Ahad, April 28, 2013

Kenapa Saya Tidak Menggunakan Ijazah Saya?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera buat semua.


Sudah lama saya sendiri tidak menjenguk blog ini. Akhirnya berkesempatan untuk mengemaskini blog ini. Alhamdulilah.


Soalan diatas selalu ditanya kepada saya semenjak saya memperolehi skrol ijazah pertama saya. Adalah beberapa orang yang sangat prihatin kepada saya, bertanya kenapa tidak mahu menggunakan ijazah sahaja. Ada juga yang bertanya, kenapa tak jadi environmenatalist? kenapa tak jadi auditor, OSHA, spectator dan lain-lain lagi jawatan yang berkaitan dengan bidang yang saya belajar dahulu.

Dengar sini rakyat jelata sekalian. Kerana saya tidak mahu. Tak mahu, tak mahu dan tak mahu.

Itu jawapan biasa kan. Kalau tak, tuan-tuan tidak pula mahu klik link posting ini kan. Saya jawab dalam bentuk listing satu, dua, tiga dan seterusnya.....

1. Daripada kecil, saya ingin belajar berniaga dan menulis. Ketika darjah 6 lagi, saya sudah menetapkan untuk berbisnes, menulis dan mengkaji segala ilmu yang berada dalam dunia ini. Alhamdulilah, sekarang sedang mendapatkan yang pertamanya. Menulis tu, dalam blog cukup kot.

2. Tujuan saya masuk ke Universiti Malaya adalah untuk masuk universiti. Itu sahaja. Minat pada course, adalah sikit-sikit setelah masuk empat semester berada di Universiti Malaya.

3. Siapalah yang nak ambil graduan yang mempunyai result yang kurang cemerlang. Graduan dengan hanya mampu lepas sahaja ( baca dengan nada suara sedih). Yang best adalah, di Universiti, tiada orang pun menunding jari kepada saya mengatakan saya adalah pelajar corot. Ya tidak ada, dan saya tidak merasai saya adalah pelajar corot walaupun saya menyedarinya.

4. Saya mahu bekerja bersebab. Ketika saya mencari kerja di restoren dan makanan ringan, saya sudah mensasarkan bahawa saya perlu untuk belajar selok-belok perniagaan restoren dan makanan ringan ini. Ini kerana, restoren dan makanan ringan ( snack) berada dalam list bisnes saya nanti. Insya Allah.

Ketika saya memilih untuk menerima jawatan sebagai pengurus jualan downloadilmu yang saya sandang hari ini, adalah kerana batu loncatan yang cepat untuk membuka bisnes sendiri. Saya akan cepat belajar daripada orang yang sudah berada lama dalam bidang bisnes. Orang yang sudah merasai selok-belok perniagaan bercerita kepada saya. Kerana itu, saya menerima jawatan ini.

Saya juga inginkan belajar tentang sistem yang pernah saya baca dalam buku Robert Kiyosaki. Beliau memberitahu bahawa, sesiapa yang ingin kaya, mereka yang boleh mencipta sistem dan mengawalnya sistem tersebut dengan baik. Maka, saya perlu segera belajar apa yang perlu supaya saya boleh mencipta sistem saya sendiri.

Keburukan

Ramai orang tidak faham dengan keadaan saya ini. Ummi dan Abah sudah risaukan saya. Bimbang takut-takut saya tidak cukup makan. Saya miskin tetapi saya cukup makan.

Malah hendak meyakinkan bakal keluarga mertua pun susah. Ish ish ish

Saya sudah sedikit demi sedikit mampu. Mampu menyara hidup sendiri dan insya Allah, sedikit demi sedikit saya menambah beban. Membayar hutang akan menjadi satu kewajipan selepas ini.

Saya sudah mengantuk dan saya mahu tidur. Doakan saya ya tuan-tuan pembaca sekalian. Terima kasih.
Ini Kalilah.

1 ulasan:

Ameer Al Manna berkata...

semoga berjaya dalam dunia bisnes :)