Khamis, Mac 12, 2009
PENCARI UKHUWAH
Salam. Sebenarnya aku cukup geram lagi regam sebab slps prk ni, hubungan dgn kwn2 aku yg menjadi pihak gerak tidak berapa baik. Malah mereka seolah2 tak nak berkawan dengan orang yg bagi mereka adalah pembangkang. Lebih2 lagi apabila mereka tidak menjawab mesej dan salam yg aku ucapkan kepada mereka.
Mcm mane aku tak geram melihat telatah mereka pun aku dah geram. Telatah mereka yg tak hirau tntg agama dan etika sosial ni menyebabkan aku sendiri pun agak tersinggung dengan sikap mereka ni. Nk kata aku bermusuh dgn dorang pun, x pernah diri ini mengishtiharkan perkara tu dalam mane2 blog atau medan pengucapan.
Mereka cukup hambar pabila menjawab solan aku. Seolah2 aku tak pernah hidup dimata dorang. Sape tah yg bersikap ortodok. Kata kwan aku ni pulak, “ko kene berdakwah pd dorang lepas prk”. Tah cam mane aku nk berdkwah jika acuh tak acuh je dgn aku. Tak seramah dulu. Nk jadi tiba2 trlampau byk ckp sperti MJ pun, bkn sikap aku. Aku tak suka perkara hipokrit ni.
Pabila aku msk dlm golongan dorang, aku mnjadi rimas dgn aura yg dkeluarkan dari tarikan muka masam mereka solah2 tak suka khadiran ku. Malah kehadiran ku dlm feseni kolej n mpd pun seolah tidak diendahkan oleh mreka. Agak2nye mcm mane nabi berdakwah dlm keadaan mcm ni ek?
UBAH GAYA ATAU BELAJAR CARA PENDEKATAN
Ada orang suruh aku jadi neutral. Apa maksud neutral sbnrnya? Adakah berada ditgh2 ataupun menyokong pihak kerajaan BN skrang? Kalu berada dipihak Biru ni merupakan neutral, nilah berlaku kezaliman dlm istilah. Ish3. Jahat jugak mereka dlm menggunakan istilah ye.
Aku skrang sdh mncari cara yg sesuai utk mendekati dorang ataupun mndekati madu’ dikolej aku ni. Ada org suh aku ubah stail utk mendekati madu’. Tapi aku tak dpt buat kerena fitrah aku bukan mcm tu. Mereka srh aku pakai jean sekali sekala, n sbgnya lagi cara ubah imej yg lain sedangkan aku memang tak suka memakai jean kerana jean memang ketat lagi seksa. Dlm almari pakaian pun tak de pakaian bernama jeans pun.
Skrang, aku nk belajar cara mendekati madu’ yg trdiri dr kalangan penggerak mahasiswa ni. Mereka sudah parah memilih jalan salah ni. Memang payah utk mendptkan hidayah utk mereka. Malah untuk dkt dgn mereka sudah semkn susah, nikan pulak tuk tarik dia.
Ramai orang yg beri tips utk mendkti madu’ sperti ini. tapi nak buat memang payah dan sukar sekali. Bercakp memang senang, tapi nk buatnya bukan main susah lagi. Dan kadang2 mereka memberikan tips yg tak masuk akal sekalipun.
Aku mahu menjadi seperti Rasulullah saw yg walaupun orang quraisy mengenali nabi sebagai rasul dan menentang rasulullah, tapi mereka masih lagi meletakkan kepercayaan kepada rasulullah untuk menyimpan barang2 mereka. Malah ketika nabi hendak berhijrah ke madinah pun, masih lagi sempat membahagikan harta kepada tuannya. Rasulullah sangat menjaga hak barang2 yg dijaga nya.
Ini perkara yg sangat mengagumkan aku sebagai seorang yang mengakui rasulullah sebagai idola ku. Akhlak rasulullah yg sangat terpuji dan pendekatan rasulullah dalam berdakwah walaupun bukan rahsia tapi daie kita masih lagi gagal mendekati madu’ kita dengan cara seperti ini.
Bagaimana pula pendekatan imam hasan albanna. Sangat mengingati nama setiap orang disekeliling beliau. Malah ketika beliau menegur seseorang yg ditepi jalan, “assalamualaikum, si polan bin si polan” menyebabkan orang tersebut terkejut dengan panggilan salam tersebut kerana langsung tidak mengenali imam hasan albanna ketika itu. Lalu dia bertanya bagaimana beliau boleh mengetahui namanya sedang dia tidak pernah mengenali beliau. Lalu imam hassan albanna menjawab beliau pernah mendengar seseorang menjerit memanggil nama orang tersebut.
Begitulah kehebatan orang yg mempunyai kehendak utuk menjalinkan ukhuwah yg mantap diantara hati2 setiap muslim walaupun orang itu bernama pak raie sekali pun. So apa pendekatan aku selepas ini? mungkin aku perlu lebih memahami sikap dan perwatakan setiap orang madu’ aku sekarang. Mungkin aku kekurangan dari sudut pembacaan yg berbentuk ilmiah sehinggakan aku tidak mampu utk berhujah.
Mungkin lepas ni aku kene belajar dgn abg we mad kot mcm mane nak bertutur secara teratur mengikut layer dan step by step. Alamak susah aku lepas ni.
Bak kata aku, kalu niat ikhlas kerana Allah, insyaallah Allah akan meredhakan apa yg kita lakukan selepas ni demi menegakkan kalimah Allah. Walau susah, cubalah je. Mana tau usaha kita mendapat kredit drpd Allah swt dipadang mahsyar kelak. Insyaallah. Aku chou dlu. Nak pergi kelas pulak ni. Salam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan