Selasa, Disember 18, 2012

Terowong Kehidupan



Assalamualaikum wbt.

Pada ketika dulu, saya beranggapan universiti adalah tempat yang paling susah. Ternyata anggapan saya ini silap.

Universiti kehidupan lagi mencabar dan lagi menyakitkan. Di Univerisiti, ramai orang mendapat support kewangan daripada biasiswa JPA, Mara, syarikat besar seperti TNB, Telekom, Petronas dan sebagainya. Ada juga mendapat pinjaman daripada PTPTN. Pendek kata, support kewangan itu ada.

Universiti Kehidupan, tidak. Kita perlu mendapatkan sendiri support kewangan. Tiada biasiwa, tiada pinjaman. Yang ada hanyalah bayaran balik dan kesetiaan kerja kepada syarikat yang menawarkan kerja.

Ya, apabila saya menyelusuri Universiti Kehidupan ini dengan tidak meminta kerja, saya merasakan kepayahan disini. Payah untuk hidup di Kuala Lumpur. Semangat juang perlu ada dan networking juga perlu ada. Kedua-dua ini diperlukan untuk bertukar menjadi survival kehidupan.

Hari ini saya bekerja sendiri. Walaupun saya dibayar seolah-olah makan gaji, tetapi saya menganggap saya ini adalah bekerja sendiri. Sebab, saya tidak ada bos. Betul, saya tidak ada bos dan saya adalah bosnya. Saya menguruskan downloadilmu.com bermula dari pengambilalihan daripada MYIP.

Downloadilmu adalah case study saya yang pertama tentang marketing. Bagaimana marketing downloadilmu.com sekarang berjalan, saya perlu ambil tahu. Berapa pendapatan downloadilmu.com pada masa ini, saya perlu ambil tahu dan jika berlaku masalah kepada pelanggan yang melanggan dengan downloadilmu.com, saya perlu ambil tahu. Pendek kata, saya perlu ambil tahu semua sekali.

Hari ini, downloadilmu sudah mencapai transaksi sebanyak 10K dalam masa 3 bulan beroperasi. Entah kenapa, saya merasakan angka itu sedikit. Dan saya akan berusaha agar pencapaian ini akan meningkat semakin baik.

Saya mengharap sokongan anda. Ya, saya mengharap sokongan anda untuk downloadilmu berjaya. Tanpa pelanggan yang membeli di buku, siapalah saya yang menguruskan downloadilmu ini. Saya memegang kata-kata mentor, “ dalam hidup ini, perlu untuk kita memberi dalam memandaikan bangsa, dan kita tidak mampu memberi selamanya jika tidak ada sokongan dari sudut duit dan usaha kerja yang terancang. Perlu ada duit, barulah hati ikhlas”



Weeeeee....... Post ke 260 sudah blog ini. Semoga Allah merahmati pembaca blog abanglong.net sekalian. terima kasih....

Ahad, Disember 09, 2012

Cara Pembelian di Downloadilmu



Gambar diatas adalah cara untuk membeli buku di downloadilmu.com. Sekarang, saya secara rasmi telah menguruskan downloadilmu. Sila support saya. Yeah.......!!!!!