Rabu, September 10, 2008

AMALAN NEGETIF DI BULAN RAMADHAN

a. Berpuasa sebagai adat, bukannya ibadah. Faktor iman dan mengharapkan keredhaan Allah tidak menjadi pendorong utama kepada ibadat puasa.
b. Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya masih dilakukan.
c. Meninggalkan kelebihan bersahur, sedangkan banyak hadith yang menyatakan tentang kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat Subh.
d. Ibadat solat fardhu dan sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja. Bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat tarawih dan witir, tetapi meninggalkan solat fardhu.
e. Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja seperti membaca Al-Quran, tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.
f. Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada awal Ramadhan sahaja, sedangkan banyak hadith yang menyatakan tentang kelebihan 10 hari terakhir, antaranya terdapat Lailatul Qadar. (masjid penuh di awal ramadhan, berkurang diakhirnya, apatah lagi selepas raya)
g. Membaca Al-Qur'an hanya pada bulan Ramadhan sahaja dan berakhir dengan berakhirnya Ramadhan.dan membaca Al-Qur'an tanpa berusaha untuk menghayati dan memahami isi kandungannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
h. Menghabiskan sebahagian besar masa pada bulan Ramadan dengan amalan yang sia-sia seperti menonton TV, bersiar-siar, berbual kosong dan sebagainya.
i. Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara seIslam yang lain. Mereka terus dengan sifat bakhil dan kedekut.
j. Mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadan termasuk meninggalkan amal takbir hari raya pada malam hari raya kerana sibuk dengan program-program yang melalaikan serta persiapan hari raya yang berlebihan.
k. Tidak mengeluarkan zakat harta di samping zakat fitrah. Sedangkan zakat adalah ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah solat dan puasa.
l. Melewat-lewatkan pengeluaran zakat fitrah sedangkan Rasulullah SAW menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Wallahualam.

Tiada ulasan: