Selasa, Oktober 23, 2012

Content Marketer


Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Melangkah kedunia content marketing ini adalah suatu yang mencabar disebabkan masih belum ramai di Malaysia yang menjadikan ianya suatu profesion. Saya masih lagi belajar berkenaan dengan content marketing ini.

Pada mulanya, saya ingatkan content marketing ini adalah social marketing. Tetapi sebenarnya agak berlainan sebenarnya. Content marketing adalah sebahagian daripada social marketing. Bezanya adalah focus. Fokus content marketing adalah menumpukan kepada Content atau isi kepada semua wadah marketing, termasuk blog, website, laman social seperti facebook, twitter dan sebagainya.

Mengfokuskan kepada memberi untuk membina kepercayaan kepada para pembaca dan akhirnya akan membawa kepada produk atau perkhidmatan yang ingin ditaawarkan. Mengikut mazhab seth Godin, ianya dikenali sebagai permission marketing.

Isnin, Oktober 22, 2012

Team Baru lagi.



Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Hari ini saya hendak memberitahu bahawa saya gembira. Saya gembira kerana saya sudah mencapai satu daripada 2 target saya tahun ini. Target saya tahun ini adalah, saya mahu mendapat RM2000 sebulan sehingga hujung tahun ini dan kedua adalah saya ingin mendapatkan partner saya untuk membuat sesuatu yang suka iaitu bisnes.

Saya focus kepada target kedua. Saya berjumpa dengan ramai orang dan ketika permulaannya, saya mengatakan “ dialah partner saya untuk membuat bisnes kelak”. Pada permulaan, saya gembira kerana seolah saya serasi dengan mereka. Selepas sekian lama, hati saya kuat mengatakan saya tidak serasi dengan mereka. Cuba untuk menafikan, dan akhirnya bercerai berai juga.

Daripada situ saya belajar sesuatu. Saya belajar bahawa kalau saya tak berpuas hati saya selalu akan berdiam diri dan selalu memencilkan diri. Begitu juga jika saya tak bersetuju dengan pendapat mereka, saya akan mengelak diri daripada bercakap dengan mereka. Saya mengharapkan mereka berubah. Dengan kesenyapan saya, mereka tidak berubah. Saya perlu belajar untuk luahkan. Saya perlu belajar untuk menyatakan pendapat saya ketika beremosi. Dan saya perlu belajar untuk mengubah diri saya sendiri. Pokok pangkalnya adalah saya.

Saya takut untuk berhujah kerana saya tidak pandai berhujah. Saya takut untuk tenggelam dalam emosi dan penghujahan bukan lagi menggunakan fakta dan akal intelektual kalau dalam emosi yang bergolak. Maka berdiam diri itu adalah jalan saya dan memencilkan diri itu satu protes.

Kadang-kadang saya terbuka dengan sesetengah orang dan saya tertutup dengan sesetengah orang yang lain. Saya terbuka dengan sesetengah topic yang saya fahami tetapi tertutup dengan sesetengah yang lain.

Saya mengharapkan saya kekal dengan tim sekarang. Tim yang terdiri daripada naqib saya dan seorang yang berpangkat ayah kepada saya. Walaupun kami masih lagi belum berbincang dengan halatuju tim ini secara tetap, tetapi saya merasakan saya mampu pergi jauh dengan tim saya sekarang. Saya ahli termuda dan saya mahu belajar daripada university kehidupan. Doakan semoga saya tetap bersama Tim The Marketing Chefs. ^_^