Rabu, Januari 07, 2009

NASIHAT IMAM SHAFIE UNTUK DIRENUNGI

Empat perkara untuk sihat:
1) Makan daging. Tapi orang yg mempunyai darah tinggi tolong kurang sedikit.
2) Memakai haruman. Perempuan haram memakai haruman yg melampau. Sedikit2 sudah lah ye.
3) Kerap mandi. Jangan mandi selepas tengahmalam dan sebelum waktu tahajud. Takut peparu berair. Susah pulak nanti.
4) Kerap memakai pakaian dibuat daripada kapas. Yg ni kene kaji. Saintis ambik perhatian.

Empat perkara melemah kan badan:
1) Terlalu byk mengadakan hubungan kelamin. Huhuhu.
2) Selalu cemas. Tenanglah selalu. Kalu anak hilang tu kenelah cemas jugak tu.
3) Byk minum air ketika sedang makan. Mak aku kate, kembung perut jika buat seperti yg tersebut diatas.
4) Byk makan benda masam. Elakkan makan asam yeee.

Empat perkara yg menajamkan mata:
1) Duduk mengadap kiblat. Hhhhaaaaaaaa. Sambil2 tu zikirlah byk2 ye.
2) Bercelak sblm tidur. Jgn jd mcm artis barat, jadi mcm hantu @ ada kesan lebam kene tumbuk dua2 mata. Tu bukan islam tu.
3) Memandang yg hijau. Bendera hijau pun termasuk sekali kot.
4) Berpakaian bersih. Bukan berpakaian baru @ lawa. Apa yg ade tu bersihkan. Agar orang yg tengok tu dpt pahala juga.

Empat perkara merosakkan mata:
1) Memandang najis. Tahi cicak pun tak boleh tau. Hehehehe.
2) Melihat orang dibunuh. Ni juga termasuk dalm orang yg dibunuh dalam game perang etc.
3) Melihat kemaluan. No comment.
4) Membelakangi kiblat. Dalam mksd nye ni. Mungkin org terpesong dr landasan agama pun termasuk juga kot.

Empat perkara menajamkan fikiran:
1) Tidak byk berbual kosong. Maknenye kene bykkan bercakap tentang ilmu. Cthnya, ilmu sains dan sebgainya. Masuk usrahlah baru best.
2) Bersugi (gosok gigi). Terutama waktu pagi, mengelakkan busuk mulut. Hehehe.
3) Berkawan dengan orang berilmu. Adkah bagi menggalakkan org berfikir?
4) Berkawan dengan para ulamak. Tulah, ulamak pun takut nk pegi dekat. Mcm mane nak berkawan. Orang zaman islam hadhari. Hehehe.

Empat cara tidur:
1) Tidur nabi; meneletang sambil berfikir tentang kejadian tuhan yg maha esa.
2) Tidur ulama dan ahli ibadah; mengiring kekanan bagi memudahkan bangun untuk solat malam.
3) Tidur raja yg haloba; mengiring kekiri untuk memudahkan makanan yg banyak dicerna.
4) Tidur syaitan; menelengkup sperti tidurnya ahli neraka.

Ha! Boleh ikut tak?

Tiada ulasan: