Rabu, September 17, 2008

BAHAYA MARAH!!!!!!?????

Hadis Nabi Saw, “jika hendak marah, maka carilah 70 sebab untuk marah, jika dapat dicari maka cari lagi 70 sebab untuk marah.” Hadis sahih.

Rasulullah adalah orang yang paling penyabar antara kita dan oleh sebab itu, maka Rasulullah digelar nabi ulul azmi yang diberikan kepada rasul yang menerima tentangan hebat dari kaumnya. Inilah kelebihan rasulullah dalam berdakwah kepada kaumnya. Sifat sabar dan tidak panas baran rasulullah berjaya melembutkan dan menarik hati orang lain untuk menerima Islam.

Kisah Rasulullah yang pergi berdakwah ke bumi Thaif menjadi bukti bahawa nabi adalah orang yang sangat penyabar. Walaupun ditentang hebat oleh penduduk bumi Thaif sehingga dikatakan berkocak darah dalam kasut rasulullah, dan ditawar oleh malaikat Jibril as untuk menghapuskan penduduk bumi Thaif. Rasulullah saw menolak tawaran malaikat Jibril as itu, malah berdoa kepada Allah agar dilahirkan dari kalangan penduduk bumi Thaif pejuang Allah dan alim ulamak yang berpegang kuat terhadap islam. Berkat kesabaran Nabi saw yang tinggi dan doa baginda, ramai ilmuwan dan alim ulama dari Thaif dan mereka sangat berpegang kepada ajaran islam yang suci ini.

MARAH ITU API

Sewaktu IM kecil dulu selalu mak IM menasihat IM agar mengambil wudhuk ketika sedang marah dan mengucap istighfar banyak kepada Allah. “ sebab ape kene ambil air sembahyang mase maroh, kalu tak payoh ambik takpe dok?” tanye IM tika itu.

Mak IM membalas” marah ini daripada syaitan. Tika kita maroh, ramai syaitan bergayut di sekeliling badan kita, jadi untuk menghilangkannya, kene ambik air semayang lah!”

Aku waktu kurang mengerti ape yang Mak IM cakapkan itu. Tapi sekarng baru diketahui bahwa marah itu sifatnya adalah panas, panas sinonim dengan api. Syaitan daripada api, maka sudah layak untuk berwudhuk kerana sifat air adlah sejuk dan ianya berlawanan dengan sifat api yang panas.

MENGENAL ORANG LAIN DENGAN SIFAT MARAH

Orang lain dapat mengenali diri kita dengan hanya sifat marah kita. Orang yang hebat adalah dapat mengawal kemarahannya. Contohnya, seseorang yang hendak mengetahui setakat mana ketahanannya untuk makan makanan pedas, maka diletaknya cili banyak2. jika dia tak dapat makan dan marah2 maka dapatlah kita ketahui bahawa dia tidak suka pedas. Maka boleh kita kenakan dia menggunakan bintang ubat bedil pedas apbila dia tak sedar. Heeeeheeeeee.

Begitulah dalam mengenali orang lain, maka boleh kita buat yang pelik untuk mengenali orang lain. Dan kita dapat mengesan apa yang dia suka dan apa yang tidak suka. Kalu dia marah letak lilin tika menyambut hari jadinya, maka kita letak bunga rampai ke keatas kek hari jadinya. Kita tengok pe reaksinya.

IM nasihatkan kepada semua rakan2 yang berjuang menegakkan agama Allah di luar sana, kawallah perasaan Marah kerana marahlah maka hilang segala galanya apa yang kita perjuangkan.

Saya mendengar sorang ustaz ni, namanya us Zul( bukan nama yang sebenar) , beliau menyatkan bahawa orang yang pergi demo kadang2 kerana marah bukan kerana niat untuk membetulkan keadaan yang melanda Negara. Ini menjadi barah yang tanpa sedar telah menjangkiti ahli gerakan kita di Malaysia terutamanya ahli Pas.

Apabila marah, sedikit sebanyak akan menampak kelemahan kita kepada musuh. Jika ini berlaku, maka sedikit demi keberkatan akan lari daripada kita. Kita hendaklah tenang ketika menghadapi propaganda, ini kan menutup kelemahan kita ketika marah dan fikiran dan akal kita semakin laju dalam bergerak kerja. Ini menjadi kelebhan kepada kita.fikir fikirlah

Rabu, September 10, 2008

ADAB DALAM BERSAUDARA

1. Menghormati saudara yang lebih tua dan mengasihi saudara yang lebih muda, membantu dan memeliharanya.

“Daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: bukanlah dikalangan kami orang yang tidak mengasihi kanak-kanak dan tidak menghormati orang tua.” (Riwayat Tarmizi)

2. Bergaul dengan saudara-saudara secara umum dengan lemah lembut dan baik.

“Umar r.a. berkata: sesungguhnya aku suka seseorang menjadi seperti kanak-kanak di dalam keluarganya, tetapi apabila diperlukan, maka dia pun menjadi seorang lelaki dewasa.”

3. Sentiasa bergaul dengan saudara-saudara dalam tatacara yang baik, akhlak yang terpuji, tawaduk, merendah diri, tidak egoistic, cinta, tolong menolong dan tidak mementingkan diri sendiri.

4. Memulai memberi salam kepada saudara-saudara kita ketika, menjabat tangan mereka dan bermuka manis.

5. Pandai menjaga perasaan saudara, jangan bersuka ria di depan orang sedih, jangan makan di depan orang yang berpuasa dan jangan berteriak dekat orang yang tidur.

6. Menyukai kebaikan bagi saudara dan berusaha agar kebaikan itu sampai kepadanya.

“Daripada Anas r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Tidak beriman seorang di antara kamu hingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Berterima kasih atas kebaikan saudara setelah membalas kebaikan itu dengan yang lebih baik daripadanya.

8. Mengambil berat dan memerhatikan urusan dan keadaan mereka, berusaha memenuhi permintaan mereka, membantu sekuat tenaga, sama ada di bidang keperluan, pelajaran ataupun harta.

9. Memberi nasihat kepada mereka dan mengajak mereka kepada kebaikan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, juga mengingatkan merekatentang kewajipan-kewajipan mereka kepada Allah dengan cara yang menyenangkan.

“Dan suruhlah keluargamu (mengerjakan) sembahyang dan bersabar atasnya”. (Toha: 132)

10. Membantu mereka dalam kebenaran dan menjaga nama baik serta maruah mereka.

“Daripada Anas r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: ‘bantulah saudaramu yang zalim dan dizalimi’. Seorang sahabatnya bertanya, ‘Ya Rasulullah, aku akan menolongnya jika dia dizalimi, lalu bagaimana pula aku menolongnya jika dia yang zalim?’. Nabi menjawab: ‘Eengkau menghalangnya daripada kezaliman. Itulah cara membantunya”. ( Riwayat Bukhari)

AMALAN NEGETIF DI BULAN RAMADHAN

a. Berpuasa sebagai adat, bukannya ibadah. Faktor iman dan mengharapkan keredhaan Allah tidak menjadi pendorong utama kepada ibadat puasa.
b. Berpuasa hanya menahan lapar dan dahaga, tetapi perbuatan mungkar seperti berdusta, mengumpat, menipu, berkata lucah dan sebagainya masih dilakukan.
c. Meninggalkan kelebihan bersahur, sedangkan banyak hadith yang menyatakan tentang kelebihannya. Ada yang bangun lewat sehingga tertinggal solat Subh.
d. Ibadat solat fardhu dan sunat hanya dilakukan pada bulan Ramadhan sahaja. Bersungguh-sungguh mengerjakan solat sunat tarawih dan witir, tetapi meninggalkan solat fardhu.
e. Meningkatkan amal untuk diri sendiri sahaja seperti membaca Al-Quran, tetapi mengabaikan penglibatan ahli keluarga untuk sama-sama beribadah.
f. Bersungguh-sungguh menghidupkan ibadah pada awal Ramadhan sahaja, sedangkan banyak hadith yang menyatakan tentang kelebihan 10 hari terakhir, antaranya terdapat Lailatul Qadar. (masjid penuh di awal ramadhan, berkurang diakhirnya, apatah lagi selepas raya)
g. Membaca Al-Qur'an hanya pada bulan Ramadhan sahaja dan berakhir dengan berakhirnya Ramadhan.dan membaca Al-Qur'an tanpa berusaha untuk menghayati dan memahami isi kandungannya sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
h. Menghabiskan sebahagian besar masa pada bulan Ramadan dengan amalan yang sia-sia seperti menonton TV, bersiar-siar, berbual kosong dan sebagainya.
i. Puasa tidak menginsafkan diri terhadap penderitaan dan kesengsaraan saudara seIslam yang lain. Mereka terus dengan sifat bakhil dan kedekut.
j. Mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadan termasuk meninggalkan amal takbir hari raya pada malam hari raya kerana sibuk dengan program-program yang melalaikan serta persiapan hari raya yang berlebihan.
k. Tidak mengeluarkan zakat harta di samping zakat fitrah. Sedangkan zakat adalah ibadah yang mesti disertakan dengan ibadah solat dan puasa.
l. Melewat-lewatkan pengeluaran zakat fitrah sedangkan Rasulullah SAW menggalakkan agar dikeluarkan lebih awal sebelum tibanya hari raya untuk diagih-agihkan kepada mereka yang berhak menerimanya.

Wallahualam.

BERKENAAN DENGAN PRINSIP

Saya sangat suka tengok rancangan karton terutma rancangan yang berasal dari jepun. Jepun adalah antara pengeluar rancangan animasi terbesar di dunia. Dengan kecanggihan teknologi masa kini, animasi diolah dan dibentuk oleh juruanimasi dengan begitu sempurna sama ada dalam bentuk biasa ataupun 3D.

Dalam banyak animasi yang dihasilkan, saya sangat menyukai animasi Gundam terutama Gundam Seed dan Gundam Seed Destiny. Seolah-olah mereka adalah watak sangat `hidup` walaupun sekadar animasi.

Gundam adlh mesin yang digunakan untuk berperang. Mereka akan dikawal oleh jurupandu yang sangat mahir kerana untuk mengawal gundam dengan baik memerlukan skill yang teramat tinggi sehingga selected person sahaja yang mampu mengawal gundam dengan baik dan sempurna. Gundam juga dilengkapi dengan senjata yang sangat canggih yang kdang2 tidak terfikir pun dek akal orang lain. Wah begitu tinggi imaginasi oleh orang jepun.

Yang menariknya tentang animasi ini, mereka bukan berperang kerana Negara ataupun sentiment agama, atau parti tertentu, tetapi mereka berperang kerana prinsip masing2. sesiapa yang menang dalm peperangan, prinsip itu adalah benar dalam kalangan mereka. Untuk mempertahankan prinsip, mereka sanggup berkorban apa sahaja dengan merangka beberapa strategi yang hebat dan juga mempertaruhkan kelebihan juruterbang gundam mereka d dalam mempertahankan prinsip mereka.

Prinsip mereka berkisar tentang kemanusiaan dan konsep keadilan yang sebenarnya. Ditimbulkan juga permasalahan antara manusia natural dan coordinator dimana natural sangat memusuhi coordinator yang bagi mereka hanya melakukan kerosakkan di dunia. Oleh itu, mereka beranggapan bahwa menghapuskan coordinator akan membawa kepada keamanan sejagat. Manakala bagi coordinator merka mahu dunia ini dihuni oleh sesiapa sahaja dan diberi hak yang sama rata antara setiap insane.

Begitulah hanya kerana prinsip, mereka sanggup bergolak bergadai demi prinsip yang mereka imani itu. Saya sangat meminati animasi ini kerana persoalan2 yang ditimbulkan dan juga aksi yang menarik yang ditonjolkan dalam animasi. Dengan rekaan gundam yang sangat mengagumkan. Freedom yang dipandu oleh kira yamoto adalah sangat ringan dan mempunyai banyak pancaran laser tiga warna. Hati ini sangat seronok apabila melihat freedom beraksi….

Para daie msa kini juga perlulah mempunyai prinsip yang tegas dalam membwa misi dakwah di seluruh dunia. Kadang2 para pendakwah tidak mempunyai prinsip yang tetap sehingga mereka pada akhirnya meninggalkan jalan dakwah dengan sewenang2.

Prinsip juga penting dalam perjuangan menegakkan agama Allah. Selagi kita mempunyai prinsip yang jelas terhadap perjuangan agama, selagi itu kita akan berada dalam jalan yang diredhai oleh Allah ini. Kita tidak mahu para pendakwah kita kalah terhadap tarikan dunia yang fana dan tidak kekal ini………..