Khamis, Mac 18, 2010

CERITA SAYA



Saya suka bercerita. Membaca buku kanak-kanak adalah suatu yang istimewa kepada saya. Orang kata, cerita kanak-kanak ini untuk kanak-kanak, tak sesuai untuk peringkat umur yang lebih tinggi lagi. Jika membaca juga buku kanak-kanak, otak tidak akan berkembang dengan baik. Betulkan seperti itu?

Ada satu cerita yang saya nak sampaikan untuk anda semua. Hendak baca tak?

Ok, maka bermula cerita.

Pada zaman dahulu (zaman dahulu kala, masa tu tak ada computer lagi), terdapat sebuah kampung yang aman damai. Ditadbir oleh penghulu yang sangat bertanggungjawab dan bijak. Penghulu tersebut mempunyai anak perempuan yang sangat cantik dikampung itu. Cantiknya anak tok penghulu itu wahhhhh……

Dah dah dah……. Cerita pasal lain pulak.

Dihujung kampung itu, terdapat kawasan penternakan angsa yang sangat tidak maju. Walaupun telah mendapatkan nasihat oleh jabatan pertanian (bukan jabatan pertanian Malaysia), penternakan itu tidak juga maju. Ada saja masalah yang berlaku. Angsa mati dan sebagainya.

Empunya kawasan penternakan itu bernama ronaldo de kaka Gonzalez. Setiap pagi dia menjaga angsanya dengan cukup teliti. Malah dengan sedikit duit yang dia kumpul, dia mampu untuk membina makmal penyelidikan yang digunakan oleh dia sendiri. Hebat bukan.!?

Pada suatu pagi yang suram-suram kuku, dia berjalan dengan harapan mendapat rezeki yang baik pada hari itu. Seperti biasa, dia akan berjalan melalui sebatang jalan yang menghala ke tempat ternakannya yang ditepi hutan tebal. Dulu timbul rasa gerun terhadap hutan ini, manalah tahu keluar binatang-binatang yang berbahaya kepada nyawanya. Tetapi pepatah ada berkata alah bisa tegal biasa.

Sedang dia berjalan, terjumpa lah dia akan seekor angsa yang nyawa-nyawa angsa. Dia bergegas-gegas mengambil inisiatif untuk mengubat angsa tersebut disebabkan dia mengetahui bahawa angsa ini adalah angsa hutan yang tidak ada pemilik. Dengan ihsan yang dia ada, dia telah memelihara angsa itu dengan begitu baik dengan mengawal permakanan dan kesihatan angsa tersebut selain menjaga angsa-angsanya yang lain.
Masa terus berlalu dan angsa hutan itu telah pulih sepenuhnya. Angsa itu telah kembali bebas bergerak kesana kesini dengan riang rianya. Begitulah juga ronaldo de Kaka Gonzalez disebabkan dengan kebaikan yang diberikan kepada angsa hutan, angsa hutan tersebut tidak mahu meninggalkan ronaldo. Bermakna angsa pun boleh berfikir dengan nalurinya.!!

Pada suatu pagi, ronaldo seperti biasa pergi ke tempat penternakannya tersebut dengan harapan yang sama. Dan rutin harian yang biasa diwaktu pagi, dia akan mengambil telur-telur angsanya untuk dijual kepada peraih yang akan datang pada waktu tengaharinya. Dan dia adalah pembekal telur angsa yang no 7 didalam negeri tersebut. Pencapaian yang hebatlah kan?

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sebutir telur angsa yang luar biasa. Warna telur itu berwarna emas. Wah!!! Kemudian dia telah mengambil telur emas tersebut dan mengujinya dimakmalnya. Kemudian dia telah mengesahkan akan ketulenan emas dengan membandingkan isipadu telur emas itu dengan isipadu emas yang tulin. Asas prinsip Archimedes…..

Apabila mengetahui akan angsa hutan itu mengeluarkan telur emas, dia menjaga angsa itu dengan begitu baik. Semakin lama, semakin kaya ronaldo. Seluruh kampong mengetahui akan kekayaan ronaldo tersebut. Tetapi mereka masih lagi belum mengetahui akan penyebab kekayaan penternak tersebut.

Rumah, duit, kereta import, ladang ternakan, tanah dan asset lain semua sudah dimiliki. Sehinggalah dia menjadi orang yang paling kaya di dalam kampong tersebut kerana asset tersebut. Alangkah gembira ronaldo sekeluarga dengan keadaan tersebut.
Tetapi ada satu keburukan. Ternakan angsanya semakin dibiarkan tidak terurus. Tugasnya sehari-hari adalah untuk mengutip telur emas yang dikeluarkan oleh angsa emas tersebut. Itulah tugas sehari-hari selepas menjadi kaya.

Pada suatu hari, isterinya mempersoalkan tentang sesuatu perkara yang pelik.

“abang, kenapalah angsa hutan itu hanya keluarkan satu bijik telur emas sehari. Alangkah baiknya jika binatang itu keluarkan lebih banyak telur dalam satu hari?” soal isterinya.

“ Sudah baguslah tu binatang itu keluarkan telur emas tu sebijik sehari. Kalau tak keluar langsung macam mana?” soal ronaldo balik.

“ Eh abang, rasa Mayalah kan, mesti dalam angsa itu banyak telur tetapi binatang itu hanya keluarkan sebutir sehari. Kalau abang bunuh angsa itu dan belah perutnya, mesti dapat banyak telur emas lagi.” Berkata sang isteri lagi tamak.

“ Betul jugak tu. Tak ape, esok abang akan pergi belah angsa tersebut.” Ronaldo terpengaruh dengan kata-kata isterinya.

Keesokkanya, berlakulah kejadian yang tidak diingini berlaku. Tiada lagi telur emas yang diperolehi setiap hari. Tiada lagi asset yang dibanggakan. Semuanya telah dijual selepas itu. Alangkah menyesalnya ronaldo akan keadaan tersebut. Kehidupannya kembali kepada asal, menjadi penternak kepada angsa lagi tanpa ada perubahan yang ingin digapai.

MORAL

“Adik-adik apa pengajaran yang diambil daripada cerita tadi?” Tanya ku.

“ Jangan tamak!!!!!!!” serentak kanak-kanak ribena itu menjawab.

“Ya, dalam hidup ini tidak boleh tamak. Kalau tamak selalu rugi.” Saya membuat kesimpulan untuk cerita ini.

Orang yang tamak memang selalu rugi. Seperti mana kaum-kaum sebelum ini, yang tamak dengan harta kekayaan yang Allah kurniakan untuk dimanfaatkan. Tidak usahlah saya bercerita tentang kaum-kaum sebelum ini kerana saya percaya semua pembaca telah mengetahui tentang perkara ini.

Bukan perasaan tamak sahaja yang ingin saya kongsi dengan sahabat. Teknik bercerita sering digunakan oleh ramai orang untuk menambahkan lagi effect tentang pengajaran. Mungkin keadaan ini disebabkan perkara seperti ini menarik bahkan senang untuk diambil pengajarannya.

Teknik seperti ini memang memudahkan orang lain untuk mengingat. Tak percaya, cuba tengok satu cerita selama satu jam dibanding dengan membaca buku selama satu jam jugak. Mana satu yang lebih mudah untuk diingati.

Pengajaran seterusnya, perasaan boleh mengalahkan ilmu. Ronaldo mempunyai makmal yang boleh dibuat kajian disitu. Tetapi dek perasaan tamak mengawal diri, maka ilmu yang ada tidak berguna. Malah dia tahu bagaimana telur itu dihasilkan dan dikeluarkan daripada seekor angsa. Jadi jangan dikawal oleh emosi. Emosi lebih dekat dengan nafsu. Tetapi ilmu lebih dengan hati dan akal. Fikirkanlah jika emosi lebih dominant daripada akal.

Bersambung……….

Lateral maksima.......nak sambung apa lagi ek????..................

Tiada ulasan: