Salam sejahtera.
Blog memang hebat. Kita boleh tulis apa sahaja yang
dirasakan boleh tulis oleh penulis yang reti tulis (ayat memang tak boleh
blah). Sudah hampir 5 tahun berblog, naik turun dalam dunia penulisan ini
memang biasa bagi saya.
Sekadar mengimbas kembali kenapa saya berblog? Pada asalnya
adalah saya ingin menulis. Tu je. Tak lebih dan tak kurang. Pada ketika itu,
terdetik untuk memiliki blog pabila di ‘inspire’ kan oleh dua orang yang agak
rapat time tu. Orang tu adalah Ust Dzulkhairi ( seorang naqib) dan Fahmi Saufi
( sahabat yang sama nama lain bapak). Sememangnya kedua orang ni menggalakkan
saya untuk memiliki blog. Memang saya suka menulis.