Khamis, Ogos 26, 2010
AKRAM 10
Sepanjang bulan Ramadhan ini, banyak aktiviti yang perlu aku hadiri. Semakin ramai orang pelbagai latarbelakang yang aku jumpa sepanjang aku menyertai aktiviti sepanjang bulan ramadhan. Ketika roadshow pimpinan PMIUM turun ke kolej, sambutan yang hangat ditunjukkan oleh penduduk kolej kediaman. Alhamdulilah, mereka sebenarnya dahagakan perhatian dari PMIUM sebenarnya. Aku memerhatikan setiap orang daripada mereka gembira menyambut huluran juadah kurma kami. Mungkin orang sinis mengatakan, memang orang makanan tak akan ada orang yang menolak. Tetapi itulah permulaan bagi seorang mahasiswa mengenali jalan dakwahnya.
Jalan dakwah itu sangat panjang. Kita tidak mungkin menjangkakan apa effect orang terhadap apa yang kita lakukan. Aku cuba untuk turun kebawah mencari minat orang terhadap islam. Dimana kecenderungan orang terhadap islam. Malah, aku cuba untuk mengembleng tenaga seluruh pimpinan pmium untuk turun ke kolej yang ditentukan. Semoga dengan usaha sekecil ini, dapat mendekatkan diri mahasiswa kepada PMIUM. Dan semoga PMIUM adalah wadah yang terbaik untuk membina kepercayaan mahasiswa kepada islam.
Hebat itu bukanlah terbaik. Itulah pesan someone terhadap aku didalam FB. Kadang-kadang kita gah membina link dalam bidang politik. Berhubung dengan YB itu dan ini tanpa memikirkan manfaat kepada masyarakat kampus. Apa guna kita mendekati orang terhormat di dalam masyarakat tetapi menjauhi golongan yang dipandang rendah dalam masyarakat. Kata seorang ustaz, jika sudah dicop politik oleh orang lain, maka kepayah dalam memberi untung kepada masyarakat dalam jalan dakwah lapangan semakin terhakis. (sape tak setuju boleh bincang).
Aku mengambil pendekatan yang sama ketika memberi makanan kepada orang yang merempat di jalanan di KL baru-baru ini. Aku mengambil peluang dengan ramadhan kali ini, dengan memberi orang ramai makanan yang mereka hargai. Semoga makanan yang diberikan oleh kami ada barakah dan menyebabkan diri mereka semakin baik. Bukankah untuk menawan orang, kena dengan perutnya. Atleast kami belanja orang lain makan.
Dikesempatan ramadhan ini juga, kami berpeluang untuk menjamu dan berkenalan dengan mahasiswa istimewa. Kalau boleh, aku ingin korang sume kurangkan menggunakan perkataan OKU dan banyakkan menggunakan perkataan istimewa. Kerana apa, kita raikan kelebihan mereka. Mahasiswa istimewa ini sengaja kami cuba untuk bersama mereka. Sengaja kami mengaturkan perkara ini agar keluarga PMIUM dapat menyebarkan rahmat kasih sayang tuhan kepada golongan ini. Moga ikatan ukhuwah tetap terjalin antara pmium dan permium.
Enjoy tetapi terselit tazkirah yang terpanah dihati. Itulah simpulan yang dapat diberikan oleh ceramah dr jamnul azhar. Telatah yang ditunjukkan oleh dr jamnul melayan kerenah pendengar ceramahnya ini menyebabkan tiada siapa pun yang tidak ketawa. Namun setiap kata-katanya mempunyai makna dan pengajaran yang ingin dikongsi. Model yang ditunjukkan dan cara penyampaian amat berkesan dalam memenuhi tuntutan pelbagai jenis golongan di Malaysia. Cukup kagum aku dengan manusia bernama dr jamnul ini.
Semalam, baru saja habis mendengar ceramah perdana oleh dr zuhdi Marzuki bertajuk antara dua jalan. Mengungkap peranan Al Quran dalam menentukan betul salah pemikiran manusia. Garisan yang ditentukan oleh Al Quran dalam memandu akal manusia sepatutnya menjadikan manusia semakin hebat dalam menegakkan agama islam. Malah kandungan Al-Quran jugak menuntut ummah menjadi hebat sesuai dengan tuntutan agama itu sendiri.
Akan datang? Tunggu Imam Muda Asyraf dan Naib Cancelor merasmikan penutupan Akademi Ramadhan kali ini. Haaaaaa..... tunggu tau (>_~)...
Lateral Maksima............... tak sabar menunggu penutup akan datang..........................
Sabtu, Ogos 21, 2010
POLITIK ITU KOTOR?
(ini adalah first artikel pasal politik. Ini juga sekadar luahan hati insane bernama fahmi semata-mata. Tiada fakta atau rujukan dimana-mana. Sekadar menambah seri di dalam blog aku ini. Sebarang komentar boleh berkongsi dengan saya. ~ boleh add facebook @ ym aku ~)
“ Politik adalah kotor, politic is dirty, that right?” kata seorang pensyarahku ketika belajar didalam kelas. Pensyarah yang sama yang mengatakan yang aktiviti untuk orang lain adalah tidak sepenting pointer.
Kata-kata beliau menyebabkan aku mengimbau kembali larangan ummi dan abah.
“jangan terlibat dengan politik. Nanti jatuh study tu” ucap abah dengan nada kebimbangan.
“ jangan terlibat dengan politik. Ummi bimbang jadi kambing hitam nanti,” tegas ummi dalam menyebut kata-kata tersebut. Seperti biasa, aku menyambut dingin akan nasihat daripada abah dan ummi.
Kenangan tersebut datang sejurus selepas kata-kata pensyarah tersebut menyebabkan kuliah selepas itu tidak dapat aku tumpu dengan baik. Disebabkan terlampau berfikir ketika itu, aku menjadi kurang tumpuan dan tidak berminat untuk meneruskan apa-apa kuliah selepas itu. Boleh kata, setiap lecture yang hadir pada hari itu bagaikan angin yang lalu. Sedih sangat untuk hari itu.
Seperti biasa, orang yang banyak berfikir mempunyai solusi yang tersendiri. Seringkali orang muda seperti aku membandingkan dengan diri dengan orang tua. Proses biasa dalam menjadi orang dewasa. Cuma perbandingan kadang-kadang tidak adil kerana menilai sesuatu daripada kaca mata sendiri. Penilaian yang tidak mengambil kira sesuatu yang mungkin penting bagi ibu bapa tetapi tidak bagi seorang anak. Lain generasi lain pemikiran.
Setiap nasihat abah ummi mempunyai nilai yang tersendiri. Nilai yang kadang-kadang perlukan penelitian yang tajam untuk difahami anak muda yang masih berjalan akan pemikirannya. Penelitian ini perlukan tindakan yang sesuai untuk menterjemahkan segala nilai yang diungkap oleh pemikiran. Ya Allah, jadilah aku orang yang bertindak.
Berfikir balik tentang nasihat abah ummi menimbulkan persoalan yang baru untukku jawab. Betulkah politik betul-betul kotor untuk kita terlibat? Atau orang yang mengikut perjalanan politik yang membuatkan politik itu kotor? Persoalan ini bermain-main dan berpusing-pusing didalam otak. Mencari jalan keluar yang lebih complete dan terbaik. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh abah dan ummi?
Kita yang mencorakkan politik. Samada politik itu bulat, petak, segitiga, bujur atau bintang adalah ditentukan oleh kita. Kita yang membentuk acuan untuk membentuk politik. Politik adalah non-living thing yang perlukan kita untuk menggerakkannya. Dalam setiap langkah manusia itu adalah politik. Kita melakukan aktiviti semasa dan harian kita adalah politik. Politik untuk kita berinteraksi dan saling mempengaruhi orang disekeliling kita. Contohnya, tawar menawar dalam membeli belah.
Aku diperkenalkan tentang politik pejabat. Politik pejabat yang positif adalah menggunakan segala perkara yang kita ada untuk naik pangkat dan sebagainya. Sebagai contoh, melakukan pekerjaan dengan lebih baik untuk kepentingan syarikat dan juga organisasi. Manakala politik pejabat yang negative pulak melibatkan perkara menghasut, membodek dan memburukkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Sering kali ramai orang yang terkena tempias dengan politik pejabat.
Mesej yang ingin disampaikan oleh ummi dan abah adalah jelas. Berpolitik boleh. Tetapi jangan kita sendiri yang diacukan oleh politik. Kita adalah pemandu bagi politik. Bukan apa, aku melihat ramai orang disekeliling aku terlampau mengikut acuan politik sehingga mencemarkan prinsip yang ditetapkan oleh islam itu sendiri. Kalau nak tahu boleh cari sendiri. Jangan tanye aku.
Bila satu isu timbul, suasana politik mula terarah kepada isu tersebut. Sedangkan isu yang heboh sebelum ini seolah-olah ditinggalkan begitu sahaja. Scenario politik semasa begitu. Dulu kes altantuya heboh, kemudian senyap sahaja. Timbul pulak kes sebat, pengganas, isu salah laku, penyelewangan dana dan sebagainya. Yang itu menyebabkan aku terasa kesal dengan keadaan politik. Kadang-kadang, politik sekarang akan menyebabkan tindakan kita semakin bodoh jika kita mengikut arus perdana.
Sampai satu masa, kita akan melawan arus politik semasa. Sudah sampai masa, kita sebagai mahasiswa menggunakan pendekatan politik yang lebih rasional untuk memacu politik di Malaysia. Sudah sampai masa, kita keluar menjadi singa bukan lagi sebagai katak yang memanggil hujan. Ubah paradigm. Be proactive. Don’t reactive. Pacu mahasiswa kearah 3rd force voice yang sebenar. Kita adalah mahasiswa. Telus dan berani.
Lateral maksima.................. mahasiswa telus dan berani........................................
Sabtu, Ogos 14, 2010
SALAM RAMADHAN
Salam ramadhan kepada semua sekali orang yang berpuasa.
Dahulu, bulan ramadhan yang paling ditunggu sebab ada ‘nilai tambah’ pada bulan ramadhan. Apa ‘nilai tambah’ tu. Waktu tu, ramadhan adalah bulan yang paling speciallah bagi aku. Bukan setakat yang specialnya dapat berpuasa, tetapi dapat berbuka puasa ramai-ramai. Mantap beb.
Yang tu bukan nilai tambah lagi tu. Bulan ramadhan adalah bulan untuk kita mengukur diri sendiri. Mengukur diri sendiri sama ada amalan kita sudah dekat dengan Allah atau tidak. Audit kendiri sangat digalakkan oleh Allah dan RasulNya untuk kemantapan diri sendiri. Mantap dari sudut ibadah, mantap dari sudut iman, dan mantap dari sudut akidah yang dipegang.
Yang tu bukan nilai tambah lagi. Bulan ramadhan adalah bulan kita mendidik nafsu. Apa itu nafsu? Nafsu itu adalah diri sendiri. Bukan orang lain. Nafsu tu bukannya orang lain yang kalau kita tak boleh kawal kita akan biarkan untuk dibuat sesuka hati. Nafsu itu jugak bukannya benda yang boleh kita pegang dan peluk supaya tidak terlepas. Nafsu juga bukannya penjenayah untuk kita kurung dan penjarakan dia. Nafsu itu adalah diri kita. Diri kita suka untuk dipenjara? Diri kita suka untuk terlampau tidak terkawal. Seolah-olah kita ingin mengambil pisang tetapi yang dipegangnya adalah durian. Kita sendiri tidak dapat mengawal diri sendiri. Tentu parah bukan?
Yang itu bukan nilai tambah lagi. Puasa mengajar kita berlapar dan daripada melakukan perkara-perkara yang berlawanan dengan hokum yang diturunkan oleh sang pencipta. Kenapa kita berlapar? Berlapar adalah suatu perkara yang senang untuk dibuat. Betul tak? Kita tak makan berjam-jam dan tahan lapar lepas tu. Kan senang je. Daripada kita menahan benda lain, contohnya kentut. Kalau kita tak kentut sehari, agak-agak apa yang kita akan buat?(persoalan yang tak perlu dijawab).
Yang itu bukan nilai tambah lagi. Ramadhan mengajar kita erti berdisiplin. Betul tak? Kita bersahur sebelum subuh dan berbuka magrib. Itulah disiplin paling mudah untuk kita. Peraturan sekolah lagi susah nak ikut kan? Disiplin waktu menuntut kita supaya sentiasa tengok jam ketika berbuka puasa dan sahur. Ramadhan menyampaikan mesej kepada kita agar sentiasa tengok jam untuk mengetahui waktu dengan tepat dan merancang masa dengan tepat. Alangkah canggih manggihnya Ramadhan.
Yang itu bukan nilai tambah lagi. Ramadhan mengajar kita erti berjemaah. Teringat kata-kata tuan imam sewaktu menunaikan sunat terawih pada malam tu. Dia berkata, alangkah jika solat fardhu seramai ini. Boleh kata malam tu, penuh surau itu sampai kebelakang. Malah apabila aku mengintai kebelakang, aku melihat jemaah melimpah ruah. Ada orang yang bersembahyang dikaki lima. Cukup ramai pada malam itu. ( malam lain aku pergi masjid lain.) kenapa aku kata mengajar tentang berjemaah? Sebab jikalau bukan kerana terawih, orang tidak akan turun ke surau. Kalau bukan kerana terawih, orang tidak akan melimpah ruah ke kaki lima.
Yang itu bukan nilai tambah lagi. Dahulu, sewaktu masih menonton tv,(sekarang dah kurang) aku melihat pembaca berita memakai telekung sewaktu bulan puasa. Mereka menghormati kain tudung adalah untuk dipakai selain perbicaraan dimahkamah syariah dan juga ketika menyiram air bunga kepada jenazah di waktu pengebumian. Bukankan perkara positif yang diberikan oleh ramadhan? Tetapi sekarang tak tahu macam mana dengan pendekatan pemakaian tudung kepala oleh pembaca berita.
Masih lagi bukan ‘nilai tambah’ tersebut. Ramadhan menjadi kita menjadi sabar. Kalau lah anda semua menghayati falsafah ramadhan. Banyak hadis nabi yang berbicara tentang sabar dan ramadhan. Aku bukan ahli hadis untuk menghuraikan hadis disini. Sabar disini bukan bermakna redha saje apa yang berlaku terhadap diri sendiri. Tetapi sabar disini adalah mengelakkan perkara negetif untuk menuju perkara positif. Contohnya, jika berlaku bencana alam, kita perlu bersabar. Kerana apa? Kerana jika kita tidak bersabar, kita akan menyalahkan orang lain dan sudah tentu kita akan memikirkan tentang ‘nasib buruk’ tersebut. Kita berada didalam keadaan negetif kerana memikirkan dan mencari salah siapa. Jika kita bersabar, kita akan terima ‘nasib buruk’ dan memandang kehadapan melihat peluang yang ada. Betulkan?
Ini ‘nilai tambah’. Selalunya, setiap kali bulan puasa, ummi akan menjadikan bulan puasa adalah suatu bulan yang special untuk anak-anaknya. Bagi ummi dia perlu membetulkan falsafah bulan puasa adalah bulan yang tidak istimewa. Ummi jadikan bulan puasa adalah istimewa. Bagaimana ummi buat? Bulan puasa adalah bulan untuk ummi mencuba resipi kuih-muih yang of course sangat sedap.
Dan anak-anak ummi sangat menunggu-nunggu bulan puasa kerana ingin mencuba juadah bulan puasa yang istimewa yang sangat susah untuk ditemui pada bulan-bulan lain. Juadah ini jika dibeli di bazaar ramadhan, sangat mahal dan jika dapat dibeli pun, kuantiti yang dapat adalah sikit. Tapi, ummi menjadikan perkara itu mengenyangkan. Jika tidak cukup, akan dibuat lagi keesokkannya. Ummi menggalakkan anak-anaknya puasa untuk merasai juadah tersebut.
Aku sangat rindu untuk berbuka dirumah. Kerana merindui kuih puteri mandi, kuih gulung, dua muka dan banyak. Aaaa ah, satu lagi yang sedap. Kuih tok aji serban (abaikan ejaan) yang bertalam-talam itu. Pergghhh. Masyuk je. Perasaan sangat teruja dapat makan semua kuih-muih tersebut. Kepada adikku yang berada dimesir, sangat nangis kat sana. :P
Kepada family di Terengganu, insyaallah 5 hari sebelum hari raya akan balik. Atau mungkin awal lagi. Tunggu anakanda balik. Huhuhuhu. Sekarang berbuka kat masjid je. Atau beli dekat bazaar ramadhan.
Lateral Maksima.......... pandai ummi guna shift paradigm ..............................
Khamis, Ogos 12, 2010
KATAKU TENTANG PARADIGM
Kisah klasik barat yang masyhor menceritakan tentang kehebatan first paradigm terhadap produktiviti manusia. Alkisahnya begini,
Ada tiga orang pekerja yang bekerja membina sebuah bangunan. Datanglah seorang lelaki daripada kampong yang ingin tahu akan pekerjaan yang dilakukan oleh ketiga-tiga orang tersebut. Lalu dia mendekati pekerja yang pertama.
“ apa yang kamu lakukan itu?” Tanya lelaki tersebut.
“ bodoh, kau tak Nampak ke apa yang aku buat ni? Aku sedang membancuh simen” jawab pekerja yang pertama.
Lalu lelaki terbabit beralih kepada pekerja yang kedua dan bertanya soalan yang sama. Jawapan yang diberikan oleh pekerja yang kedua, “ tak Nampak ke. Saya sekarang tengah kerja berat ni.”
Lelaki ini beralih ke pekerja yang ketiga. Jawapan yang menarik diberikan. “ saya sedang melakarkan satu sejarah baru dunia manusia dengan membina bangunan paling hebat” lantas meneruskan kerjanya.
Lelaki itu pun menilai kerja ketiga-tiga pekerja tersebut. Dia mendapati, pekerja yang ketiga mendapat penilaian yang tinggi dari sudut kualiti kerja. Lelaki tersebut menjadikan pekerja tersebut sebagai pekerja contoh.
Lihat Sahabat2. Bagaimana penerapan paradigm yang betul menentukan kualiti kerja yang dilakukan oleh seorang pekerja. Seruan kepada anda, jom ubah paradigm negatif terhadap sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara.
Lateral Maksima.........jom ubah Pemikiran.... magic of thinking big....
Sabtu, Ogos 07, 2010
AKU INGIN SUPERHERO
“ tolong tolong” terdengar seorang menjerit meminta tolong.
“ Wah ni kena pergi tolong ni.”
Lalu superhero dengan secepat mungkin bergerak mendekati peminta tolong ( bukan peminta sedekah) itu. Dengan lagak heronya, superhero Berjaya menyelesaikan masalah si peminta tolong tadi. Rupanya seorang perempuan tua yang telah diragut oleh dua orang lelaki. Superhero mengejar dan menewaskan peragut tersebut. Diikat peragut itu dihantar kebalai polis dan kembali kepada perempuan tua tersebut.
Begitulah sebahagian cerita yang biasa kita lihat dan tonton sewaktu kecik dahulu. Sewaktu kecik, wah itulah superhero yang aku minati. Setiap kali tayangan, mesti menghadap televisyen dan menonton dengan khusyuk. Anak kecil sepertiku Berjaya dimainkan perasaan oleh cerita superhero tersebut. Apabila kalah buat kali pertama, perasaan menjadi kecewa. Ketika part hampir kalah, perasaan khuatir dan mendebarkan timbul dalam diri. Ketika superhero menang, perasaan gembira menyubur didalam diri.
Power Ranger mempunyai banyak siri. Sangat banyak. Tetapi mereka mengekalkan pattern yang sama setiap masa. Kerjasama. Tiada power ranger yang akan menang melawan raksasa dengan tidak bekerjasama. Dalam saat genting, pasti ada seorang yang mampu untuk memecahkan kebuntuan dan menjadi hero untuk episode itu. Dia yang menyelesaikan masalah seolah-olah menjadi leader sekejap dengan mengetuai rakan-rakan yang lain menghapuskan raksasa. Dengan senjata gabungan dan zord yang bergabung, mereka mampu menewaskan raksasa terbabit. Dan menang. Aku suka hati. Hahaha......
Ultraman watak superhero jepun yang famous. Berada didunia fantasi gergasi, dia Berjaya menewaskan raksasa besar dengan kuasa cahaya yang berada didalam dirinya. Tetapi, perkara yang aku paling suka tengok adalah sewaktu butang didada ultraman menyala. Maka itulah buah penamat yang paling aku suka. Dan menang melawan raksasa. Kadang-kadang, ultraman memerlukan manusia untuk bertarung dengan raksasa. Dan akhir sekali mesti menang punya. Hahahaha.........
Superman. Manusia paling kuat pernah aku tengok. Penuh dengan skill. Skill terbang, gagah, berlari dengan cepat, mata yang mampu menembak cahaya ultrared, dan sebagainya. Pendek kata, macam perfectlah. Tapi last sekali, kalah dengan permata hijau yang entah apa bendalah namanya. Aku pun dah lama tak layan cerita superman ni. Yang maklum, kita semua tahu yang superman bukan sahaja menyelesaikan masalah berdasarkan kekuatan yang dia ada sahaja, tapi berdasarkan otak yang dia ada. Boleh caya tak?
Batman tidak sama dengan superhero yang lain. Tidak mempunyai kekuatan yang sehebat superman. Tidak mempunyai kuasa sama macam X-Man. Tidak mempunyai skill khas seperti power ranger. Tetapi, dia mempunyai jati diri yang mulia iaitu otak yang cerdik. Batman adalah contoh superhero yang menggunakan teknikal untuk menyelamatkan orang. Bom asap dan banyak lagi peralatan ketika menyelamatkan orang memukau kanak-kanak macam aku. Especially kereta batman yang macho giler...hahahaha.....
Banyak lagi superhero yang lain yang ingin aku cerita kat sini. Spiderman si lelabah yang menjadi orang yang luar biasa disebabkan campuran genetic labah-labah kedalam DNA miliknya peter paker. Tidak lagi X-Man, Hulk, Robin, Ben10, dan bermacam-macam lagi watak hero keluaran luar Negara.
Kemudian, Malaysia mengorak langkah baru untuk membina superhero yang tersendiri. Superhero yang dimaksudkan adalah CicakMan dan PapayaMan. Superhero yang aku kira agak tidak matang dari sudut konflik dan mutu superhero itu. Mungkin kekurangan teknologi yang canggih menyebabkan Malaysia ketinggalan. Tetapi, superhero ini semakin senyap selepas fenomena mereka berakhir. Superhero bermusim.... (hehehe).
Kenapa aku suka tengok cerita superhero ini? Setengah berpendapat, ia akan menyebabkan kita lemah dalam berfikir. Betulkah seperti itu? Adakah itu hanya sebahagian pendapat sahaja. Bagaimana jika pandangan itu salah??
Aku suka akan superhero kerana nilai positif yang ada dalam diri dorang. Dorang memang cool beb. Mencari penyelesaian kepada setiap masalah orang lain dengan tidak memandang kepada masalah diri sendiri. Mereka sentiasa focus kepada masalah orang lain. Dan mereka gembira jika dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh orang lain. Memang cool beb!!
Kenapa aku suka watak superhero? Sebab lainnya, mereka tetap dengan identiti mereka yang kuat berahsia. Tidak siapa pun tahu akan personality sebenar watak2 superhero tersebut. Ini bermakna, mereka tidak menghiraukan pujian orang ramai terhadap diri sendiri, tetapi mereka hanya orang lain menghargai usaha mereka dengan hidup dengan tenang. Ya, mereka hendak orang ramai hidup dalam keadaan yang harmonis lagi tentaram. Tidak perlu berbalah dan bersengketa antara satu sama lain.
Aku berkehendakkan superhero. Aku hendak ada orang yang berwatak seperti superhero dimataku. Walaupun wajah tidak kacak, walaupun kurang duit tetapi perwatakan adalah perwatakan superhero. Aku mengharapkan orang disekeliling aku adalah hero yang membantu orang lain untuk hidup dengan harmoni didunia dan diakhirat khasnya.
Aku juga ingin menjadi mentor kepada superhero itu (kalau boleh, wahai superhero boleh jadikan aku mentor mu). Supaya, aku dapat sedikit saham diatas perbuatan superhero tersebut. Manakan tidak, superhero mesti orang yang menghargai orang disekeliling mereka terutamanya mentor mereka.
Dan aku juga kalau boleh, ingin menjadi seorang superhero. Superhero yang gah seantero dunia. Mampu menyelematkan orang lain dan mementingkan orang lain. Aku ingin dihargai akan segala bantuanku kepada mereka. Aku mahu mereka dapat menerima akan bantuan dengan hati yang cukup gembira. Aku juga hendak mereka turut membantu superhero (akulah tu) untuk membantu orang lain pulak.
Wahai sahabatku, marilah sama-sama menjadi seorang superhero. Aku tahu, tidak siapa yang sekuat superman. Aku tahu, tiada siapa setangkas spiderman. Dan aku tahu, tiada siapa mempunyai duit untuk membina peralatan yang canggih. Ya aku tahu semua itu. Tapi aku tahu suatu yang penting. Aku tahu umat islam sekarang sangat lemah. Ekonomi lemah, akhlak lemah, dan hubungan dengan tuhan pun lemah. Tolonglah wahai superheroku. Tolonglah sedaya upaya kamu untuk mengharmoniskan yang lemah itu. Jadi superhero yang diterima oleh semua lapisan masyarakat. Aku tahu sahabat-sahabat semua adalah superhero kepada masyarakat.
Ayuh lekas sahabat-sahabat. Muhasabah diri masing-masing sahabat2. Orang lain tidak mahu akan kegagalan kita, tapi mereka mahu akan kejayaan kita. Kejayaan kita adalah kejayaan mereka semua. Apa kejayaan itu. Kejayaan itu adalah menurut perspektif orang lain sahabat2. Mungkin Orang lain melihat kita Berjaya, tapi hakikatnya kita belum Berjaya. Masih banyak lagi cita-cita yang perlu kita habiskan untuk kemaslahatan umat islam. Ayuh!!!!!!
Bisikkan dalam hati masing-masing “ sesungguhnya aku adalah superhero”
Lateral maksima.................memikirkan tentang nama untuk superhero baru........
Selasa, Ogos 03, 2010
OPERASI MAKAN
Assalamualaikum.....
“ auntie hari tu jemput ada persatuan dekat UM jugak untuk program kitchen soup” auntie Fatimah, ahli persatuan pertiwi, bercerita kepada ku.
“ apa program kitchen soup tu?” tanyaku.
“ Ohhh. Program memasak tengahari untuk orang yang merempat yang tak ada rumah” jawab auntie Fatimah.
“ yang tak ada rumah? Kenapa auntie?”
“ ala mereka yang tidur diatas alas kotak tepi-tepi kedai tu. Biasa kalau tengok ramai je orang yang seperti itu kat KL ni”
“Ooooo. Meriah lah makcik?”
Pada ketika itu, hati tidak seratus peratus menerima apa yang auntie Fatimah perkatakan tentang orang yang tiada rumah itu. Selepas perbincangan dengan auntie Fatimah, perbualan itu hanya sekadar angin yang segera ingin dilupakan.
Tetapi peluang yang diberikan oleh ustaz yusri tempoh hari untuk turun beroperasi ditengah malam mengundang memori perbualan dengan auntie Fatimah tempoh hari.
Operasi yang berlangsung pukul 12 mlm sehingga subuh ini adalah operasi dengan kerjasama JAWI n Persatuan Ulamak Malaysia. Operasi ini juga turut disertai oleh NGO social yang men ‘sponsor’ kan tajaan makanan. Banyak juga makanan yang disponsor oleh NGO ni. Diangkut oleh 2 buah kereta penuh. Agaklah.
Baru aku tahu betapa ramainya orang yang merempat yang tiada tempat bernama rumah untuk berteduh. Pada malam tu, hujan turun dengan agak lebat sebelum operasi. maka orang yang tidak ada rumah ini berteduh ditempat yang sedikit tersorok. Maka terpaksa kami mencari masyarakat ini untuk di ‘operasi’ kan. Opsss lupa nak bagitau operasi apa yang aku sertai ini. Kan??
Sebenarnya, operasi ini adalah untuk memberi makanan kepada orang yang merempat ini. Bolehlah kalau nak bagi nama OPS MAKAN pun. Memang nak bagi makan kat orang pun. Maka bertebaran kami membawa banyak sekali makanan untuk golongan ini kesekitar KL. Bermula dengan jalan pudu, terus ke jalan masjid india dan masjid jamek. Kemudian ke KL Central dan Brickfield disitu. Kembali ke masjid India sebalah Mydin. Masuk jalan entah apa nama ni pun tak tahu. Yang penting kat KL lah. Sememangnya penat tapi menyeronokkan.
Banyak pengalaman menarik yang aku dapat daripada operasi ini. Kebanyakan mereka ketika kami sampai kat tempat itu, sedang tidur berkelimpangan. Timbul pulak dalam hati rasa kesian kat orang seperti ini. Mana taknye, aku yang selalu tidur dalam selimut ketika jendela terbuka pun masih lagi mengadu sejuk. Ini kan pulak orang yang tak ada apa-apa selimut dengan keadaan yang open air. Ditambah waktu itu selepas hujan. Wah.... sejuk bangat.....
Ada sesetengah tu, menganggap kami macam malaikat. Sudah lama tidak makan. Terus sahaja dia makan makanan yang dihulurkan. Tersentuh hati dengan gelagat mereka. Sampaikan apabila kami berpatah balik ke kereta kami, melalui kawasan yang sama, aku melihat sudah habis dimakan makanan tersebut. Boleh bayangkan betapa laparnya diorang ni.
Kadang-kadang, akibat terlalu takut dengan pegawai operasi kerajaan tempatan, mereka meletakkan keadaan mereka ditahap berjaga-jaga takut tertangkap. Buktinya, apabila aku cuba untuk meletakkan makanan ditepi seorang pakcik tua ini, kakinya terus naik seolah-olah menendang sewaktu bunyi plastic pembungkus berbunyi ditepinya. Nasib baik tak kena tendang. Tapi selepas melihat makanan dan melihat muka orang yang memberi makanan (iaitu aku) maka keadaannya kembali normal.
Bukan sahaja orang tua, malah orang muda pun turut merempat. Apabila berbual dengan seorang brother ini, keadaan brother ini dalam keadaan baik. Baru kami tahu bahawa dia baru sahaja diberhentikan kerja disebabkan kerja projek yang dilakukan olehnya sebelum ini terbengkalai. Dia berjanji kepada kami yang dia akan mencari kerja pada hari isnin nanti.
Banyak lagi peristiwa menarik yang aku lalui sewaktu OPS MAKAN tu. Tapi aku tidak berkesempatan untuk menceritakan secara detail dalam post kali ini. Secara ringkasnya, kami terpaksa berbalah dengan pekerja warga asing dan pekerja malam semata-mata untuk mempertahankan hak orang yang merempat ini. Almaklumlah, hak orang bukan hak kita sendiri.
Operasi itu berakhir pada pukul 4 pagi. Wah terlampau lewat ni. Tapi at least dapat sesuatu berguna. Bukan senang untuk berjumpa dengan mereka ini. Merasai pertama kali berjumpa dan bercakap dengan mereka. Aku mengharapkan semakin ramai student UM yang join operasi ini yang akan datang. Fahmi akan cuba untuk menyebarkan aktiviti yang sangat seronok kepada semua warga UM. Siapa yang nak join, jom ikuti Akademi Muslim Profesional (AMP) yang dihandle oleh aku. Selepas ni, banyak lagi ops yang kita akan lalui lepas ini. Insyaallah.............
Lateral Maksima.......................... aku seorang die.................................................
Langgan:
Catatan (Atom)