Ahad, Februari 21, 2010

RESENSI: KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH


Siapa mahu kuasa hijrah? Siapa mahu berubah? Hijrah dan perubahan seolah-olah selari dari sudut pandang mata saya. Mungkin tidak bagi sahabat-sahabat.

Saya mengesyorkan buku ini untuk tatapan minda saudara saudari sahabat-sahabat

KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH

Mengungkap 55 jenis petua yang dibahagikan kepada 6 bab. Hasil nukilan Motivator terkenal, Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof ini berjaya menyingkap makna kejayaan yang sebenar dari sudut pandang seorang muslim sejati.

Adakah manusia hanya memandang kejayaan itu adalah banyak wang atau mempunyai pekerjaan yang bagus sahaja? Adakah kejayaan itu dimiliki oleh semua orang? Adakah semua orang berfikir wang adalah punca kejayaan? Ini semua dapat dijawab oleh buku ini dengan baik.

Bab SATU menerangkan tentang muhasabah diselitkan tentang petua itik berenang. Muhasabah agar kita memandang balik fungsi kejayaan yang ingin dimatlamatkan oleh manusia terutama orang islam. Keredhaan Allah itu adalah matlamat utama orang islam. Petua itik berenang pulak amat bagus untuk diungkap disini. Pada mata kasar kita lihat itik cukup tenang berenang dipermukaan tasik, tapi pada hakikatnya, kaki itik sentiasa bekerja keras untuk membolehkan itik berenang dengan gayanya dihadapan orang. Kiranya macam ni lah, otak bekerja kuat untuk memastikan kejayaan tapi muka kena tetap handsome dimata orang lain. Macam tu lah agaknya. Kan kan kan….

Bab DUA mengungkap muhasabah kedua. Sindrom selesa ini memang menghantui sebahagian besar orang. Tidak hendak dan tidak mahu berubah disebabkan keadaan yang cukup selesa. Mengubah gambaran hidup sekarang itulah matlamat bab yang kedua ini. “Diselitkan juga petua dari pengasas ITKAU, kenali orang atasan dan orang dalaman.
Orang atasan= Allah
Orang dalaman = diri sendiri.
Kenal Allah dan diri sendiri baru lah perubahan akan berlaku kepada diri kita dan organisasi.”

Bab KETIGA menerangkan peri pentingnya penetapan azam dan membuat keputusan. Ramai orang tidak membuat azam, tapi membuat alas an. Mereka juga sering bermentaliti mangsa bukan bermentaliti juara. Mereka sering memberi alasan seolah-olah mereka menjadi mangsa keadaan yang berlaku.
“Antara petua yang disyorkan dalam bab ini adalah jangan bertindak seperti bangau oh bangau. Asyik menunding jari kepada orang laen sahaja tanpa memandang kelemahan dan membetulkan diri sendiri.”

Bab KEEMPAT dalam buku ini menerangkan tentang menetapkan matlamat dan sasaran hidup. Ramai orang diatas muka bumi ini mempunyai kehendak untuk berjaya tetapi mereka tidak tahu apa makna berjaya itu. Mereka main-main dalam membuat kerja masing-masing tanpa matlamat yang jelas.
“Tip dari Azizi Ali, kita kena TAHU apa yang kita MAHU.”
Ramai orang yang tidak tahu apa yang dia mahu. Ramai orang yang ingin menjadi kaya, tapi mereka tidak spesifik kaya dalam bentuk yang macam mana. Dan tidak ada target jangka pendek yang mereka fikirkan tentang nak jadi kaya.

Bab LIMA menjelaskan tentang membuat perancangan dan strategi untuk mencapai matlamat. “Jangan menyerah kepada nasib semata-mata.” Kata Ramly Mokni, pengasas Ramly Burger.

Bab KEENAM menerangkan kepada pembaca tentang kuasa istiqamah dalam melakukan perubahan. Ramai orang mampu membuat perubahan tetapi tidak ramai orang yang mampu bertahan dalam suasana perubahan. Kesenangan tidak mungkin datang tanpa kesakitan. Itulah petua Jackie Chan yang sepanjang hidup dia, penuh dgn kesusahan yang amat perit untuk ditanggung. Itu Jackie Chan yang dah berjaya. Kita?

Lateral maksima…….tengah pening cari panel ganti yang taik diri………………………

kredit untuk fahmi saufi sebab beri pinjam buku ini..

Tiada ulasan: