Ahad, Mei 24, 2009

TERENGGANUKU


Alhamdulillah. Sekarang ni ade kat rumah sedang bercuti. Sampai kat rumah pagi jumaat. Dah lama xbalik rumah sebenarnya. Hmpir 6 bulan. Adik2 sume dh besau2. rupanya aku xsedar sume dh bersekolah. Ku ingatkan adik yg bongsu xblh msk skolah lg, tapi dia dh msk pasti dh rupanya. Betapaku x mengikuti perkembangan adik aku sndiri.

Aku dh bagitau kat umi tntang aku berada kat rumah dlm seminggu je. Terkejut umiku sbb sblum ni kata akan ke KL dlm 10hb, kiranya dlm 2 minggu lebih jugak lah berada kat rumah. Nak buat mcm mane umi, anak umi pelik sikit dari orang lain. Hahahaha. Rupanya dh ramai org bersungut tntg kesibukan ku. Pak saudara aku kat kolej 10 sana, pak saudara aku kat sepang ckp x pernah melawat dia sejak msk 1st year ni. Pak saudaraku yg duk kat ukm sana, juga kata perkara yg sama. Memang pun aku xpernah ke sana lntaran masa hujung minggu ku yg memang sempit n kadang2 ada ms free memang x berniat pun nk berkunjung ke rumah mereka. Hahahaha.

Kali ni bukan nk sembang pasal ni. (sekarang ni free, sbb tulah blh menulis). Hari sabtu, aku n adik2ku pergi ke kuala terengganu. Dah lama aku xpergi ke sana. Perjalanan 2 jam x terasa sbb makin banyak bangunn yg baru naik. Sampai kadang2 aku xkenal jalan yg dulu selalu aku lalu bersama kwan sekolah dulu. Itulah penangan “islam hadhari terengganu bestari”.

Memang dah banyak berubah pun. Kampung aku merangkap kampung nenek aku telah tiada, kerana dimusnahkan tuk buat lebuhraya. Aku pergi lah kerumah baru nenek aku tu. Rumah yg agak sempit berbanding dulu yg agak luas. Rumah yg dulu ade 10 bilik sekarang dh 5 bilik, dengan ruang tamu yg hanya dpt memuatkan sebuah tv n kerusi kayu sahaja dan jugak barang2 yang baru dipindahkan dari rumah lama. Begitu menyesakkan. Begitulah penangan kemajuan material yg diagungkan.

Lepas tu, sambung perjalann dari QBe(kuala berang, kampung nenek aku), ke kuala terengganu. Dlm perjalanan, baru saje melepasi ajil dh wujud buldozer n banyak lagi jentera berat yg lain yg entah ape name nya tersadai ditepi jalan. Dengan timbunan tanah merah dibahu jalan menyebabkan jalan kotor sekaligus mengotorkan jugak kereta ayahku yg aku baru basuh sehari sebelum tu. Ini sume ade disepanjang jalan nk pegi ke kuala terengganu. Smpai ke simpang jalan ke sekolah lama aku dulu, aku pelik, sbb sblum ni rumah kedai kayu diganti dengan rumah kedai 2 tingkat. Itulah pembangunan.


Sampai je kuala terengganu, adik aku nk ambik alquran digital katanya. Lalu aku memusingkan kereta jalan ke manir. Wah, berderet2 bangunan kedai dibina malah jalan juga diperbahurui disepanjang ke kampung paloh. Bile dipikir2 byk jugak duit kerajaan negeri terengganu ni ek... lepas ambik alquran digital tu, aku ke Mydin. Berpusing2 mencari parking n alhamdulillah dpt jugak. Tapi disebalik pembangunan material yg pesat, terdapat pembangunan sahsiah n rohani yg begitu teruk. Ah betulkah rakyat negeri aku yg dicanang masih lg memegang adat2 ketimuran. Dengan sebhagian daripada pengunjung yg free hair, yg bertudung tapi pakai baju ketat n nipis. Major remaja yg datang berpasangan, aku berfikir, ni ke yg dicanangkan sebgi islam hadhari terengganu bestari.

Lepas je beli barang yg umiku pesan, aku keluar cepat2 sehingga adik2 aku hairan. Aku menjawab takut xtahan pada nafsu smbil tunjuk kpd pasangan dibangku sebelah kanan tempat aku duduk ketika itu. Sekali sekala, aku terjumpa pelajr sekolah menengah yg mungkin baru hbs kelas tmbahan disekolah terdekat berkunjung ke Mydin itu. Ku lihat byk jugak fesyen yg digaya mereka ni pelik2 yg tidak pernah aku lihat pada zaman sekolah aku. Memang betul pelik. Mengeluh aku melihat perkembangan rohani di negeri aku.

Lepas makan2 kat sebuah kedai makan, n seblum tu dh sesat sbb xbiasa dengan jalan yg baru di bandar kuala terengganu ni, adik aku nk pergi ke masjid kristal. Aku kata ok gak, blh solat kat sana. Bwk lah aku akan adik2 aku pergi ke sana. Smpai je aku terus solat jamak n qasar disana. Lps solat smbil menunggu adik perempuan aku hbs solat, aku pergi melihat n meninjau keadaan masjid kristal yg berharga 120 juta ni. 120 juta tp tmpt solat hnya blh muat dlm 500 org je dlm satu ms. Mcm surau sekolah aku. Dengan buatan yg agak kasar, msh ada dinding yg tidak rata spenuhnya, membuatkan masjid ni aku tidak respect langsung. Walaupun kubah dn menaranya dibuat daripada kristal yg betul yg mungkin berharga beribu sekeping, tapi binaan nya dibuat dgn kasar. Hiasan dlm yg cukup simple, kurang kaligrafi menjadikan binaan yang dikagumi oleh kebanyakan rakyat terengganu ni tidak bermakna buat ku.

Sebenarnya ada satu cerita menarik lagi yg saya tonton sendiri dgn mata kepala aku. Tapi aku siar hari lain pulok lah. Blh x pembaca ku??? Masjid kristal ni tandas je kot yg ok. Tapi TTI tu aku xmsk lagi lah. Lain kali lah sbb adik perempuan aku tu xsmbhyang lagi sbb xde tmpt ambik air smbhyang. Amcm?? Masjid kristal xde tmpt wudhuk perempuan. Masjid tuk solat ke tuk pelancongan??? Hem mungkin tuk kebanggaan je kot. Dh lah. Malas lah aku nk komen pasal msjid ni.

Sekian saje perkongsian aku. Kalu orang terengganu lain yg terasa jangan marah ek.
Assalamualaikum.

Tiada ulasan: