Isnin, November 16, 2009

GUSARNYA HATIKU


Assalamualaikum wbt...

  1. Ada beberapa perkara yang sangat mengganggu saya dalam bulan exam ini. Perkara ini bukan sahaja mengganggu penumpuan dan tumpuan study, malahan kadang-kadang menyebabkan saya kehilangan mood untuk study. Dah lah memang kalau boleh tak nak study, tapi mood pun dah hilang untuk study sebab kes seperti ini.(alasan  )
  2. Perkara-perkara ini sangat membingungkan dan menyebabkan saya berada dalam dilema pemikiran Muslim. Berat untuk melihat dan menilai maksud sebenarnya kebenaran.
  3. Selepas kes itu berlaku, saya mula terdedah dengan perkataan WAHABI!!! Bukan WAHABI!!!!, AHBASH, WIHDATUL WUJUD, DR MAZA, UST ZAMIHAN, IBN TAIMIYAH, MUHAMAD BIN WAHAB, dan banyak sangat penerangan dan kitab-kitab yang saya sendiri pun tak hafal sangat.

AKIDAH PEGANGAN PMI TAK BETUL?

“Kamu mengikuti usrah PMI kan?” seorang hamba Allah bertanya kepadaku.
“Ya. Kenapa?” soalku balik.
“Akidah pegangan PMI tak betul!!” tegasnya directly dan spontaneously.
“Betul ke enta ni?” saya agak terkejut dengan statement lantang hamba Allah ini (mula mengambil suku ganti nama enta-ana).
“ Betul lah ana cakap. Ana dah cuba berdebat dengan pimpinan PMI. Mereka tak boleh keluarkan dalil dalam bab akidah. Sebab tu lah ana tuduh PMI tak betul akidah. Nak kenal Allah tanpa dalil mana boleh macam ni.”jawabnya dengan lantang.


  1. Itulah serba sedikit dialog yang sedikit merunsingkan saya. Banyak persoalan yang timbul dalam benak saya selepas itu. “Adakah naqib aku ajar perkara sesat?” dan banyak lagi soalan yang timbul dalam kepala hotak saya ni.
  2. Soalan saya hold dulu untuk memberi laluan kepada kursus pendakwah anjuran Jawi ketika itu.
  3. Setelah sehari bersama mereka, aku mula mengetahui mereka tidak bersetuju dengan metodologi pengenalan akidah yang digunapakai dalam silibus usrah PMI. Ternyata mereka tidak menerima konsep akidah yang diperkenalkan oleh Ibnu Taimiyah tersebut.

SEDIKIT PENCERAHAN.

  1. Sengaja soalan yang belum terjawab diatas saya kemukan ketika berdiskusi bersama AlFahmu selepas itu. Kami berdiskusi dengan panjang lebar berkenaan bab akidah yang sepatutnya menjadi peganngan umat islam kita ini.
  2. Penghujahan menggunakan dalil Surah Al-Ikhlas sungguh merungkaikan sedikit demi sedikit. Konsep yang diberi penerangan oleh AlFahmu sedikit memberi kefahaman yang jelas dengan konsep akidah.
  3. Konsep tersebut ialah beriman bahawa Allah itu tidak terikat dengan ruang dan masa. Setiap makhluk yang diciptakan oleh Allah akan terikat dengan masa. Manusia, haiwan, masjid, roh, planet dan galaksi, dan semua makhluk Allah adalah memenuhi ruang dan mempunyai masa atau ‘usia’ mereka sendiri. “so, apabila kita bertanya dimana Allah, maka sebenarnya soalan itu adalah salah sebab bila kita bertanya tentang “dimana” maka ianya terikat dengan ruang dan masa sedangkan ianya berlawanan dengan dzat Allah sendiri.
  4. Perlu juga beriman bahawa Allah tidak sama dengan makhluk dan tidak boleh diimiginasikan. Berkaitan dengan ayat mutasyabihah itu, kita mesti berpendirian bahawa kita menerima perkataan dalam ayat al-quran tersebut dan kita menyerahkan makna perkataan tersebut kedalam pengatahuan Allah yang sangat luas. Jika kita berimiginasi tentang perkataan itu, maka itu bukanlah Allah!
  5. Satu lagi bahawa kita perlu menerima bahawa Allah itu esa. Agama lain terpaksa melogikkan konsep 1+1+1=1 sehingga payah untuk kita menerima secara logik akalnya perkara tersebut sedangkan kita hanyalah menerima Allah Esa. Mudahkan .
  6. Terima kasih kepada penjelasan seperti itu. Saya memang hargai penjelasan seperti itu.
  7. Untuk soalan konsep Ibnu Taimiyah itu tidak betul, suka untuk saya mengambil pendekatan yang dijelaskan oleh Prof Zuhdi tempoh hari. Iaitu, kita memandang konsep tersebut sebagai jalan untuk mengenal dan mendalami akidah dan tauhid. Mengikut orang tersebut pilihan untuk mengikuti jalan yang mudah baginya untuk mengenali Yang Maha Pencipta. Jika konsep 3 tauhid ini lebih mudah untuk difahami oleh orang tersebut, maka sudah mencukupi bagi mereka. Jika konsep sifat 20 lebih mudah, maka itulah yang terbaik baginya. Apa yang penting kita mengenali Allah dengan sebenarnya. Itulah pandangan Beliau dalam hal ini.

PROLOG


  1. Saya memandang isu akidah sangat penting dalam masyarakat islam di Malaysia kita hari ni. Satu pendekatan baru perlu dikaji bagi memulihkan moral value masyarakat Islam kita pada hari ini.
  2. Paparan diatas adalah sedikit yang saya lalui. Sebenarnya saya sedikit gusar untuk mencoretkan dalam blog perkara ini. Gusar disebabkan bahasa dan juga perkataan takut disalahtafsir dan jugak disalahbaca oleh pembaca sekalian.
  3. Apapun saya mohon yang diatas dikaji dengan hujah yang lebih kukuh serta dalil yang lebih banyak lagi.
  4. Pendirian saya dalam kes yang heboh sekarang akan saya nyatakan dalam masa yang akan datang.
  5. Semoga sekurang-kurangnya terlepas sedikit kegusaran dalam qalbu saya tentang permasalahan ini. Nasihat untuk diri, setiap perkara perlu ada hujah yang kuat. Senyum...........

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam

mereka xdpt mnjawab prsoalan akidah krn akidah mereka belum dicabar lg

skian

-I-

moja mojako berkata...

ni mesti ust. Zamihan al-ghari..