Ahad, Jun 27, 2010

SINAR SYURGA


Masih terngiang-ngiang cerita ummi. Diwaktu saya masih lagi kecil. Selalu menangis ditengah malam, meragam sehingga ummi kurang tidur. Ummi berkata, “ dulu mata ummi macam beruang panda. Hitam disekeliling mata sebab tak cukup tidur.” Sehinggalah adik saya lahir, barulah perangai itu berkurangan.

Kata ummi, “ dulu ummi selalu tengok abang ( gelaranku dirumah) selalu memerhati barang permainan, tapi tidak pernah untuk meminta hendakkan barang permainan.” Mungkin memahami si anak, ummi dan abah membeli barang permainan untuk si anak. Tu pun berkongsi dengan adik-adik yang lain.

Masih terkenang sewaktu baru masuk PASTI, si anak teringat tentang buku yang diberi oleh guru sebelum ini tertinggal dirumah. Lalu si anak pulang kerumah semata-mata untuk mengambil buku tersebut dengan berjalan kaki. Perjalanan yang ditempuh agak jauh kerana jalan pintas ke kawasan perumahan masih lagi belum dibina pada waktu itu, menyebabkan abah dan ummi risau akan keselamatan si anak. Abah terpaksa bergegas daripada pejabat dan ummi sudah risau dirumah. Dapat je buku terus kembali ke sekolah, abah yang hantar. Cikgu dah mula risau sebab si anak tiada dalam kelas.

Hari pertama masuk darjah satu, ummi mengejutkan si anak sangat awal untuk pergi ke sekolah. Dimandi, dihias, dibedak, di letakkan sekali perfume dan diminyakkan rambut. Selepas tu, abah membawa si anak ke gerai dekat dengan rumah untuk mendapatkan bekalan nasi lemak untuk waktu rehat si anak nanti. Masa tu, si anak adalah manusia paling hensem di atas dunia ( dan cute).

Pada suatu malam, si anak menangis semalaman kerana sakit perut. Ummi dan abah berjaga malam melumur sedikit minyak afiat untuk melegakan kesakitan si anak. Keesokkannya, dihantar ke klinik dan disahkan mengalami appendix. Dihantar ke hospital dungun, dan terus ke hospital besar kuala terengganu. Pembedahan segera dilakukan disebabkan appendix dikatakan sudah pecah. Sepanjang rawatan pembedahan, ummi dan abah berada disisi menemani, memberi kata semangat kepada si anak. Sedikit sebanyak, kesakitan si anak berkurangan kerana perhatian yang diberikan oleh abah dan ummi.

Abah bersusah payah untuk menghantar si anak mengambil peperiksaan memasuki MRSM dan mengambil borang-borang kemasukan ke sekolah lain. Tapi apakah daya, dengan keputusan yang sedia ada, si anak tidak dapat pergi ke mana-mana sekolah terbaik. Tetapi si anak dengan gembira masih lagi bersekolah seperti biasa. Perkara yang sama dilakukan oleh abah selepas PMR. Atas sebab kemaslahatan si anak, abah secara diam-diam mengisi borang sekolah agama negeri untuk si anak.

Si anak sekarang, sangat jauh daripada pandangan abah dan ummi. Tapi masih lagi terpaut kasih sayang dan ‘bebelan’ abah dan ummi. Abah dan ummi memberi sepenuh kepercayaan kepada si anak untuk hidup. Si anak masih lagi seminggu sekali menelefon ke rumah untuk update maklumat yang ada dirumah.

Ayat yang paling diingati dan tak akan dilupakan oleh si anak sepanjang hidupnya, “ dalam banyak-banyak anak ummi, abang lah yang paling baik sekali.” Satu penghormatan bagi si anak untuk melihat dunia dengan pandangan yang lebih terbuka dan luas. Itulah juga titik untuk kepercayaan ummi kepada si anak.

Kenakalan si anak adalah sebuah kenakalan yang tidak berbekas. Ummi dan abah tetap begitu dengan kenakalan si anak. Sabar, dan penuh sayang mendidik si anak. Tidak tahu untuk si anak membalas segala pengorbanan abah dan ummi sewaktu belajar ini. Tapi satu amalan setiap tahun yang tidak akan si anak lupakan untuk lakukan.

SELAMAT HARI LAHIR KEPADA ABAH DAN UMMI. SEMOGA HIDUP PENUH DENGAN KEBERKATAN DAN DISAYANGI OLEH ALLAH.

Khamis, Jun 10, 2010

BUAT SAJA LAH!!!!


Pada suatu hari, seorang lelaki tua bersiar-siar di tepi pantai. Ombak bergulung-gulung memukul pantai dihiasi “botol-botol plastic” yang beralun dipukul ombak jugak. Angin yang menderu membawa rasa nyaman kepada lelaki tua ini. Sesekali menyeka hujung rambut panjangnya yang menutup mata. Baginya, pemandangan di pantai pada hari ini sangat mendamaikan.

“ sungguh indah dan damai ciptaan Allah ini” fikirnya.

Dia sedar, andailah diberi peluang untuk mencipta sesuatu yang seperti pantai, mungkin dengan kemampuan akal yang ada tidak mampu untuk berfikir sedetail itu untuk mencipta pantai. Kalaulah dia, mungkin tidak terfikir untuk membuatkan ombak bergulung-gulung seperti itu. Kalaulah dia yang mencipta pntai, mana mungkin dia akan meletakkan begitu banyak warna untuk lautan seperti mana yang berada dihadapannya sekarang ini. Warna biru dan hijau sungguh cantik pada pandangannya sekarang.

Sedang dia asyik melihat pemandangan ditepi pantai sambil memuji keindahan ciptaan Allah itu, dia terpandang seorang budak lelaki. Kelihatan budak lelaki memungut sesuatu daripada pantai tersebut dan melontar “benda” dalam genggaman itu ke laut. Budak itu melakukan perkara tersebut dengan berulang-ulang kali tanpa jemu.

Perbuatan tersebut menarik minat lelaki tua tersebut untuk mendekati budak lelaki tersebut. Semakin mendekat, semakin mengenali apa yang yang dipungut oleh budak lelaki tersebut.

“ Ah, rupanya tapak sulaiman yang terdampar ditepi pantai. Tapi banyaknya!!”

Setelah lama lelaki tua tersebut memerhati, dia mendekati budak itu.

“ wahai anakku. Apa yang cuba kau lakukan?” soal lelaki tua tersebut.

“ wahai pakcik. Saya sedang memberikan balik harapan untuk tapak sulaiman ini hidup disebabkan saya mengetahui bahawa ada sebahagian besar tapak sulaiman ini masih hidup” jawab budak itu.

“ bukan kah tapak sulaiman ini terlampau banyak. Dan pakcik tengok, dengan kudrat kamu seperti ini, kamu tidak mampu untuk melakukan kepada semua tapak sulaiman ini.”

Selepas mendengar kata-kata lelaki tua tersebut, budak itu berpaling dan menyambung kerjanya yang tertangguh sekejap lalu berkata,

“ Saya tahu tujuan pakcik baik dalam menasihati saya dan saya mengetahui tujuan saya adalah baik. Walaupun saya tidak mengetahui adakah cara yang dilakukan ini salah, saya akan tetap melakukan apa yang saya mampu buat kepada tapak sulaiman ini.”



Saya membaca cerita ini ketika saya mengunjungi wad pemulihan pesakit gangguan mental. Entah kenapa, cerita ini sangat menyentuh hati saya sewaktu membacanya. Selepas lawatan tersebut, saya terfikir tentang apa yang ingin disampaikan oleh cerita tersebut. Malah cerita ini diletakkan didalam frame yang sungguh cantik dan digantung di dinding wad tersebut disebelah hasil kraf pesakit wad tersebut.

Lama saya berfikir tentang ini sehinggalah kesibukan melanda menyebabkan saya terlupa. Ingatan kepada cerita ini kembali sewaktu saya melihat pantai di negeri kelahiran saya, Terengganu Darul Iman. Kembali saya berfikir dan terus berfikir tentang cerita ini.

Banyak persoalan yang timbul dibenakku. Kenapa cerita ini datang kepada saya? Kenapa cerita ini digantung di wad tersebut? Apa mesej yang cuba untuk disampaikan? Adakah cerita tersebut cuba untuk mengikis adab dengan orang tua? Antara persoalan yang bermain-main dibenak pemikiran saya.

Saya memutuskan untuk kita melupakan soal adab dahulu. Kita tengok mesej yang ingin disampaikan oleh cerita tersebut. Kita melihat bahawa budak tersebut tetap melakukan apa yang difikirkan betul olehnya dan menolak nasihat yang diberikan oleh orang tua tersebut.

Saya sangat menyukai budak ini kerana dia tahu apa yang dia buat itu betul. Saya kagum dengan pengetahuan budak ini bahawa tapak sulaiman tidak dapat hidup tanpa air. Dan saya kagum dengan pengetahuan itu, budak itu melakukan inisiatif untuk melemparkan tapak sulaiman tersebut ke laut untuk kembali bernafas dihabitatnya yang betul.

Dia tidak peduli sama ada apa yang dilakukan olehnya ini diterima oleh masyarakat atau tidak. Dia tidak peduli sama ada tindakan ini berhasil dengan sempurna atau tidak. Dia juga tidak peduli akan bilangan tapak sulaiman yang bakal dilempar olehnya yang seperti cerita diatas sangat banyak.

Cerita ini diletak sebagai mesej yang ingin disampai kepada masyarakat bahawa pesakit gangguan mental juga adalah manusia yang perlu dikasihani dan disayangi. Petugas-petugas di wad berkenaan adalah peratusan keci yang amat cakna dengan pemulihan pesakit gangguan mental. Mesej yang disampai dalam cerita tersebut juga menggambarkan bahawa jangan pandang serong terhadap pesakit ini.

Saya memerhatikan barangan kraf yang mereka hasilkan. Kalau tidak memandangnya dengan mata kepala sendiri, sudah tentu tidak mempercayai kraf tersebut buatan mereka. Sangat cantik bagi saya. Walau tidak sehebat orang seni, mereka lebih baik dan lebih cantik daripada yang dihasilkan oleh saya sendiri.

Bantulah sesiapa yang memerlukan. Dan jangan memandang serong terhadap orang yang cuba untuk membantu mereka ini. Saya rasa ini mesej yang ingin disampaikan orang diwad tersebut.

Tapi ada satu mesej yang ingin disampaikan khusus untuk saya.
Jangan fikir terlampau banyak. BUAT SAJA LAH.

Lateral Maksima...... baik! buat saja..............

Selasa, Jun 08, 2010

UPDATE BLOG MASA CUTI.....


Kemalasan untuk menulis. Itulah yang dihadapi oleh saya sekarang ini. Dahulu saya merasakan kepada kawan-kawan saya yang sudah menurun minat mereka untuk menulis dan postkan artikel mereka ke dalam blog mereka seperti sudah hilang semangat untuk hidup. Maaf kalau ada sesiapa yang tersinggung, sebab bagiku dunia penulisan adalah untuk orang yang memahami diri sendiri untuk hidup berguna untuk orang lain.

Menyalurkan info dan buah fikiran diri sendiri kepada orang lain bagiku seolah-olah kewajipan kepada diri sendiri. Tetapi kini, kemalasan itu sudah melanda jiwa ini. Tapi dalam kemalasan ini, sempat lagi menggerak jari untuk cuba menulis sedikit coretan diblog saya ini.

Cuba untuk menulis seringkas mungkin dalam rangkuman cuti sekejap di kampung.


SAKIT


Sampai sahaja saya dikampung, saya pergi untuk menemani ayah ke tasik kenyir. Kali ini hanya diatas darat sahaja. Tidak dapat untuk menaiki bot ke mana-mana pulau di Tasik Kenyir. Ini adalah rutin kerja ayah untuk check up setiap alatan yang berada di kawasan Tasik Kenyir.

Pulang sahaja dari Tasik Kenyir, dilanda penyakit perut yang memulas yang cukup lama sehingga saya bimbang jika saya mengalami sakit perut yang sama sewaktu darjah empat dahulu. Kebiasaan, apabila ditimpa sebarang penyakit, saya sedikit culas untuk berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan. Selepas beberapa hari mengalami sakit perut yang agak melampau sehingga mengganggu tidurku diwaktu malam, terpaksa untuk berjumpa doctor.

Sekadar angin yang penuh didalam perut, doktor hanya memberikan beberapa jenis ubatan yang akhir sekali sedikit Cuma yang ditelan oleh ku. Nasihat doctor agar konsistenkan waktu pemakanan agar perut tidak kosong dan tidak diisi oleh angin.


PERNIKAHAN BRO ZUL DAN SIS UMMU


Selamat pengantin baru buat zulamirul dan isterinya, kak ummu. Sempat untuk bertandang kerumah pengantin perempuan tempoh hari dalam masa menahan kesakitan diperut pada ketika itu.

Seawal jam 11.30 pagi, sudah sampai ke rumah pengantin perempuan. Dan jejalan di sekitar besut dan pasir puteh sesudah itu bagi memenuhi jadual pada hari itu. Apa pun, selamat pengantin baru. Tapi apa tujuan mereka kahwin ek????


SERANGAN ISRAEL TERHADAP KAPAL KEAMANAN.


Kejam dan tidak berperikemanusiaan. Itulah kesimpulan yang dapat dibuat dari tindakan yang diambil oleh pasukan tentera laut Israel terhadap kapal keamanan. Ditembak dan ditawan oleh tentera Israel adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Kemarahan dunia meletus tetapi apakah daya, hanya perkataan “ kesal”, “ kecam”, dan perkataan-perkataan yang sewaktu dengannya yang mampu untuk diluahkan oleh pemimpin dunia. Tiada kesan terhadap Israel!!! Hanya tindakan cepat Turki sahaja yang bagiku agak berani untuk menarik kedutaan mereka di Israel.

Kenapa dunia takut untuk mengisytihar perang terhadap Israel? Pernah tak kita berfikir tentang hal ini. Ketakutan untuk bertindak terhadap Israel menyebabkan Negara lain menerima kekejaman Israel terhadap palestin. Kenapa mereka cukup takut? Sebabnya adalah kuasa ekonomi.

Rasanya ramai orang bersetuju dengan saya tentang hal ini. Apa produk yang dikeluarkan oleh Israel yang tidak dipuja oleh penduduk dunia? Produk Israel memenuhi tuntutan asas setiap penduduk dunia. Tidak percaya? Buktinya, kita tidak dapat lari daripada buatan Israel dalam hal pengkomputeran. Intel dan AMD merupakan buatan Israel.

Saya tak hendak untuk berbincang tentang hokum jual beli dengan yahudi. Tapi saya cuba untuk menyedarkan pembaca sekalian bahawa wang mampu untuk mengubah kejahatan menjadi kebaikan. Kerana wang, semua orang berdiam diri terhadap apa-apa sahaja jenayah perang yang dilakukan oleh pemegang ekonomi dunia.

Kesimpulan, jadilah Abdurrahman bin Auf. Memecahkan monopoli perdagangan yahudi di Madinah. Belajarlah dengan mana-mana bangsa untuk tempoh yang singkat dan berubahlah untuk menguasai ekonomi dunia. Umat islam banyak pakar, tapi mereka bukan pemula yang baik. Ajarkan dan tanamkan keyakinan kepada mereka untuk bermula.


KES BUANG ANAK


Tiga hari tiga kes. Saya suka menonton televisyen di pagi hari. Kebiasaan menonton berita pagi menyebabkan mindaku subur dengan informasi. Tetapi, tiga hari tiga kes yang dilapor untuk kes buang bayi yang baru dilahirkan sahaja menyebabkan saya berkata, dunia sudah gila.

Manakan tidak, orang putih tidak membunuh bayi sendiri, jika tidak suka pun, diberikan kepada orang lain yang mahu. Tetapi dinegara sendiri yang mengaku Negara islam berlaku kes seperti ini.

Manusia yang tidak tahu tujuan hidup dan hanya berpandukan kepada nafsu barakah semata-mata. Nak salahkan mereka seratus peratus pun tidak tergamak dsebabkan mereka tidak diddidik dengan betul oleh masyarakat sekeliling. Guru, ibubapa dan masyarakat saling menunding jari, “ ini salah kamu!” tiada siapa yang mengatakan, itu salah aku. Sifat manusia untuk tidak mengaku salah. Sama dengan penulis. Hahahaha.

Itulah sedikit coretan untuk kali ini. Ini yang diingat semula sewaktu menulis ini. Lepas ini mungkin ada peluang lagi untuk menulis perkara yang terlupa. Hahaha. Jumpa lagi.


Lateral Maksima........... jadi macam ni lah pulak........