7) Al-A'raaf ayat 204 disebut sebagai berikut:
Maksudnya:"Dan apabila dibacakan Al-Quran, maka dengarkanlah (baik-baik) dan perhatikanlah tenang, agar kamu mendapat rahmat"

Tanpa Nama berkata...

السلام عليكم ورحمة اللّه وبركاته

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

tiniteslady berkata...

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir..
bacelah alquran setiap hari....al quran penawar segala kedukaan...

Tanpa Nama berkata...

nama Al-Quran itu sendiri membawa erti bacaan. dalam firman Allah S.W.T, surah al-Isra' ayat 105-106 yang bermaksud : " dan kami turunkan al-Quran itu dengan sebenar-benarnya dan Al-Quran itu telah turun dengan membawa kebenaran. dan kami tidak mengutus kamu, melainkan sebagai pembawa berita gembira dan pemberi peringatan. dan Al-Quran itu telah kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacakannya perlahan-lahan kepada manusia dan kami menurunkannya bagian demi bagian". ayat ini menjelaskan bahawa Al-Quran sebagai pembawa berita dan pemberi peringatan. maka dengan membaca al-Quran, kita juga akan memperoleh ilmu yang boleh dimanfaatkan didunia seperti kejadian siang dan malam, kejadian manusia dan sebagainya. al-Quran merupakan rujukan utama untuk semua ilmu dan bidang.

naquib_alattaz berkata...

'kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan kepadamu penuh barakah agar mereka menghayati ayat-ayatnya dan agar orang-orang yang berakal mendapat pengajaran' (surah Sad:29)
al-quran diturunkan bkn sahaja untuk dibaca, tp perlu dihayati ayat2 nya..
*artikel yg menarik

mohd fahmi berkata...

Di samping kite mngetahui dan menghayati ayat-ayat dan kelebihan-kelebihan al-quran. didalam Al-quran juga terdapat ayat yang Allah memberi keringanan kapada manusia untuk membacanya.
Rujuk Firman Allah dalam surah muzzammil ayat 20.
artikel yg baik,penuh informasi.

Tanpa Nama berkata...

subhanallah..indahnya kalam ALLAH,bersama hayati al quran
basahkan bibir dgn kalam ALLAH nescaya keberkatan akan mengiringi...
article yg menarik..

mansor berkata...

alangkah baiknya jika alQuran dibaca sambil dihayati maksudnya nescaya kita akan merasai keindahan bahasany dan peroleh manfaat yang sebenarny. basahi lidahmu dengan zikrullah. bacalah alQuran walau seayat tapi berterusan(istiqamah)itu lebih baik daripada amalan yg banyak tapi kadang2 saje diamalkan.bacalah selalu ALQURAN.

Tanpa Nama berkata...

hebat

Ikhlas berkata...

Ana ada komen mengenai hadis juga... tolong sediakan periwayat (cth : riwayat bukhari...) dan status hadis (cth : shahih, hasan)... dan ana ragu2 dengan hadis yang enti bawa.. nnti ana cek dulu status hadis 2...

~Fafa~ berkata...

hdis yg mne stu ye?

~Fafa~ berkata...

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda”Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”shahih (hadis riwayat at-tirmizi)