Assalamualaikum. Hari ini saya nak berkongsi dengan sahabat2 semua tentang sesuatu yang berkaitan dengan amalan kita ketika solat.
Hal ini berkaitan dengan amalan kita ketika `mencuit` orang lain untuk menandakan orang tersebut menjadi imam kita. Saya nak berkongsi cara yang betul ketika melakukan perkara tersebut mnurut pandangan seorang ustaz yang saya pernah berguru dengannya.
Kebiasaannya seseorang akan menepuk bahu sahabatnya dengan kuat sebelum mengangkat takbir dan memulakan solat. Menurut ustaz saya ini, amalan ini tidak dibenarkan oleh islam dan boleh menjadi haram!!!
Menjadi tanggungjawab kita bersama untuk menegur antara satu sama lain. Maka disini saya nyatakan amalan yang betul untuk melakukan perbuatan tersebut dengan betul.
Perkara pertama seseorang perlu lakukan adalah berdiri di sebelah kanan imam tersebut serapat mungkin. Tetapi jangan sampai berdiri sama tahap dengan imam tersebut. Selepas melakukan perkara tadi, maka barulah mengangkat takbir dan melafazkan allahuakbar dengan sedikit kuat. Ini akan menyebabkan sahabat kita tadi faham dengan sendiri bahawa dia menjadi imam kepada kita.
Kemudian dengan perlahan, menyentuh bahu kawan tetapi jangan menepuk seperti kebanyakan orang lakukan. Ini akan mengelakkan sahabat kita terkejut dengan perbuatan kita sehingga terbatal sembahyangnya.
Selepas itu, baru lah perlahan-lahan berundur ke saf kita jika ada lain yang menjadi makmum bersama kita. Perkara ini mesti dilakukan dengan baik agar tidak berlakukan perkara yang lebih besar seperti sang imam marah kerana terkejut.
Orang yang melakukan perbuatan menepuk bahu sahabat kita di luar sembahyang kononnya untuk menjadi imam kita adalah perbuatan yang menyamai perbuatan orang yang menngganggu orang lain yang sedang bersembahyang. Dan orang yang mengganggu orang lain sedang bersembahyang adalah haram hukumnya. Hukum haram akan membawa kepada dosa yang kita belum tahu besar atau kecil.
Oleh itu para sahabat semua, kita sebagai umat islam yang sering membicarakan tentang ukhwah hendaklah sentiasa waspada tentang perkara yang kecil yang mungkin akan membawa kepada perkara yang lebih besar kelak……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan