Assalamualaikum....
Sudah lama tak update blog. Banyak perkara yang bermain-main didalam kepala ini. banyak persoalan yang ingin diluahkan tidak dapat diletupkan.
Saya baru je YM dengan adik kesayangan saya yg berada di Mesir sekarang. Dia sekarang bertanggungjawab dengan unit pembangunan insan dibawah perubatan disana. Nasihat abang, cuba belajar berkata NO jika tidak mampu.
Saya bukannya abang yang baik untuk menyuruh adik-adik saya mengikut nasihat yang saya beri. Disebalik nasihat terselit rasa rendah hati sebab adik-adik saya semuanya hebat-hebat.
Saya bukanlah diktator untuk menunding jari kearah jalan yang perlu dilalui oleh sang adik. “tak payah buat macam tu, tapi buat macam ni” saya bukannya jenis yang seperti itu. “tidak boleh, adik xboleh buat macam tu.” Oh bukan maksud saya untuk menjadi diktator, tetapi disebaliknya terdapat pilihan.
How to manage your work?
Ada satu petua yang menarik untuk berkongsi dengan sahabat2 semua.
Dulu saya juga banyak tugasan yang perlu dilaksanakan. Sering ketinggalan dalam apa2 maklumat disetiap post. Oleh sebab terlampau banyak tugasan yang perlu dibuat, menyebabkan moral down dan semangat semakin kurang. Saya menjadi semakin not effective people. Bukannya saya yang follow up ajk dibawahan tapi, ajk yang sering follow up saya. OH tidak!! Satu semester berada dilautan aneh.
Multiple Hat Think. Ya. Ini jawapannya...
Saya kongsi dengan anda semacam mana fungsi Multiple Hat Think ini. Anda pernah tengok topi yang berwarna warni? Ada macam-macam jenis topi kini. Ada jenis seperti cap mempunyai pelindung dihadapan. Ada yang penuh seperti biasa dan ada yang separuh seperti yang saya sering tengok di dalam pertandingan golf profesional.
Ada yang seperti topi parajurit tanah melayu, bulat. Ada yang seperti ahli silap mata. Sederhana tinggi dan hitam. Ada topi chef yang tinggi. Topi keledar pun macam-macam. Ada yang penuh dan separuh. Diatas muka bumi ini, penuh dengan topi!!!!
Itu baru bentuk. Cuba fikirkan pulak dengan warna. Ada yang merah, putih, biru, hitam dan berbagai warna lagi. Ada yang macam pelangi. Ada yang kosong tapi ada sulaman logo dan sebagainya. Pendek kata, penatlah kalau nak cerita pasal topi saja.
Cuba bayangkan anda memakai topi itu sewaktu terik matahari memancar tegak diatas kepala. Walaupun sedikit panas, tapi at least menghalang cahaya matahari yang menyengat. Saya selalu melihat ditelevisyen, orang memakai topi sewaktu bersantai dipantai. Nyaman sedikit kan??
Multiple Hat Think mengajar erti check list. Cuba bayangkan, satu jawatan diwakili satu topi. Ikut kreativiti anda untuk jenis dan warna topi tersebut. Bayangkan dan ingat. Sebagai contoh, saya sebagai pengarah projek Diskusi Ilmiah, DISMI. Saya mewakilkan topi berwarna putih dan biru berserta ada lambang logo fifth college tersulam diatasnya. Bayangkan, saya menyulam (walau tak reti, bayang jelah menyulam tu) organisasi yang terbentuk didalam topi tersebut dan tersulam juga catatan kerja yang perlu saya cover dan juga saya follow up.
Selain daripada jawatan pengarah, ada beberapa topi lain lagi yang mewakili setiap jawatan saya. Seeloknya, tulis dalam satu planner tentang topi dan tugasan tersebut. Kalau ingatan kuat tak payah tak apa....
Seterusnya, saya mula mendisiplinkan diri saya untuk menetapkan jadual pemakaian topi sesuai dengan keadaan saya. Sesuai disini adalah authority. Ikut authority anda ketika menjadualkan topi anda. Ingat, manusia boleh memakai satu topi dalam satu waktu.
Ikut jadual tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai 3 jawatan yang anda perlu pegang dan laksanakan. So, set kan waktu. Pukul 8 hingga10 saya akan memakai topi merah, kemudian pukul 11 hingga 1 tengahari, saya memakai topi biru. Kemudian saya pakai topi hijau untuk keseluruhan petang. Bermakna saya telah menyemak 3 jawatan penting saya. Pastikan setiap tugasan yang diselesaikan tidak dibuang sehingga beberapa ketika agar kenangan bersama topi tersebut ada.
Juga, cuba pastika agar topi itu tidak dicampak ke merata tempat. Maksudnya, setelah bertukar memakai topi yang lain, jangan tidak ambik peduli langsung tentang topi tersebut. Sentiasa ingat dimana anda menyimpannya agar senang untuk anda mencapai topi tersebut jika terdapat emergency ataupun tindakan segera daripada anda.
Itulah serba sedikit yang saya ingin kongsi dengan anda. Sebenarnya saya cuba untuk bertindak menguasai skill ini agar saya tidak terperangkap dengan “tiada masa”. Anda boleh cuba dan jika anda ada perkara yang ingin diceritakan dengan saya boleh kongsi dengan saya dan pembaca yang lain dalam blog ini ataupun emel saya.
Saya ucapkan selamat maju jaya kepada anda. Anda adalah anda dan anda bukan lah saya. So apa-apa perkara yang anda lakukan hendaklah memberi kesan yang positif kepada anda dan orang lain disekeliling anda.
Lateral Maksima............................saya kongsi ilmu, anda kongsi cerita dengan saya.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan