Jumaat, Disember 24, 2010

Dare To Be Different......


Assalamualaikum wbt......

“ islam bermula dari dagang, akan kembali kepada dagang. Maka beruntunglah orang yang dagang.” – hadis

Maafkan aku untuk tidak meletakkan mana letaknya hadis ini sama ada dari hadis muslim atau hadis bukhori. Malah tidak ada ‘mood’ pun untuk berbahas. Cuma untuk menyatakan beberapa pengajaran untuk kita mengambil iktibar. Hadis ini pernah dibacakan oleh seorang ustaz ketika aku belajar dahulu ( sekarang pun masih lagi belajar jugak).

Menurut penerangan ustaz tersebut, dagang ini bermaksud pelik. Pada zaman jahiliayah arab dahulu, islam ini dipandang pelik oleh masyarakat disebabkan islam mengenjurkan menyembah Allah yang satu dan melarang menyembah berhala seperti mana diamalkan oleh masyarakat Quraisy pada zaman itu. Dan akhirnya akan kembali pelik kerana ilmu-ilmu tentang islam telah diambil oleh Allah dengan cara mematikan ulamak-ulamak sehingga islam dan syariah-NYA dianggap pelik. Maka orang yang membawa islam ini akan dianggap orang ramai sebagai pelik seperti Nabi Muhammad pada zaman permulaan islam.

Pelik adalah perkataan yang paling sesuai untuk menggambarkan perkara yang diluar daripada kebiasaan. Ia juga membawa makna sesuatu yang berlainan dengan perkara yang kebiasaannya menjadi paradigm orang disekeliling. Tetapi didalam artikel ini, pelik itu adalah istimewa.

Nabi Muhammad adalah pelik pada zamannya. Akhlak yang ditunjukkkan oleh rasulullah adalah berlainan dengan akhlak anak muda pada zaman tersebut. Malah baginda tidak menyembah berhala seperti mana amalan yang diamalkan oleh masyarakat jahiliyah yang menyembah berhala. Sikap yang ditunjukkan oleh rasulullah dapat diterima oleh masyarakat pada ketika itu sehingga baginda digelar Al-Amin. Kepelikan baginda tersebut menjadikan baginda adalah istimewa. Sebab itu, aku sentiasa menganggap orang yang pelik adalah istimewa.

Menurut kitab Holy Bible, Jesus adalah pelik pada zamannya. Semuda belasan tahun, baginda telah menjadi tumpuan orang ramai untuk menuntut ilmu. Kerana kepelikannya juga, baginda dianggap mulia oleh pengikutnya dan juga masyarakat sekeliling. Disebabkan itu, Jesus dianggap akan menjatuhkan penguasa pada zaman tersebut lalu difitnah sehingga disalib dipalang. Begitu kepelikan Jesus membawa pengaruh yang besar dalam masyarakat.

Mawi adalah pelik dalam pertandingan akedemi fantasia ketiga. Dengan lagu audition adalah Pergi Tak Kembali nyanyian Rabbani, dan gayanya yang tersendiri membawa pengaruh yang kuat dalam industry hiburan tanah air. Pemuda yang sentiasa berkepala botak ini mendapat jolokan raja SMS dan menjadi juara AF3 dengan memperolehi jumlah SMS yang tertinggi.

Sir R. Ian Raymour dalam bukunya ‘Discover your true Potential’ menggalakkan kita menjadi kita berlainan dengan orang lain. Dibawah tajuk ‘dare to be different’ menceritakan tentang ramai tokoh-tokoh hebat barat cukup berbeza dari sudut tindakan yang diambil dan juga perwatakan sehingga mereka menjadi tokoh yang disegani oleh masyarakat dunia.

Aku secara peribadi sangat-sangat menggalakkan tuan-tuan menjadi pelik dan berlainan dengan orang lain. Tetapi aku melarang tuan-tuan menjadi pelik dalam hal-hal agama. Tokoh-tokoh islam tidak pernah membawa perkara yang pelik dalam agama tetapi mereka cukup berbeza dengan perwatakan dan tindakan yang diambil oleh mereka. Prinsip yang dipegang oleh mereka juga menjadikan mereka sangat pelik berbanding dengan masyarakat sekeliling.

Bagaimana untuk menjadi kita semua ini pelik? Pertama sekali, tentukan dan tetaplah dengan prinsip diri tuan-tuan. Prinsip yang paling baik adalah prinsip dalam beragama. Maka berpeganglah dengan prinsip tersebut. Yang kedua, kita kena ada matlamat yang jelas. Bagaimana keadaan masa depan kita bergantung dengan matlamat kita sendiri. Walaupun kita tidak mencapai matlamat tersebut, sekurang-kurangnya kita masih dekat dengan matlamat kita.

Yang ketiga adalah perwatakan kita sendiri. Pilihlah untuk berwatak berbeza dengan orang lain jika baik. Jika perwatakan berbeza itu membawa kepada keburukan kepada orang lain dan juga diri sendiri, maka jauhkanlah dan pilihlah perwatakan yang lain. Maka disitu juga kita juga adalah berbeza dengan masyarakat. Contohnya nilai integrity yang tinggi.

Keempat, jangan takut untuk berbeza dengan orang lain. Islam sangat meraikan perbezaan. Contohnya, mazhab. Banyak sekali perbezaan antara mazhab feqah dalam islam. Bukankah ini cukup untuk membuktikan islam sangat meraikan perbezaan?

Yang kelima, perubahan. Perubahan memerlukan ‘post mortem’ dan juga muhasabah diri. Maka berubahlah kearah yang lebih baik. Bagaimana untuk berubah itu aku akan cerita pada masa yang lain. Boleh? Kalau tak boleh pun aku tetap akan cerita pada masa lain. Hahahaha........

Lateral maksima.............. mencari hobi yang pelik.....?????....................................

Tiada ulasan: