Jumaat, Januari 23, 2009

PERINGATAN SAMPAI MATI KEPADA PRO M


Alhamdulillah. Syukur teramat tinggi diucapkan kepada Allah swt diatas kejayaan dan kemenangan dalam prk kali ini, dan tidak lupa juga kepada sahabat2 pengundi yg sudi mengundi Pro Mahasiswa, jutaan terima kasih banyak2. opssssss........... bukan kejayaan sebenarnya. Tapi satu amanah daripada Allah kepada Pro Mahasiswa tuk memperjuangkan Hope and Change, Yes We Can yg dilaungkan bermati matian oleh kita sendiri.

Bercakap memang mudah, tapi melaksanakannya bukan payah. Fikirkan tentang jln untuk mengotakan janji ini adalah jalan paling mudah untuk para pemimpin yg dipilih menunaikan hak mahasiswa berbanding cara demonstrasi dan sebgainya.

Selepas kemenangan tersebut, aku diserang oleh pelbagai sms yg mengingatkan para pejuang sekali agar tidak terleka dlm meletak hak pada tempatnya, dan tidak melakukan kezaliman hak kepada sesiapa saje termasuk lah HEPA sekalipun. Bukalah jalan perdamaian kepada Gerak tuk mereka brtaubat. Pulihkan kuasa mahasiswa yg trcalar dan perhebatkan budaya keintelektual mahasiswa sebgai pendokongnya bg melahirkan masyarakt yg hebat dimata dunia.

Juga diingatkan juga kepada pemimpin sekalian. Kadang2 menyuruh orang lebih senang drpd memimpin orang. Ape maksud tersebut?

Pertama sekali, kita suruh orang untuk buat kerja tapi kita sendiri tidak menghadapi suasana mereka sendiri. Nabi Muhammad juga turut berperang kemedan jihad. Malah, sikap humble yg dimiliki nabi menjadkan pemimpin yg terbaik bagi sekalian umat. Jadikan Rasulullah sebgai model dlm kepimpinan. Sentiasa merujuk kepda sirah nabi dlm melakukan keputusan. Pastikan roh perjuangan Nabi meresapi dlm jiwa setiap pemimpin.

Kedua, baiki apa yg kita lemah. Kalu kita lemah drpd sikap dan pembawaan, baiki dan perbetulkanlah ia sebaiknya. Terima kritikan walaupun sepahit hempedu. Jgn terlalu menerima pujian walaupun semanis gula( tambahkan manis dlm senyuman, nanti kencing manis jika mkn gula banyak2).

Ketiga, Fikirkan feel dan perangai orang sekeliling, fahamkan merka dan insyaallah, sgala arahanmu akan mereka turuti sebaiknya. Nabi sangat memahami sahabat yg berada disekeliling baginda, apatah lagi kita sebgai umat yg sepatutnya mencontohi baginda dlm sume aspek kehidupan.

Keempat, perluaskan amanah dan perkecilkan ketidakjujuran. Pemimpin sekrang memperkecilkan amanah dan memperluaskan pecah amanah. Awas tentang itu. Kalu aku dpt tau, siap korang aku rembat.

Aku rase smpai setakat tu je kot. Yg aku tak sebut tu, korang boleh fikirlah sendiri. Sesungguhnya, kemenangan itu adalah sukar, tapi mengisi kemenangan itu adalah perkara yg paling sukar. ingat tau

Tiada ulasan: