Ahad, Februari 28, 2010
SEMPENA MAULIDUR RASUL
Mukmin sejati sentiasa berakhlak mulia, sangat mengagumkan
Oleh Mohd Adid Ab Rahman
TIDAK dapat dinafikan orang beriman, hatinya sentiasa hangat dengan ingatan lurus, rindu yang halus serta cinta tulus terhadap-Nya sepanjang detik hidupnya. Jiwanya juga padat dengan wangian rasa takjub, kagum dan gerun terhadap kekuasaan-Nya. Allah menegaskan dalam sepotong ayat yang bermaksud:
“Dan orang yang beriman itu terlebih cinta kepada Allah......” (Al-Baqarah: 165)
Cinta kepada Allah (Mahabbatullah), lahir setelah diri benar-benar mengenali Allah seperti nama-nama-Nya yang indah, segala sifat kesempurnaan-Nya dan af’al-Nya (perbuatan-Nya).
Sekurang-kurang af’al-Nya ialah penciptaan bumi dan segala isinya termasuk malaikat dan seluruh alam langit, adalah gambaran keimanan yang sangat tinggi seorang hamba terhadap Khaliq. Ibn Taimiyah mengatakan: `Cinta kepada Allah dan Rasul-Nya adalah sebesar-besar kewajipan iman, sebesar-besar pokok dan setinggi-tinggi asas” Ini bermakna, orang yang hatinya terhias dengan kesucian iman, ia akan pasti terbabit dengan perasaan cinta yang tidak berbelah bagi kepada-Nya.
Orang yang cinta kepada-Nya sudah tentu dapat digambarkan sebagai seorang hamba yang taat segala perintah-Nya dan tidak pernah alpa daripada mengharapkan keredaan-Nya. Orang yang cinta kepada-Nya pasti akan dicintai-Nya sebagaimana maksud ayat:
“Katakanlah (wahai Muhammad), jika kamu cinta kepada Allah, maka turutlah akan daku, nescaya Allah (cinta) pula kepadamu dan Ia ampunkan bagi kamu dosa-dosa kamu, kerana Allah Pengampun, Penyayang. Katakanlah, hendaklah kamu taat kepada Allah dan Rasul, jika kamu berpaling, maka Allah tidak cinta kepada orang kafir” (Ali Imran: 31 - 32)
Kalau kita tanyakan kepada diri kita, adakah sekarang ini kita benar-benar cinta kepada Allah? Oleh Imam al-Ghazali pernah menjelaskan tanda mahabbatullah:
l Ia ingin berjumpa dengan siapa yang dicintainya. Ibarat orang yang sedang mabuk asmara. Sepanjang masa terbayang-bayang wajah sang kekasih dan tidak sabar menunggu bilakah datangnya hari pertemuan. Begitu juga dengan Allah, dalam hatinya selalu terpasang cita-cita ingin bertemu untuk melepas rasa rindu. Walau apapun halangannya, nescaya tetap akan ditempuh.”
l Sanggup berkorban dengan meninggalkan apa yang disukai nafsunya, kalau hal itu bertentangan dengan perintah-Nya.
l Ingatannya selalu berpaut kepada Allah dengan memperbanyak zikir, membaca kitab suci, melakukan solat fardu dengan khusyuk dan ikhlas dan pelbagai lagi amalan yang kiranya dapat mendekatkan diri kepada-Nya.
l Tidak merasa berat untuk melakukan ibadah secara rutin dan teratur serta tawadduk.
l Rasa kasih terhadap seluruh manusia yang taat kepada perintah-Nya, dan rasa benci terhadap perbuatan manusia yang melakukan setiap larangan-Nya.
l Rela dan senang hati menerima segala ketentuan Tuhan, sekali gus dianggap sebagai ujian yang seharusnya ada dalam percintaan dengan-Nya.
Mukmin yang sebati cintanya kepada Tuhan Yang Maha Esa, terpancarlah keindahan akhlak pada dirinya, begitu menawan dan sangat mengagumkan. Mencontohi akhlak pernah ditunjukkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Inilah yang dikatakan pengaruh murni dan natijah daripada gelombang mahabbatuliah yang menguasai jiwa seseorang mukmin. Keadaan ini boleh menghantar manusia kepada sifat adil terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat, Rasul dan juga Allah. Allah sangat mengasihi orang yang bersifat adil seperti maksud sepotong ayat yang berbunyi: “Hendak kamu berlaku adil. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang berlaku adil.” ( Al-Hujurat: 9)
Di samping itu selalu terdorong untuk berbuat baik, bukan saja kepada dirinya sendiri, manusia lain (Muslim atau bukan Muslim) bahkan juga terhadap makhluk Allah lain, seperti terhadap haiwan dan alam sekitar.
Sudah menjadi lumrah, orang yang cinta kepada Allah didapati suka bertawakal kepada-Nya untuk menunjukkan rasa hina, rendah diri dan tidak mempunyai daya upaya, kerana dia tahu dan sangat meyakini bahawa manusia hanya mampu merancang dan berusaha, sementara yang menentukan berjaya tidaknya adalah Allah.
Oleh itu, demi mendapat keredaan-Nya dan meraih keselamatan dan kebahagiaan di dunia serta di akhirat, maka sebagai seorang hamba yang beriman kita hendaklah berusaha memupuk rasa mahabah terhadap Allah.
Sabtu, Februari 27, 2010
WARKAH UNTUK ELIYA (1)
Surat untuk eliya.
Assalamualaikum. Menunggu bukanlah suatu yang pasti dalam hidup kita.
Sengaja saya menjawab persoalan saudari dalam blog saya lantaran alamt emel yang saudari hantar kepada saya mempunyai error disitu. Tidak tahu kenapa error, tapi walau macam mana sekalipun, saya akan tetap menjawab apa yang menjadi persoalan kepada saudari.
first, saya minta agar saudari tidak menerima seratus peratus apa yang saudari
baca dari tulisan saya dan hendaklah saudari sendiri perlu menyemak semula
adakah tulisan saya betul atau tidak.....almaklum lah, saya ni adalah
manusia yang lupa dan tidak lari dari membuat salah dan silap.
sebelum saya pergi lebih jauh, diakhir perbualan kita hari tu, apabila saya
bertanya apa yang eliya hendak tahu? kebanyakan persoalan yang saudari beri
berkisar tentang persoalan hbgn antara lelaki perempuan, cinta dan rindu dan soal
rumah tangga....
berdasarkan persoalan yg saudari itu menyebabkan saya terfikir adakah
saudari ni pernah bercinta dan telah ditinggalkan sang kekasih? atau pun saudari
pernah menyimpan perasaan kepada someone tapi tlh ditolak atau dipendam
sahaja?
persoalan ni keluar dari benak saya begitu sahaja........saya minta saudari
jawab soalan diatas samaada betul atau tidak. boleh?
dan kalau betul, cube story sikit dekat saya..jangan tak story sbb ini
penting untuk pertimbangan saya yang seterusnya...ok?? melalui emel ya.
sebenarnya saya ingin mengucap tahniah kepada saudari sebab saudari adalah
tergolong dlm kelompok yg ingin membetulkan diri. Ramai orang yang mereka
salah tapi mereka tidak mahu membetulkan diri. Ini berlaku kepada saya yang
kadang-kadang saya tidak mahu betulkan diri sendiri.harap saudari tidak
membuat apa yang saya berlaku dlm diri saya.
saya rasa setakat ini dulu untuk surat pertama dari saya....saya menunggu
jwpn dari saudari sndiri dan minta maaf saya terpaksa postkan dalam blog ini. Sebab saya tidak tahu macam mana lagi untuk berhubung dengan saudari untuk memberi jawapan. Pada masa yang lain, saya akan menjawab soalan saudari satu persatu mengikut masa dan kelapangan yang saya ada. Insyaallah.
Ahad, Februari 21, 2010
RESENSI: KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH
Siapa mahu kuasa hijrah? Siapa mahu berubah? Hijrah dan perubahan seolah-olah selari dari sudut pandang mata saya. Mungkin tidak bagi sahabat-sahabat.
Saya mengesyorkan buku ini untuk tatapan minda saudara saudari sahabat-sahabat
“ KUASA HIJRAH KUASA UNTUK BERUBAH”
Mengungkap 55 jenis petua yang dibahagikan kepada 6 bab. Hasil nukilan Motivator terkenal, Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof ini berjaya menyingkap makna kejayaan yang sebenar dari sudut pandang seorang muslim sejati.
Adakah manusia hanya memandang kejayaan itu adalah banyak wang atau mempunyai pekerjaan yang bagus sahaja? Adakah kejayaan itu dimiliki oleh semua orang? Adakah semua orang berfikir wang adalah punca kejayaan? Ini semua dapat dijawab oleh buku ini dengan baik.
Bab SATU menerangkan tentang muhasabah diselitkan tentang petua itik berenang. Muhasabah agar kita memandang balik fungsi kejayaan yang ingin dimatlamatkan oleh manusia terutama orang islam. Keredhaan Allah itu adalah matlamat utama orang islam. Petua itik berenang pulak amat bagus untuk diungkap disini. Pada mata kasar kita lihat itik cukup tenang berenang dipermukaan tasik, tapi pada hakikatnya, kaki itik sentiasa bekerja keras untuk membolehkan itik berenang dengan gayanya dihadapan orang. Kiranya macam ni lah, otak bekerja kuat untuk memastikan kejayaan tapi muka kena tetap handsome dimata orang lain. Macam tu lah agaknya. Kan kan kan….
Bab DUA mengungkap muhasabah kedua. Sindrom selesa ini memang menghantui sebahagian besar orang. Tidak hendak dan tidak mahu berubah disebabkan keadaan yang cukup selesa. Mengubah gambaran hidup sekarang itulah matlamat bab yang kedua ini. “Diselitkan juga petua dari pengasas ITKAU, kenali orang atasan dan orang dalaman.
Orang atasan= Allah
Orang dalaman = diri sendiri.
Kenal Allah dan diri sendiri baru lah perubahan akan berlaku kepada diri kita dan organisasi.”
Bab KETIGA menerangkan peri pentingnya penetapan azam dan membuat keputusan. Ramai orang tidak membuat azam, tapi membuat alas an. Mereka juga sering bermentaliti mangsa bukan bermentaliti juara. Mereka sering memberi alasan seolah-olah mereka menjadi mangsa keadaan yang berlaku.
“Antara petua yang disyorkan dalam bab ini adalah jangan bertindak seperti bangau oh bangau. Asyik menunding jari kepada orang laen sahaja tanpa memandang kelemahan dan membetulkan diri sendiri.”
Bab KEEMPAT dalam buku ini menerangkan tentang menetapkan matlamat dan sasaran hidup. Ramai orang diatas muka bumi ini mempunyai kehendak untuk berjaya tetapi mereka tidak tahu apa makna berjaya itu. Mereka main-main dalam membuat kerja masing-masing tanpa matlamat yang jelas.
“Tip dari Azizi Ali, kita kena TAHU apa yang kita MAHU.”
Ramai orang yang tidak tahu apa yang dia mahu. Ramai orang yang ingin menjadi kaya, tapi mereka tidak spesifik kaya dalam bentuk yang macam mana. Dan tidak ada target jangka pendek yang mereka fikirkan tentang nak jadi kaya.
Bab LIMA menjelaskan tentang membuat perancangan dan strategi untuk mencapai matlamat. “Jangan menyerah kepada nasib semata-mata.” Kata Ramly Mokni, pengasas Ramly Burger.
Bab KEENAM menerangkan kepada pembaca tentang kuasa istiqamah dalam melakukan perubahan. Ramai orang mampu membuat perubahan tetapi tidak ramai orang yang mampu bertahan dalam suasana perubahan. Kesenangan tidak mungkin datang tanpa kesakitan. Itulah petua Jackie Chan yang sepanjang hidup dia, penuh dgn kesusahan yang amat perit untuk ditanggung. Itu Jackie Chan yang dah berjaya. Kita?
Lateral maksima…….tengah pening cari panel ganti yang taik diri………………………
kredit untuk fahmi saufi sebab beri pinjam buku ini..
Ahad, Februari 07, 2010
DIMANA SENSE UMAT ISLAM?
Mungkin ini toleransi agama?
SITUASI 1
“ Abang nak beli air apa bang?”
“ Nak air kelapa ni bang, satu” jawabku kepada peniaga. Suasana hinggar binger disekeliling tidak ku hiraukan lantaran fokusku terhadap kelincahan peniaga mencedok air kelapa untuk dituang kedalam bekas plastic.
Selepas membayar harga minuman, barulah ku cuba meninjau disekeliling. Sesekali, cuba untuk menegur rakan-rakan yang ku kenal. Bertegur sapa bertanya khabar menjadi hiasan berbasa-basi sewaktu berjumpa.
Suasana juga dibingitkan lagi dengan suara sumbang parau DJ. Selang beberapa minit, terdengar suara ‘katak’. Kemudian terdengar ‘kicuaun burung-burung’ yang cukup merdu.
Kadang-kadang aku tertawa mendengar celoteh DJ dan pengunjung. Ramai orang disini. Sibuk dengan urusan masing-masing. Yang karaoke, yang mencari makanan, yang menjual makanan, urusan jual beli pakaian dan sebagainya. Meriah dan bising.
Sayup-sayup aku terdengar suara azan menandakan solat isyak telah meminta disegerakan. Aku menapak dengan cepat kearah corong pembesar suara yang mengeluarkan suara azan itu. Meninggalkan ‘pesta’ manusia yang meriah itu.
SITUASI 2
“ sedap nya nasi goreng ni.” selalu aku makan di sini. Selain harganya yang murah, rasanya boleh tahan lah.
Selesai makan, aku mencari air dan duduk dibangku yang kebetulan dengan dgn pentas kecil. Saya memandang kearah pentas kecil itu. Kelihatan kelibat rakan-rakan berkulit cerah sedang bersiap dengan gegendang mereka. Sesekali mereka bercakap dengan kuat dalam bahasa mandarin.
Beberapa minit kemudian, mereka memulakan latihan mereka sambil dibetulkan oleh beberapa orang yang kukira bertindak sebagai jurulatih. Mereka berlatih dengan penuh tekun. Memukul gegendang dihadapan mereka dengan rentak yang agak sedap pada pandaganku.
“ ALLAH AKHBAR ALLAH AKHBAR” Suara keramat itu berkemundang.
Aku masih lagi dengan air sirap yang ku pegang tanpa sedikit pun niat untuk bergerak ke surau. Tapi aku kehairanan, bunyi gegendang tadi hilang seiring dengan hilangnya kelibat mereka. Ah rupanya mereka berbincang dibelakang gendang mereka.
Suara mereka cukup perlahan. Sehingga saya tidak mendengar irama suara mereka langsung dari tempat aku duduk. Sambil menghirup air sirap, aku memerhatikan mereka. Ada yang berbincang itu ini dan ada juga cuba mencari tempo untuk performance yang lebih baik.
Azan berkumandang sehingga ke akhirnya. Aku melangkah ke surau selepas tu. Seiring dengan langkahku ke surau, bunyi dentuman gendang itu kembali semula
INDAHNYA TOLERANSI
Inilah 2 kisah benar yang dapat saya kutip dari seseorang. Melihat akan non muslim sangat menghormati azan membuatkan ku terfikir akan kuatnya sense mereka dalam dlm perkara agama lain.
Mereka diam berhenti dan berbincang dalam diam dalam waktu tempoh azan. Adakah layak kita penghormatan untuk agama islam dikala umat islam pada waktu yang sama leka dengan set karaoke yang sangat kuat. Bukankah non muslim lebih menghormati azan berbanding muslim?
Sedih dengan umat islam kini. Mereka lalai dalam mengingati Allah sedangkan tok guru berbalah sesama sndiri. Saling menuduh antara satu sama lain. Saling mengata sesat. Adusss. Sedangkan sudah ramai orang islam sesat dihadapan mata.
Teringat ketika menjadi pembantu mahasiswa tempoh hari. Yang concern pasal student AI adalah kawan-kawan Chinese. Mereka bertanya tentang apa yang dibenarkan dan apa yang salah dalam agama islam. Mereka cuba mencari titik temu antara kehendak mereka dengan agama kebanyakan freshie…ISLAM…..
Toleransi itu sangat penting. Menyuburkan dan semaikan titik persamaan antara penganut agama yang berlaianan. Menjadi medan komunikasi lebih luas dan mudah. Tiada peperangan, tiada sengketa dan sebagainya..
Bukankah tahaluf penting dalam berdakwah. Mantapkan communication skill dan berhadapan dengan orang disekeliling. Penting untuk memahami orang lain untuk orang lain memahami kita. Betulkan?????
Lateral Maksima………………….Mencari buku tentang negotiator (mahal sangat) ……
Langgan:
Catatan (Atom)