Isnin, April 13, 2009

HALA TUJU PENDIDIKAN NEGARA


Assalamualaikum warahmatullah. Hari ini dan sekian kali kali ke 50 ni, kita berjumpa kmbali. Teruskan membaca blog aku yg agak cool ni. Puji lebih sikit kan.

Alhamdulillah hari ini telah melalui hari paling perit skali sbb melalui 2 presentation dan juga 2 test sekali gus. Ditambah lagi dgn AGM PERMATA yg agak suram kuku tahun ini. Bukan nak kata, permata adalah satu anak negeri yg perlu diperkasa oleh anak negeri terengganu sndiri sebenarnya bg mengembangkan potensi sebuah persatuan yg membela dan merapatkan silaturahim antara sesama adik beradik negeri terengganu.

Yang menariknya adalah aku berborak dengan pakcik pemandu bas malam tadi. Orang kelantan. Main gu orang kate. Bercakap pasal pendidikan zaman sekarang yg tidak lagi mendidik tapi berunsurkan pelajaran semata2. Ini pada pandangan pakcik pemandu bas itu akan menyebabkan budak2 zaman sekarang menjadi kurang ajar dan tidak beradab sama sekali terhadap ibu bapa hatta guru2 pun disekolah. Sedangkan tujuan pendidikan sekolah yg digariskan oleh kementerian pendidikan adalah tuk melahirkan insan yg bermoral dan bertingkahlaku yg matang dan berakhlaka mulia. So, apabila hukuman rotan dimansuhkan oleh kementerian menyebabkan murid2 dan peljar zaman sekarang amat tidak bermoral dan menimbulkan kes juvana yg amat merugikan bangsa dan Malaysia khususnya.

Pakcik ini juga menceritakan perangai anak2 dia yg tidak mendengar cakap dan dia sebenarnya mengharapkan guru tuk mendidik anak2 mereka disebabkan mereka sndiri bekerja sampai malam. Dan hanya balik ketika malam hari bg menemui keluarga sedangkan badan mereka dah mula letih dan mengantuk. Itulah sistem pendidikan sekarang pada pandangan pakcik itu. Guru ketika dulu, amat mementingkan anak2 murid agar anak2 murid mereka berjaya didunia dan juga akhirat. Sebab itulah guru pada ketika itu amat disanjungi oleh anak murid mereka sehingga anak murid mereka sntiasa mengunjungi guru mereka walaupun mereka dah bekerja dan mempunyai family.

Bagi pandangan aku, spatutnya pendidikan skrang wajib diperkasakan lagi agar tidak timbul isu juvana dan juga mendidikan generasi yg akan datang agar mereka berguna kepada negara dan tanahair tercinta. Yg penting adalah mereka berguna kepda agama islam itu sendiri. Sedangkan apabila mereka dipenjara atau dihantar ke pusat pemulihan akhlak amat merugikan Islam kerana Islam amat memerlukan orang muda bagi menegakkan kembali khalifah islamiyah dimuka bumi ini.

Apabila kes ibu bapa menyerang guru kerana tidak berpuas hati dengan arahan guru yg tidak membenarkan pelajar perempuan berpakaian tidak sopan timbul, seolah2 guru dipersalahkan. Bagi aku, guru tidak salah kerana berpakaian sopan adalah dituntut oleh agama sedangkan sekolah bukan ntuk individu sahaja tapi adalah untuk semua. Tidak sepatutnya bapa terbabit serang guru terbabit. Pening2 dengan tindakan ibu bapa sekarang amat memanjakan anak2 dan menurut kata2 anak mereka sahaja.

Sekarang ni sistem pendidikan dimalaysia telah dikuasai oleh ibubapa itu sndiri. Sememangnya pendidikan disekolah adalah tuk mendidik para pelajar agar berguna kpd agama dan masyarakat dgn ilmu yg dipelajari. Tapi apbila sang guru merotan pelajar, kecoh satu malaysia akan hukuman rotan tersebut sedangkan hukuman sbenarnya adalah wajib bagi mmperingatkan lagi orang lain agar tidak lagi mengulangai perbuatan. Tapi apabila orang yang salah dibela menjadikan pendidikan dimalaysia menjadi celaru. Sedangkan tujuan pendidikan di Malaysia adalah tuk mendidik anak bangsa sndri kearah wawasan 2020.

Instuitusi pendidikan akan gagal jika ditadbir dengan bukan berlandaskan syariat islam. Bukan sains dan matematik sahaja yang diambil kira sbg syarat tempat ke mrsm tapi agama dan pendidika moral spatut menjadi teras dlm melahirkan masyarakat yg saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Tiada ulasan: