Jumaat, Mac 12, 2010
NOTA DARI METING........
“Saya bukan apa, Cuma saya nak bagitau bahawa kami ini seperti hamba” adu seorang ketua bahagian dalam mesyuarat organisasi.
“ Kenapa pulak kamu seperti hamba?” tingkah pengerusi majlis.
“ Ya lah, bukan apa, senang-senang je suruh kami buat macam-macam. Contohnya seperti kejadian baru-baru ini. Suruh kami dengan bahasa arahan untuk angkat barang. Macam dia tu bos kami pulak. Kalau boleh kawan, buatlah macam kawan. Guna ayat kawan sikit. Mintak tolong ke apa ke. Ni tak,buat arahan ‘hendak 10 orang untuk angkat barang kat depan sana’. Macam tulah dia punya ayat kan.”
“ Siapa kata yang kamu semua ini hamba? Ini assumption kamu sendiri kan?”
“ Tiada siapa yang sebut macam tu. Yang ni kami rasa seperti ini. Orang lain boleh suruh kami senang-senang je. Macam tak puas hatilah.”
Saya terlibat dalam mesyuarat tersebut. Perbualan tersebut saya rakam untuk anda pembaca blog ini. Setelah habis mesyuarat dalam pukul 1 pagi, saya terfikir tentang ini. Apa yang menyebabkan perkara seumpama ini terjadi. Adakah orang lain tidak mempunyai sikap hormat kepada golongan mereka ini. Mereka aktif dalam organisasi mereka dengan baik. Tapi dalam masa yang sama, mereka selalu membantu kelompok lain dari sudut gerak kerja yang memerlukan kudrat yang lebih.
Apa permasalahan yang sebenarnya?
ADAB
Saya diberi teguran disebabkan adab kurang sopan dalam berkomunikasi ketika projek Dismi. Apabila seseorang yang hendak dijemput menerima satu mesej daripada penjemput yang beliau tafsirkan sebagai mesej itu kurang sopan, mereka sedikit tersinggung dan mulalah problem berlaku. Inilah yang dinamakan sebagai protokol dalam berkomunikasi.
Teguran senior, ketika hendak menelefon atau memberikan mesej kepada seseorang perlulah beradab dan penuh hikmah. Jangan sampai seseorang tersinggung dengan percakapan atau mesej yang kita hantar. Kadang-kadang mereka mood mereka tidak tenang sehingga masalah yang bahasa yang sedikit itu menjadi besar kerana sensitiviti.
“ saya hendak 10 anggota untuk angkat barang.” Kalau anda, apa yang hendak dibuat kepada orang yang menghantar mesej yang seperti itu?
Jangan marah. Mungkin mereka tidak mengetahui akan adab ini. Mungkin keluarga mereka tidak pernah mengajar tentang adab. Jangan terkejut jika kebanyakan keluarga sebenarnya tidak pernah mengajar anak-anak mereka tentang adab. Malah bercakap dengan mak ayah sendiri pun kurang ajar, apatah lagi hendak beradab dengan orang tua yang lain.
Sewaktu saya kecil, ummi mengajar saya tentang bagaimana untuk menelefon orang lain. Enak saya selalu marah apabila kawan saya menelefon.
“Hello, fahmi ada?” kalau anda yang tidak biasa dengan adab mungkin tidak tersinggung atau biasalah macam tu. Tapi bagi ummi lain. Ummi mengajar perkara yang tidak diajar oleh cikgu-cikgu disekolah, adab bercakap dengan orang tua.
“ Hello, assalamualaikum. Saya fahmi, kawan mil. Boleh saya bercakap dengan mil?”
Lateral maksima........... belajar beradab.............
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan