Jumaat, April 02, 2010

SPESIFIKKAN MATLAMAT


Ramai orang yang bercakap soal kejayaan. “ Saya ingin berjaya di dunia dan akhirat” jawapan standard diwaktu sekolah dahulu. Kelihatan hebat dan mula rakan-rakan lain meniru mengungkap prasa ayat yang sama.

Tapi apa keinginan yang sebenar disebalik berjaya itu? Menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa? Menjadi jutawan muda laksana Azizi Ali?

Inilah peranan matlamat yang jelas dan spesifik. Saya ingin menjadi usahawan mee bandung yang mempunyai restoran sendiri sebanyak 3 buah dalam masa sepuluh tahun dari sekarang. Itulah matlamat yang jelas.

Bagi saya, jelasnya matlamat itu apabila dia sudah dapat membayangkan bagaimana rasa, sentuhan, penglihatan, pendengaran tentang matlamat itu. Kalau anda semua sudah dapat membayangkan perasaan merasai matlamat anda, itu menandakan matlamat anda sudah jelas.

Matlamat yang jelas itu memudahkan perancangan kearah berjaya. Dengan matlamat juga anda boleh memandu atau memimpin organisasi kearah objektif itu. Dengan matlamat yang jelas itu memudahkan seorang pengurus mengatur dengan baik segala perancangan. Cuba bayangkan jika matlamat tidak jelas?

Tiada ulasan: