Isnin, Mac 29, 2010

TAHNIAH BUAT EZUAN


Mungkin ini yang saya patut ucapkan kepada ezuan. Tahniah dan takziah kepada Ezuan kerana dilantik menjadi Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Terengganu (PERMATA). Ucapan tahniah juga diucapkan kepada Ummi, Aisyah dan Ibrahim kerana dilantik untuk memimpin persatuan yang sudah berumur 33 tahun di UM ini.


Harapan agar tidak berlaku lagi permasalahan yang boleh mencetuskan perkara yang tidak senang dihati ahli-ahli persatuan. Mungkin ini yang dibincang agar ahli jawatankuasa yang dilantik nanti tidak diabaikan dengan kebajikan dan penghargaan dan juga kepada seluruh ahli PERMATA yang tidak putus-putus mencurahkan sokongan yang padu kepada persatuan anak negeri Terengganu.


Terima kasih yang tidak terhingga dikreditkan kepada Pimpinan terdahulu kerana berjaya membawa something yang berbeza dengan kepimpinan yang sebelum itu. Diharap momentum perubahan yang akan dirancang berhasil.


Patah tumbuh hilang berganti. Mungkin ini lah pepatah yang paling sesuai dengan mana-mana persatuan di UM. Pemimpin diangkat selama setahun dan diganti dengan pimpinan yang lain selama setahun lagi dan seterusnya. Bergilir dan berterusan. Itulah kehidupan.


Kepada semua sekali anak negeri Terengganu di UM, Mohd Ezuan Othman adalah pemimpin anda di bumi UM ini.


Lateral Maksima..................Ezuan lantik aku jadi exco mu. HAHAHAHA..........................

Rabu, Mac 24, 2010

JANGAN BUNUH ANGSA ITU


Yup. Jangan bunuh angsa hutan itu. Itulah pengajaran yang perlu ambil perhatian terhadap cerita tadi. Ini soal nyawa dan akhlak kita. Perlu untuk kita mengambil pengajaran dari skop yang berlaianan daripada biasa.

Kita tengok akibat perlakuan ronaldo. Apabila ronaldo telah dihasut oleh perasaan tamak dan orang disekelilingnya, maka dia mula focus kepada mendapatkan telur angsa emas dengan cepat agar dia menjadi semakin kaya. Focus sudah beralih kepada hasil. Sedangkan ronaldo sudah tahu bahawa tanpa angsa, telur tidak akan dihasilkan. Jika dibunuhnya angsa itu kerana cuba untuk mendapatkan telur emas tersebut dengan cara tanpa menunggu, maka tidak akan telur emas tersebut.

Hikmah kejadian ini Allah telah tunjukkan kepada kita daripada kisah diatas. Hidayah Allah pelbagai. Ada melalui pengalaman diri dan ada jugak daripada cerita-cerita bukan karangan sendiri malah dongeng lagi, tetapi terkandung seribu satu pengajaran yang dapat kita petik.

Dalam gerak kerja, kita sering untuk meletakkan diri kita bagi mencapai matlamat. Mencapai dengan kadar yang cukup cepat. Sehingga mengabaikan perkara usaha. Kita sering hendak melihat natijah dengan perasaan bangga sehingga elemen kesabaran kita tidak ambil perhatian langsung. Sehingga akhirnya kita membunuh usaha dan akhir sekali juga akan membunuh hasil kita nanti.

Letakkan 2/3 kepada hasil dan letakkan 1/3 lagi kepada usaha. Utamakan usaha dahulu baru melihat kepada hasilnya. Perancangan perlu mengikut priority dan satu satu. Gunakan MBO untuk melihat pergerakan kerja dan perancangan kita. Insya allah akan dimudahkan oleh Allah.

Lateral Maksima......... merancang strategi dakwah sekarang..........

Khamis, Mac 18, 2010

CERITA SAYA



Saya suka bercerita. Membaca buku kanak-kanak adalah suatu yang istimewa kepada saya. Orang kata, cerita kanak-kanak ini untuk kanak-kanak, tak sesuai untuk peringkat umur yang lebih tinggi lagi. Jika membaca juga buku kanak-kanak, otak tidak akan berkembang dengan baik. Betulkan seperti itu?

Ada satu cerita yang saya nak sampaikan untuk anda semua. Hendak baca tak?

Ok, maka bermula cerita.

Pada zaman dahulu (zaman dahulu kala, masa tu tak ada computer lagi), terdapat sebuah kampung yang aman damai. Ditadbir oleh penghulu yang sangat bertanggungjawab dan bijak. Penghulu tersebut mempunyai anak perempuan yang sangat cantik dikampung itu. Cantiknya anak tok penghulu itu wahhhhh……

Dah dah dah……. Cerita pasal lain pulak.

Dihujung kampung itu, terdapat kawasan penternakan angsa yang sangat tidak maju. Walaupun telah mendapatkan nasihat oleh jabatan pertanian (bukan jabatan pertanian Malaysia), penternakan itu tidak juga maju. Ada saja masalah yang berlaku. Angsa mati dan sebagainya.

Empunya kawasan penternakan itu bernama ronaldo de kaka Gonzalez. Setiap pagi dia menjaga angsanya dengan cukup teliti. Malah dengan sedikit duit yang dia kumpul, dia mampu untuk membina makmal penyelidikan yang digunakan oleh dia sendiri. Hebat bukan.!?

Pada suatu pagi yang suram-suram kuku, dia berjalan dengan harapan mendapat rezeki yang baik pada hari itu. Seperti biasa, dia akan berjalan melalui sebatang jalan yang menghala ke tempat ternakannya yang ditepi hutan tebal. Dulu timbul rasa gerun terhadap hutan ini, manalah tahu keluar binatang-binatang yang berbahaya kepada nyawanya. Tetapi pepatah ada berkata alah bisa tegal biasa.

Sedang dia berjalan, terjumpa lah dia akan seekor angsa yang nyawa-nyawa angsa. Dia bergegas-gegas mengambil inisiatif untuk mengubat angsa tersebut disebabkan dia mengetahui bahawa angsa ini adalah angsa hutan yang tidak ada pemilik. Dengan ihsan yang dia ada, dia telah memelihara angsa itu dengan begitu baik dengan mengawal permakanan dan kesihatan angsa tersebut selain menjaga angsa-angsanya yang lain.
Masa terus berlalu dan angsa hutan itu telah pulih sepenuhnya. Angsa itu telah kembali bebas bergerak kesana kesini dengan riang rianya. Begitulah juga ronaldo de Kaka Gonzalez disebabkan dengan kebaikan yang diberikan kepada angsa hutan, angsa hutan tersebut tidak mahu meninggalkan ronaldo. Bermakna angsa pun boleh berfikir dengan nalurinya.!!

Pada suatu pagi, ronaldo seperti biasa pergi ke tempat penternakannya tersebut dengan harapan yang sama. Dan rutin harian yang biasa diwaktu pagi, dia akan mengambil telur-telur angsanya untuk dijual kepada peraih yang akan datang pada waktu tengaharinya. Dan dia adalah pembekal telur angsa yang no 7 didalam negeri tersebut. Pencapaian yang hebatlah kan?

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat sebutir telur angsa yang luar biasa. Warna telur itu berwarna emas. Wah!!! Kemudian dia telah mengambil telur emas tersebut dan mengujinya dimakmalnya. Kemudian dia telah mengesahkan akan ketulenan emas dengan membandingkan isipadu telur emas itu dengan isipadu emas yang tulin. Asas prinsip Archimedes…..

Apabila mengetahui akan angsa hutan itu mengeluarkan telur emas, dia menjaga angsa itu dengan begitu baik. Semakin lama, semakin kaya ronaldo. Seluruh kampong mengetahui akan kekayaan ronaldo tersebut. Tetapi mereka masih lagi belum mengetahui akan penyebab kekayaan penternak tersebut.

Rumah, duit, kereta import, ladang ternakan, tanah dan asset lain semua sudah dimiliki. Sehinggalah dia menjadi orang yang paling kaya di dalam kampong tersebut kerana asset tersebut. Alangkah gembira ronaldo sekeluarga dengan keadaan tersebut.
Tetapi ada satu keburukan. Ternakan angsanya semakin dibiarkan tidak terurus. Tugasnya sehari-hari adalah untuk mengutip telur emas yang dikeluarkan oleh angsa emas tersebut. Itulah tugas sehari-hari selepas menjadi kaya.

Pada suatu hari, isterinya mempersoalkan tentang sesuatu perkara yang pelik.

“abang, kenapalah angsa hutan itu hanya keluarkan satu bijik telur emas sehari. Alangkah baiknya jika binatang itu keluarkan lebih banyak telur dalam satu hari?” soal isterinya.

“ Sudah baguslah tu binatang itu keluarkan telur emas tu sebijik sehari. Kalau tak keluar langsung macam mana?” soal ronaldo balik.

“ Eh abang, rasa Mayalah kan, mesti dalam angsa itu banyak telur tetapi binatang itu hanya keluarkan sebutir sehari. Kalau abang bunuh angsa itu dan belah perutnya, mesti dapat banyak telur emas lagi.” Berkata sang isteri lagi tamak.

“ Betul jugak tu. Tak ape, esok abang akan pergi belah angsa tersebut.” Ronaldo terpengaruh dengan kata-kata isterinya.

Keesokkanya, berlakulah kejadian yang tidak diingini berlaku. Tiada lagi telur emas yang diperolehi setiap hari. Tiada lagi asset yang dibanggakan. Semuanya telah dijual selepas itu. Alangkah menyesalnya ronaldo akan keadaan tersebut. Kehidupannya kembali kepada asal, menjadi penternak kepada angsa lagi tanpa ada perubahan yang ingin digapai.

MORAL

“Adik-adik apa pengajaran yang diambil daripada cerita tadi?” Tanya ku.

“ Jangan tamak!!!!!!!” serentak kanak-kanak ribena itu menjawab.

“Ya, dalam hidup ini tidak boleh tamak. Kalau tamak selalu rugi.” Saya membuat kesimpulan untuk cerita ini.

Orang yang tamak memang selalu rugi. Seperti mana kaum-kaum sebelum ini, yang tamak dengan harta kekayaan yang Allah kurniakan untuk dimanfaatkan. Tidak usahlah saya bercerita tentang kaum-kaum sebelum ini kerana saya percaya semua pembaca telah mengetahui tentang perkara ini.

Bukan perasaan tamak sahaja yang ingin saya kongsi dengan sahabat. Teknik bercerita sering digunakan oleh ramai orang untuk menambahkan lagi effect tentang pengajaran. Mungkin keadaan ini disebabkan perkara seperti ini menarik bahkan senang untuk diambil pengajarannya.

Teknik seperti ini memang memudahkan orang lain untuk mengingat. Tak percaya, cuba tengok satu cerita selama satu jam dibanding dengan membaca buku selama satu jam jugak. Mana satu yang lebih mudah untuk diingati.

Pengajaran seterusnya, perasaan boleh mengalahkan ilmu. Ronaldo mempunyai makmal yang boleh dibuat kajian disitu. Tetapi dek perasaan tamak mengawal diri, maka ilmu yang ada tidak berguna. Malah dia tahu bagaimana telur itu dihasilkan dan dikeluarkan daripada seekor angsa. Jadi jangan dikawal oleh emosi. Emosi lebih dekat dengan nafsu. Tetapi ilmu lebih dengan hati dan akal. Fikirkanlah jika emosi lebih dominant daripada akal.

Bersambung……….

Lateral maksima.......nak sambung apa lagi ek????..................

Jumaat, Mac 12, 2010

NOTA DARI METING........




“Saya bukan apa, Cuma saya nak bagitau bahawa kami ini seperti hamba” adu seorang ketua bahagian dalam mesyuarat organisasi.

“ Kenapa pulak kamu seperti hamba?” tingkah pengerusi majlis.

“ Ya lah, bukan apa, senang-senang je suruh kami buat macam-macam. Contohnya seperti kejadian baru-baru ini. Suruh kami dengan bahasa arahan untuk angkat barang. Macam dia tu bos kami pulak. Kalau boleh kawan, buatlah macam kawan. Guna ayat kawan sikit. Mintak tolong ke apa ke. Ni tak,buat arahan ‘hendak 10 orang untuk angkat barang kat depan sana’. Macam tulah dia punya ayat kan.”

“ Siapa kata yang kamu semua ini hamba? Ini assumption kamu sendiri kan?”

“ Tiada siapa yang sebut macam tu. Yang ni kami rasa seperti ini. Orang lain boleh suruh kami senang-senang je. Macam tak puas hatilah.”

Saya terlibat dalam mesyuarat tersebut. Perbualan tersebut saya rakam untuk anda pembaca blog ini. Setelah habis mesyuarat dalam pukul 1 pagi, saya terfikir tentang ini. Apa yang menyebabkan perkara seumpama ini terjadi. Adakah orang lain tidak mempunyai sikap hormat kepada golongan mereka ini. Mereka aktif dalam organisasi mereka dengan baik. Tapi dalam masa yang sama, mereka selalu membantu kelompok lain dari sudut gerak kerja yang memerlukan kudrat yang lebih.

Apa permasalahan yang sebenarnya?

ADAB

Saya diberi teguran disebabkan adab kurang sopan dalam berkomunikasi ketika projek Dismi. Apabila seseorang yang hendak dijemput menerima satu mesej daripada penjemput yang beliau tafsirkan sebagai mesej itu kurang sopan, mereka sedikit tersinggung dan mulalah problem berlaku. Inilah yang dinamakan sebagai protokol dalam berkomunikasi.

Teguran senior, ketika hendak menelefon atau memberikan mesej kepada seseorang perlulah beradab dan penuh hikmah. Jangan sampai seseorang tersinggung dengan percakapan atau mesej yang kita hantar. Kadang-kadang mereka mood mereka tidak tenang sehingga masalah yang bahasa yang sedikit itu menjadi besar kerana sensitiviti.

“ saya hendak 10 anggota untuk angkat barang.” Kalau anda, apa yang hendak dibuat kepada orang yang menghantar mesej yang seperti itu?

Jangan marah. Mungkin mereka tidak mengetahui akan adab ini. Mungkin keluarga mereka tidak pernah mengajar tentang adab. Jangan terkejut jika kebanyakan keluarga sebenarnya tidak pernah mengajar anak-anak mereka tentang adab. Malah bercakap dengan mak ayah sendiri pun kurang ajar, apatah lagi hendak beradab dengan orang tua yang lain.

Sewaktu saya kecil, ummi mengajar saya tentang bagaimana untuk menelefon orang lain. Enak saya selalu marah apabila kawan saya menelefon.

“Hello, fahmi ada?” kalau anda yang tidak biasa dengan adab mungkin tidak tersinggung atau biasalah macam tu. Tapi bagi ummi lain. Ummi mengajar perkara yang tidak diajar oleh cikgu-cikgu disekolah, adab bercakap dengan orang tua.

“ Hello, assalamualaikum. Saya fahmi, kawan mil. Boleh saya bercakap dengan mil?”

Lateral maksima........... belajar beradab.............

Selasa, Mac 09, 2010

Tiga Soalan Dan Jawapannya "Batu"




Seorang lelaki bertemu seorang ahli sufi dan mengemukakan beberapa soalan.

Soalan pertama :
"Saudara kata Tuhan wujud, tetapi saya tidak pernah melihatnya. Cuba tunjukkan saya di mana Tuhan berada."

Kedua:
"Mengapa manusia mesti dihukum apabila melakukan kesalahan sedangkan semua itu adalah kehendak Tuhan? Manusia tidak punya kehendak bebas, tidak dapat melakukan sesuatu bertentangan dengan kehendak Tuhan."

Ketiga:
"Mengapa Tuhan menghukum syaitan dengan membakarnya dalam neraka? Bukankah syaitan itu berasal daripada api, jadi tentulah api tidak dapat memudaratkan dirinya?"


Ahli sufi itu tidak memberikan sebarang jawapan sebaliknya mengambil seketul tanah keras dan membaling kepala lelaki yang bertanya itu. Disebabkan tidak puas hati dengan tindakan ahli sufi itu,lelaki yang bertanya tadi pergi mengadu kepada seorang hakim.
"Saya mengemukakan tiga soalan kepadanya tetapi dia membaling kepala saya dengan seketul tanah keras lalu menyebabkan kepala saya bengkak dan sakit." katanya.
Hakim memerintahkan supaya ahli sufi berkenaan dipanggil dan apabila ahli sufi itu tiba hakim bertanya, "Lelaki ini mengemukakan beberapa soalan dan kamu menjawabnya dengan membaling kepalanya dengan tanah, mengapa?"
Jawab ahli sufi itu, "Ketulan tanah keras itulah jawapan kepada soalannya tadi :

Pertama, dia kata kepalanya sakit, sila tunjukkan di mana letaknya sakit itu, barulah nanti saya tunjukkan di mana Tuhan berada.

Kedua, mengapa dia mengadu pada tuan mengenai saya sedangkan apa yang saya lakukan semuanya adalah atas kehendak Tuhan.

Dan ketiga, yang saya gunakan untuk membalingnya adalah tanah, mengapa pula dia kata dia tercedera disebabkan itu? Bukankah manusia diperbuat daripada tanah???"

Lelaki itu senyap tidak berkata apa-apa dan hakim pula sangat puas hati dengan jawapan ahli sufi itu.

Moralnya:
1. Allah MAHA MENGETAHUI.
2. Tanya soalan dengan ikhlas, bukannya nak tunjuk pandai.
3. Allah penguasa hukum, manusia...makhluk yang perlu menurut hukumNya.

lateral maksima.......kadang-kadang perlu 'mengajar' untuk menyedarkan orang......

Jumaat, Mac 05, 2010

WARKAH UNTUK ELIYA (2)


Assalamualaikum.

Persoalan pertama, macam mana hendak mencari jodoh yang baik dengan kita?

Soalan yang menarik untuk dijawab. Sebenarnya susah saya untuk menjawab. Soalan yang berkait rapat dengan kehendak Allah dan kehendak manusia. Soalan ini seolah-olah saya ini pakar dalam cinta. Tapi saya menjawab dari sudut personal view.

Siapakah yang percaya tentang jodoh telah ditakdirkan? Siapa pulak yang percaya yang lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan sebaliknya? Siapa yang percaya boleh sms saya selepas membaca blog ini. Kalau rasa susah, boleh bagi emel kat saya. Emel saya berada di kanan blog ini.

Ya, jodoh memang telah ditakdirkan. Tetapi senjata orang mukmin adalah berdoa. So, anda boleh meminta untuk dipertemukan jodoh yang paling baik untuk anda. Maksud baik disini adalah terserah kepada Allah.

Anda juga perlu percaya tentang kebaikan dan keburukan diri mampu berbalik kepada diri sendiri. Orang yang baik akan dibalas didunia lagi akan keburukannya supaya keburukan atau kejahatan yang dilakukan akan terhapus. Ini juga adalah satu jalan untuk muhasabah diri sendiri dalam membina character yang baik pada diri seorang hamba.

Sebelum pergi jauh lagi selepas ini, saya hendak meminta sahabat-sahabat renungkan tentang persoalan-persoalan yang dibawah. Cuba jawab dalam hati dan kalau hendak berkongsi pun boleh je dekat shoutbox kat tepi.


Objektif hidup anda apa?

Apa pula hidup bagi anda?

Adakah hidup untuk makan atau pun makan untuk hidup?

Matlamat anda sekarang pulak lepas ni apa? Lepas ni nak buat apa lepas exam penting contohnya seperti spm? Dptkan segulung ijazah? Kerja? Kahwin? Dan seterusnya dapat anak dan cucu dan akhir sekali mati?

Adakah hanya sekadar itu matlamat hidup anda?

Anda sering berkata, “aku hendak berjaya didunia dan akhirat!!!” Apa maksud berjaya itu?

Anda jadi kaya? Jadi orang ternama? Ataupun mempunyai pekerjaan yang terjamin itu sudah lengkap bagi anda?

Lateral maksima…………….cuba fikir tentang matlamat diri pulak selepas ini………….