Khamis, April 16, 2009

hudud dan titas


Hudud adalah arahan hukuman daripada Allah swt terhadap hambanya yang merangkumi beberapa perkara sperti hukuman arak, hukuman murtad dan sebgainya. Berbanding akta AUKU (yang selalu dipinda2 saban tahun oleh pemerintah), hudud ini adalah fix dan tetap sehingga akhir zaman sebgai pengajaran kepada manusia sejagat.

Juga berbanding undang2 perlembagaan negara, hudud adalah undang2 yang telah diamalkan oleh rasulullah dan pewaris baginda dan bertahan beberapa abad lamanya ketika pemerintahan khalifah selama hampir seribu tahun. Malah ketika zaman pemerintahan islam tersebut, hudud telah diterima oleh semua bangsa dan agama dibawah jajahan takluk khalifah islam. Dan disebabkan oleh hudud lah dikatakan kerajaan islam mampu bertahan sehingga 1000 tahun lamanya.

Aku bukan orang yg tepat untuk berbicara tentang undang2 hudud. Malah aku jugak bukan seorang pemerintah untuk membahas dan menggubal undang2 dimalaysia. Aku juga bukannya sape2 dlm politik memandangkan umurku belum cukup untuk mengundi tetapi jiwa dan pemikiran ku semakin matang dalam menghadapi setiap onak badai dunia politik malaysia. Sebtulnya, jiwaku bukan jiwa politik sepenuhnya. Yang mampu membicarakan tentang sesuatu isu yang heboh diperkatakan. Aku jua bkn jaguh pidato dlm meraih undi bagi kemenangan pro M di UM. Tapi pendek kata, aku smakin mengkaji dan membaca tentang sesuatu isu yg digembar gemburkan.

Oleh sebab aku memang suka kpd perkara berbentuk kajian ini, aku sedikit tertarik apa yang telah dibuat oleh group titas tempoh hari. Tajuknya yang cukup sharp dimataku, “pandangan umum tentang penerimaan undang2 hudud.” Gempak sheikh. Mereka menghuraikan apa yang mereka dapat ketika mereka dapat dalam pembentangan slide show mereka ketika itu.

Mereka menunjukkan kebanyakan rakyat malaysia menerima pendekatan hukuman hudud dan qisas. Menurut kajian tersebut, responden percaya bahawa hudud dpt membanteras gejala yang tidak sihat dikalanga rakyat malaysia dan dapt menurunkan kadar jenayah yang sangat meruncing sekrang.

Malah kenyataan person yang ditemu ramah oleh mereka juga senada bahwa hudud spatutnnya dilaksanakn dgn secepat yang mungkin. Tapi aku xberkenan dgn kenyataan person tersebut hudud dimalaysia masih belum dilaksanakn lg kerana berbilang bangsa dimalaysia dan infrastruktur yang masih lagi belum dibina.

Menurut hasil soal selidik juga mendapati bahawa 70% drpd muslim menyokong perlaksanaan hudud tetapi 30% sahaja drpd kalangan non muslim yang menyokong perlaksanaan hudud. Bermakna non muslim atau agama dan bangsa lain masih lagi tidak mampu menerima perlaksanaan hudud di malaysia. Saudara radiant thinker, jaisyu muhamad, tinta buat diri, mcm mane nk buat dgn non muslim ni. Juga kpd muzee89, mcm mane nk buat dgn muslim yang xsokong tu.

Aku sbenarnya xberapa menyokong tentang fakta kes yang disebut ketika pengenalan kajian group tersebut. Mereka menyebut hudud hanya timbul apabila pas menang dikelantan pada tahun 1990 dan enekmen syariat telah ditubuhkan pd tahun 1993. seolah2 PAS yang mereka dan mencipta hudud sedangkan hudud telah dilaksanakn sejak 1400 tahun yang lampau. Mereka juga menyebut seolah2 hudud adalah politik sahaja.

Sebenarnya waktu tu aku ade kat belakang tempat duduk bersama group presentation aku. Kitaorang hari tu kene present jgk. So, waktu dgr tu aku nk bgn bertanya tapi dipotong oleh pensyarah dahulu. Mungkin dia xnk timbul isu lain jgk oleh pemidato dlm kelas tu. Dan aku jgk mengharapkan muzamil bangun menyanggah fakta kes tersebut, tp die pun senyap je kat dpn sane. Duk dpn dah.

What ever, hudud memang telah diterima oleh sebahagian besar drpd rakyat malaysia. Hanya orang xfaham tntang hudud je yang tidak mau hudud dilaksanakan di Malaysia. Kita harap ada orang yang lebih konsisten dlm memperjuangkan hudud dimalaysia. Berdasarkan kajian diatas jugak boleh sedikit sbyk membantu dari sudut maklumat kajian penerimaan rakyat malaysia terhadap hudud.

Dan akhir sekali, aku cukup kagum dgn group tersebut mampu membuat kajian tentang perkara yang sensitif tersebut. Dan tidak ramai mahasiswa yang mengupas hudud dari segi intelektual dan diskusi pemikiran di peringkat nasional. Kita memerluka orang yg sebegitu tuk menjelaskan lagi kebaikan hudud ni.

Tiada ulasan: