Ahad, Januari 31, 2010

NASYID: DALAM DILEMA........



Pening saya memikirkan perkhabaran yang ini. Perkhabaran daripada Pdot dan Hafiz ini mula merunsingkan saya. Manakan tidak runsing, mengenangkan pengetua dan pentadbiran kolej yang tidak akan meluluskan bajet untuk nasyid jika tidak mengambil peserta perempuan.

ANTARA HUKUM DAN KEINGINAN.

Ya, kalau diikutkan hati ingin sahaja saya mansuhkan nasyid daripada calendar feseni 5th. Mengenangkan yang suara “pukau” perempuan mampu menggegarkan lutut lelaki ini. Cukuplah dengan pengalaman sesi lepas. Bagaimana suara perempuan dilunakkan dengan begitu sedap bagi menarik perhatian juri akan kemantapan vocal solo perempuan.

Saya terfikir juga, andaikata juri tidak terpengaruh dengan enak lunak suara perempuan, memungkinkan suara perempuan dilagukan dipentas nasyid. Tapi bila teringat akan kemerduan suara juga boleh menambat hati penonton, menjadi persoalan ini semakin rumit untuk diselesaikan. Siapa boleh jamin yang penonton lelaki tidak terpengaruh dengan kelunakan suara perempuan yang bernasyid.

Itu satu hal. Yang lain pulak, mengenangkan nasyid yang lepas, pakaian perempuan amat tidak menyenangkan hati dan perasaan selaku orang lelaki sejati menyebabkan hati sebenarnya tawar untuk mengambil peserta perempuan.

Ya mereka indah cantik sekali. Mulut saya tidak pernah memuji perempuan cantik. Tapi siapa boleh menjamin yang hati pun boleh memuji akan kecantikan wanita. Itulah fitnah namanya. Aduhai, aku dalam dilemma…..

Jauh dari sudut hati, ingin sekali saya meneruskan nasyid ini. Nasyid adalah wadah untuk fitrah manusia berseni dan bermuzik. Dalam berhibur juga, ada batasnya. Itulah yang menggusarkan hati dan perasaan saya ketika ini….

TEKANAN

Pengurusan hendak menang. Itulah yang disampaikan oleh sumber kedua. Dari JKP kesenian. Kalau tanpa perempuan, anda kalah. Jangan harap kami melaburkan untuk anda.

Saya rasa hendak lawan, tapi perlukan bukti yang kukuh yang tanpa perempuan boleh menang.

Saya hendak mengubah festival seni dengan mengasingkan lelaki dan perempuan. Pergaulan teruna dara terpelihara dengan elok. Alangkah eloknya. Tapi tak ada kuasa.

Saya dalam dilemma, saya tak tau nak tentukan keputusan yang mana…..

Lateral Maksima………….pening………………

Tiada ulasan: