Selasa, Mei 31, 2011

Part time job yang Seronok


Assalamualaikum dan salam sejatera....

Alhamdulilah, hari ni adalah hari kedua saya bekerja di pusat perniagaan di shah alam ( saya dah lupa nama apa tempat tu. World???). Sangat best sebenarnya bekerja disitu. Kembali bertemu Dr Muhammad Jantan, pengasas RESQ. Soalannya yang selalu ditanya adalah : berapa umur anda hari ini? Apa lagi, saya dengan berlagaknya menjawab: umur saya baru bermula... hahaha. Nampak macam kelakar lak pulak. Tapi itulah salah seorang yang hebat yang mempunyai pejabat di situ.

Gaji? Sebenarnya gajinya cukup rendah bagi anda semua, tapi bagi aku mungkin inilah yang berharga mungkin. Gaji sekitar RM500++. Memang tak cukup sebenarnya, tetapi saya menerima juga tawaran tersebut atas satu sebab. Nak tahu tak sebab apa? Sebabnya adalah knowledge.

Ala knowledge je? Kat U bole dapatlah.
Mungkin setengah anda akan terdetik begitu kan? Kalau tak terdetik baguslah. maintain sikit bakul pahala anda. Hehehe. Sebenarnya knowledge ini adalah knowledge yang tak dapat dalam bilik kuliah. Knowledge ini datang daripada pengalaman orang lain yang saya akan belajar untuk perkembangan saya dimasa hadapan.

Apa yang menariknya adalah bulan pertama akan mendapat gaji penuh satu bulan dan bulan kedua akan mendapat gaji penuh juga tetapi cara kiraannya lain. Bagaimana yang lain itu? Wah makin seronok saya nak bercerita.

Gaji untuk bulan kedua adalah hasil daripada aplikasi knowledge yang saya akan belajar pada bulan pertama. Jika terkurang, boss akan tambah dan jika terlebih itulah rezeki saya untuk bulan kedua. Maknanya, bulan kedua kena usaha sungguh-sungguh untuk dapatkan lebih daripada gaji bulan pertama. Ganbatte.. fight ohh.....

Tempat saya kerja juga sangat kondusif. Makan tengahari, satu meja dengan dato’. Memang sporting habislah dato’ tu. Banyak input berbeza yang saya dapat daripada boss dan dato’ tu. Yang paling bagus tempat itu adalah, solat zohor penuh surau yang muatannya boleh menampung sehingga 400 orang. Oleh sebab saya lewat, saya terpaksa tunggu untuk shift kedua. Masya allah, hebat sungguh orang-orang disini. Kerja professional dan solat jemaah penuh surau.

Hari ini boss saya benarkan saya pulang awal disebabkan saya akan bekerja balik pada sebelah malam nanti. Saya pun tak tahu kerja apa yang saya perlu buat malam ni, tetapi yang pastinya di akan membawa saya berjumpa dengan taukey restoran cina muslim yang sangat baik. Moga-moga dengan didikan orang disekeliling saya, saya menjadi orang yang berkualiti dari sudut dunia dan akhirat. Yeah move to OKB ( orang kaya bertakwa).

Lateral maksima........ sangat terpengaruh dengan orang disekeliling tempat kerja.......

Isnin, Mei 30, 2011

Pelancaran Pekan Ebook

Dalam internet terdapat banyak e-book yang dijual kepada orang ramai. Bukan sahaja boleh didapati dengan sangat mudah ( Cuma bayar dan dapatkan melalui emel anda), malahan menjadi satu prospek masa hadapan dengan pengurangan penggunaan kertas untuk percetakan.

Dengan mengambil langkah yang sama untuk masa hadapan, saya menyokong usaha ini dengan mempromosikan ebook ini dalam bentuk kedai internet. Ya, saya mengemukakan permohonan untuk menjadi agen untuk memasarkan barangan mereka di laman saya dan seterusnya mempromosikan ebook mereka.

Saya menyokong usaha untuk mengurangkan penggunaan kertas. Oleh sebab itu, saya banyak membeli dan membaca buku dalam internet sekarang a.k.a ebook. Banyak juga buku-buku internet yang saya beli menggunakan online dan terima kasih kepada mereka yang menjualkan buku tersebut kepada saya. Anda boleh melayari pecan ebook saya di http://tapakebook.blogspot.com dan jom sertai saya untuk pengurangan kertas pada masa hadapan.



Sabtu, Mei 28, 2011

Selamat Hari Jadi Ummiiiii!!!!

“ Betullah Aisyah kata, orang lain duk risau pasal dia, dia duk erm,erm, rilek je macam tak ada apa...” Membebel panjang ummiku tadi. Risau tiada orang yang masuk ke rumah sewa, tiada wang untuk berbelanja dan bla bla bla..........

Fitrah mak dan ayah akan risau dengan keadaan si anak. Itu normal. Dan normal jika si anak akan buat-buat “don’t know” a.k.a slamber je jikalau tidak ada perkara yang merisaukannya. Abang janji umi, jika tiada orang yang akan masuk ke dalam rumah selepas ini, abang akan keluar dari rumah tu dan duduk merempat dimasjid-masjid. Abang janji dengan umi, kalau abang tak ada duit untuk buat belanja, abang akan cari makanan percuma di pasaraya dan minum air paip. Dan abang janji jika abang tak ada duit untuk bayar yuran pengajian sem depan, abang akan berhenti belajar.

Berita baiknya, abang sedang berusaha untuk mengelak perkara tersebut berlaku dan abang akan usaha dengan izin Allah untuk tidak merisaukan umi dan abah lagi. Bergembiralah sebab abang sudah besar dan insya allah abang akan maju jaya selepas ini. Latihan abang dapat mengajar untuk berhadapan dengan rasa susah. Percayalah dan ingatlah kata-kata abang dalam telefon, abang ni anok umi dan abah yang paling special.. percayalah dan abang mohon untuk difahami.

Anyway, selamat hari jadi umiku yang ke 47. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu serta beroleh keberkatan daripada perasaan percaya untuk anakmu yang jauh. Abang akan doakan kesejahteraan umi selalu. Sebab itu abang tak akan ucap selamat hari ibu sebab hari-hari adalah untuk ibubapa.   



Lateral maksima................ Mencari erti Hidup.Fight Ohhhhh................



Rabu, Mei 25, 2011

Tips 1


Disini saya ingin menyampaikan beberapa tips untuk anda semua tentang pengurusan kewangan. Tips ini saya dapat daripada buku-buku yang saya pinjam daripada Library UM. Tips kali ini adalah berkenaan Pengurusan kewangan cara orang kaya.

Apabila mendapat gaji, mereka ini akan membahagikan dulu wang gaji mereka kepada 3 bahagian iaitu pelaburan, simpanan dan perbelanjaan. Bagi orang awam yang biasa, mereka akan mengeluarkan checklist perbelanjaan dahulu untuk menghabiskan wang gaji mereka. Setelah itu, barulah yang lebihan daripada belanja adalah untuk simpanan. Kadang-kadang ada kadang-kadang tiada. Tetapi selalunya tiada lah. Tak sampai hujung bulan sudah ‘pokai’.

Berbeza dengan orang kaya, wang gaji mereka 20% untuk pelaburan, 20% untuk simpanan dan selebihnya barulah mereka gunakan untuk membuat perbelanjaan. Dan mereka juga sangat kedekut untuk diri mereka sendiri. Jangan hairan jika terdapat orang kaya selalu membeli baju baru ketika SALE semata-mata dan mencuba untuk mendapatkan diskaun yang paling banyak. Malah tabiat orang kaya juga adalah mereka sering membeli barangan mereka untuk ‘stock’ selama beberapa bulan.

Secara kesimpulannya, kita tengok carta aliran ini:

Gaji > Pelaburan > Simpanan > perbelanjaan..............

Selamat beramal.....

Lateral maksima............ tak dapat pergi kerja lagi. Kenderaan tak sampai lagi. Huaaaa

Ahad, Mei 22, 2011

Akademi Kanoha


Pernah mendengar cerita Naruto tak?
Pernah membaca manga tersebut?
Atau anda sedang mengumpul kad watak animasi Naruto?
Pernahkah anda bermimpi tentang Naruto?
Atau pernahkah anda mengigau menjadi Naruto dalam tidur anda?

Persoalan diatas tidak ada kena mengena dengan artikel yang lepas-lepas tetapi ada sikit kena mengena dengan post kali ini. Saya nak mengumumkan satu projek untuk junior-junior saya yang akan datang. Nama projek ini adalah projek Akademi Kampung Kanoha. Wah gempak gila namanya. Ok kita tengok satu-satu kerangka idea yang saya cadangkan ini.

Dalam cerita Naruto,
1)      setiap kanak-kanak dalam kampong Kanoha akan dimemasuki sekolah ninja untuk kanak-kanak ( lebih kurang macam tadika lah).
2)      Selepas disaring dan diuji, maka seorang ninja taraf tinggi akan mengambil ninja kecil ini untuk dilatih. Dalam cerita Naruto, naruto bersama-sama sasuke dan sakura dilatih oleh ninja copy and paste iaitu kakashi. Mereka terpaksa berlatih untuk menjadikan mereka ninja yang sebenar.
3)      Setiap masa, setiap kumpulan ninja yang tadi tu, akan diberikan misi-misi yang tertentu seperti kumpulan kakashi diberi misi tahap A, dan dapat mengalahkan Zabuza tersebut. Pada peringkat misi ini, naruto and the geng akan mengaplikasikan setiap latihan yang mereka pelajari selama ini. Mereka akan mengumpul pengalaman berlawan dan pengalaman ini lah yang akan mematangkan mereka lagi.
4)      Selepas melepasi beberapa ujian, mereka boleh memikul tanggungjawab sebagai ninja dan sekaligus ninja ini akan membimbing next generation of ninja.
Akademi Kampung Kanoha:
1)      Setiap junior akan dikumpulkan maklumat mereka.
2)      Selepas memahami minat junior tersebut, maka mereka dibimbing oleh senior yang berpengalaman untuk dibimbing dan dilatih.
3)      Mereka diberikan beberapa misi untuk diselesaikan sepanjang mereka dilatih. Misi-misi berkaitan dengan dunia dakwah seperti rivert handling, approaching non-muslim, psikologi golongan yang tidak bernasib baik dan sebagainya. Ini hasil daripada latihan ilmiah, hafalan dan teknik-teknik yang diajar oleh senior terbabit.
4)      Selepas melepasi beberapa ujian, mereka akan di’bebas’kan kemuka bumi untuk berdakwah dan sekaligus mereka akan dipertanggungjawabkan untuk memimpin daie junior yang baru.

Hohoho, gempak tak idea saya. Insya allah selepas ini, saya akan perincikan lagi apa yang saya hendak buat untuk akademi ini. Siapa yang nak ambik idea ni boleh tak kita berbincang lanjut berkenaan dengan aktiviti ini? Boleh klik kenali penulis. Disitu ada boring untuk hubungi saya.... terima kasih....


Lateral maksima.............. memikirkan idea gempak yang lain........................................

Khamis, Mei 12, 2011

Rungutan Kepada KTMB

Kaptem Kucing sedang bersedia..............

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sekali. Saya harap anda semua gembira menghadapi hidup anda sekarang. Kalau tension boleh hubungi saya dan cerita semua kat saya. Apa? Macam mana nak hubungi saya? Klik kenali penulis kat atas sekali blog ini.

Saya nak bercerita sikit ini ( memang saya suka cerita pun). Hari sabtu yang lepas, saya telah pergi melawat seorang kawan sekolah yang sakit dihospital Rawang. Kawan saya ni disyaki terkena penyakit rat urine atau nama saintifiknya penyakit kencing tikus. (^^). Kesian kat kawan saya ni terkena penyakit tersebut. Dengar khabarnya, dia baru lepas mandi manda dekat kawasan air terjun sungai Gabai ( kawasan tersebut memang banyak dengan sampah). So, nasihat saya, jangan pergi sungai Gabai Hulu Langat buat sementera waktu.

Yang tu satu kes, ada lagi satu kes yang saya memang tak puas hati adalah pasal koc wanita untuk perkhidmatan komuter. Memang saya tak puas hati dan saya memang panas hati pun. Ada ke patut ada koc tuk wanita sahaja, tapi tak ada koc untuk lelaki. Teruk betul lah pihak pengurusan komuter ini. Alas an yang diberikan oleh pihak KTMB adalah untuk mengelak gangguan seksual terhadap perempuan. Yang ini saya nak marah ni.
gambaran koc wanita ( sekadar gambar hiasan)

Sepatutnya bagilah koc untuk lelaki sahaja. Barulah adil. Ingat wanita sahaja ke yang terkena gangguan seksual daripada lawan gender. Lelaki pun terkena sekali lah. Ada ke patut dalam train yang saya naik tuh, ada seorang awek yang cun melecun sekaligus seksi dan seksa ( seksi bila ada lelaki suka tengok dan seksa sebab ketat bukan main. Tak rimas ke orang lelaki duk tengok kamu cik adik oiiii) berdiri depan saya yang tengah duduk atas kerusi. Objek-objek yang sepatutnya saya boleh tengok selepas saya kahwin nanti, pada waktu tu saya boleh tengok live. Glurpppp. Banyak kali pulak tu. Last sekali saya pejam mata dan bersandar dengan enaknya sehingga tertidur. Nasib baik tak terlepas stesen Rawang.

Tulah yang saya nak cerita. Saja saya nak lepas perasan marah dalam blog saya ni. Maklumlah dah lama tak update blog ini. Kalau ada pegawai KTMB terbaca blog ini tolong ambik tindakan segera dengan memperkenalkan koc untuk lelaki pulak. Lelaki pun kena gangguan seksual jugak. Dan kepada pasangan yang sedang syok bercintan-cintun, tolonglah jangan jadi macam kucing dalam komuter tu dan dimana-mana sahaja. Bergesel sana, bergesel sini. Meow meow sana, meow meow sini. Geram saya tengok kucing jantan dan betina ni.
lebih kurang macam ni kucing tu.. ish3... hehehe

Itulah. Pengangkutan awam ni adalah untuk orang awam. So, jagalah tatasusila baik dari sudut pemakaian dan juga pergaulan berlawanan gender. Janganlah nak buat dunia didalam dunia. Kononnya ada hijab disekeliling mereka sehingga orang lain tak pandang kelakuan sumbang anda. Plezzzz tolong lah....

p/s: sebenarnya, perempuan yang pakai tudung tetapi tidak cukup ‘kuota’ pemakaian lebih tidak selamat berbanding perempuan yang melepasi syarat pemakaian minimum islam... tutuplah pakaian anda dengan selamat, dan ingatlah orang yang tersayang. Hehehehe.....

lateral maksima....... sedang mencari kerja part time...........


Selasa, Mei 10, 2011

Perubahan Untuk Blog Lateral Maksima

Assalamualaikum dan salam sejahtera......

Anda nampak tak  apa yang berlaku dekat blog Lateral Maksima ni? Boleh tolong komen sikit tak? Ala boleh lah tolong komen je tentang blog Lateral Maksima ni... bolehkan?


Khamis, Mei 05, 2011

Filem Yang Saya Nak Tengok Nanti......

Ini adalah Preview filem yang saya nak tengok nanti jika ada kesempatan.... saya tidak boleh bagi tiket wayang kat kamu semua, tapi saya  bagi anda semua tengok trailer lah boleh? hehehehe........

Walaubagaimanapun, saya nak ajak seseorang untuk tengok wayang ni kat pawagam. Siapa nak ikut saya sila angkat tangan macam saya....... Ok lah... Tengok betul-betul filem ini dan mesej saya jika hendak tengok filem ni....

lateral maksima........... mood exam tak habis lagi, tapi dah nak tengok cerita........

Rabu, Mei 04, 2011

Pengumuman: Saya Nak Cari Rakan Serumah


sekadar gambar hiasan. tapi rumah flat gak lah tingkat bawah sekali.
RAKAN RUMAH DICARI SEKARANG.....
DUDUK DENGAN SAYA SATU RUMAH
MENCARI 2 ORANG LAGI RAKAN SERUMAH UNTUK DIKONGSI
PANTAI INDAH APARTMENT, 59200 KUALA LUMPUR
LELAKI ISLAM( PEREMPUAN TIDAK LAYAK MEMOHON), BEKERJA ATAU PELAJAR ( UNIVERSITI)
SEWA BULANAN RM 200 ( BOLEH KURANG LAGI KALAU RAMAI)
SILA HUBUNGI SAYA (0139988876)
FAUZI ( 0102206623)


INI SEKADAR IKHTIAR UNTUK MENCARI RAKAN SERUMAH YANG BARU.... HEHEHEHE

Ahad, Mei 01, 2011

Tenang Dulu, Barulah Bahagia



Assalamualaikum.....

Mencari kebahagian? Apa yang kita dapat daripada kebahagian? Apa definisi kebahagian? Saya akan menjawab beberapa persoalan yang sering ditanya oleh sahabat melalui emel saya fahmy0789(at)yahoo.com.my.

Kebahagian itu terletak pada hati masing-masing. Percaya tak? Kalau tak percaya, cuba baca cerita di bawah:

Satu hari didalam sebuah negeri, tinggal sepasang suami isteri. Mereka ini sangat miskin dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Tetapi hati mereka sangat tenang. Kemudian satu hari, sang suami membawa sebuah peti besi yang terisi harta karun. Mereka menyembunyikan harta karun tersebut di dalam rumah mereka.

“ sebenarnya wahai isteriku, aku perolehi harta ini daripada perompak yang merompak harta seorang yang kaya dihujung kampong ini. Perompak tersebut telah meninggalkan harta tersebut di suatu tempat yang tersembunyi. Lalu abang pun keluar daripada persembunyian dan mengambil harta tersebut dan membawa balik ke rumah kita” cerita sang suami.

Setiap malam, hidup mereka tidak tenang lagi. Mereka sentiasa berjaga-jaga disebabkan takut rumah mereka dipecah curi dan mereka juga bimbang perompak tersebut dapat mengesan harta tersebut dirumah mereka. Hidup mereka dalam ketakutan setiap hari.

“ abang sudah penat untuk berjaga malam setiap hari. Abang pun takut untuk keluar rumah untuk bekerja dan membeli barang keperluan. Marilah wahai isteriku kita berpindah”

Maka mereka berpindah dan membawa harta tersebut bersama mereka. Dalam perjalanan ke tempat baru, mereka terserempak dengan si peminta sedekah, tetapi mereka mengelak daripada memberi apa-apa terhadap peminta sedekah tersebut. Kemudian mereka melintasi kawasan dimana penduduk sangat miskin disebabkan ketidaksuburan hasil tanaman mereka. Mereka tetap meneruskan perjalanan mereka ke kawasan pergunungan berdekatan kawasan penduduk msikin tadi.

Akibat perjalanan yang jauh, kedua-dua daripada mereka berehat dan menjamu selera dengan bekalan mereka. Tanpa mereka sedari, peti yang mereka bawa menggelongsor dan jatuh bergolek-golek ke bawah bukit yang mereka duduki. Sang suami cuba untuk mengejar peti tersebut, manakala sang isteri menjerit dan tergamam ditempatnya. Akhirnya sang suami kembali ke tempat isterinya

“ wahai isteriku, marilah kita kembali kepada kehidupan asal kita dan ayuhlah kita pulang semula kerumah kita”

Lalu mereka kembali ke rumah mereka dan kembali menjalani kehidupan mereka semula seperti sebelum ini. Mereka hidup bahagia sampai akhir waktu.

{ ending }

Hahaha.. seronok tak baca cerita macam cerita kanak-kanak diatas?

Sebenarnya kebahagian berasal daripada hati. Jika hati tersebut tenang, maka kebahagian akan muncul dari dalam diri. Kita merasakan tidak bahagia disebabkan hati kita tidak tenang. Manusia sentiasa mencari ketenangan. Mereka mencari harta yang lebih disebabkan mereka memburu ketenangan. Moga-moga mereka tidak terbeban dengan masalah kewangan. Mereka mencari hiburan agar hati mereka tenang dan senang dengan hiburan tersebut. Mereka mencari perempuan yang cantik pada pandangan mereka agar hati mereka tenang dan senang memandang perempuan tersebut.

Tetapi seringkali perasaan tenang yang kita cari kadang-kadang disuntik sifat mazmumah yang menyerong perasaan tenang kepada perasaan tamak dan sifat mazmumah yang laen. Alangkah malang sungguh mereka jika mereka menggantikan perasaan tenang yang kita cari dengan sikap mazmumah yang merosakkan kita.

Saya berasa seronok jika mempunyai asset yang banyak tetapi mampukah saya untuk menjadikan hati ini senang dan tenang dalam menghadapi cabaran asset yang banyak. Saya berharap hati saya tidak begitu.

Saya cemburu dengan kucing. Disebabkan kecomelan kucing, mereka mampu membuat orang disekeliling mereka menjadi tenang dan senang. Saya cemburu dengan bayi, kerana kecomelan merka dan telatah mereka juga, mereka membuat orang disekeliling tenang dan senang. Moga-moga saya menjadi orang ‘come’ agar saya mampu untuk menenangkan orang disekeliling saya.

Dah banyak saya bercerita, maka saya hendak study pulak.. moga hati ini tenang dengan study dan ilmu. Kesimpulannya, bahagia itu datang dari hati yang tenang dan senang. Cari ketenangan jiwa dan kebahagiaan akan datang kepada kita.

Lateral maksima.......... selamat hari pekerja..................