Jumaat, November 23, 2012

Apa itu Content Marketing


Content marketing adalah terma baru pemasaran pada abad 21 ini. 

Abad 21 adalah zaman dimana informasi menjadi sedemikian penting kepada semua orang. Jika zaman industri, orang yang memiliki kilang adalah orang yang paling kaya sekali. Tetapi pada zaman informasi, orang yang memiliki informasi akan berjaya.

Content marketing adalah merujuk kepada merangkumi semua format pemasaran yang melibatkan penciptaan dan perkongsian kandungan dalam usaha untuk menarik, memperoleh dan memahami secara jelas asas pengguna sedia ada dan pengguna yang berpotensi dengan objektif memandu tindakan pelanggan yang menguntungkan.

Definisi lain, ianya boleh merujuk kepada memiliki media. Ia adalah satu proses pemasaran untuk menarik dan mengekalkan pelanggan dan konsisten mencipta kandungan yang tepat untuk mengubah atau meningkatkan tingkah laku pengguna atau dengan perkataan lain mendidik pengguna.

Kelakuan orang pada zaman ini, mereka cenderung untuk mencari maklumat-maklumat yang diperlukan di Google dan enjin carian yang lain. Generasi sekarang hanya boleh melakukan hal yang sangat kecil sahaja dan mengupah orang untuk melakukan benda-benda yang besar hatta benda-benda yang kecil pun termasuk menukar kepada paip ditandas.

Maka, sangat penting untuk menyebarkan maklumat-maklumat yang memudahkan orang ramai membuat sendiri semua perkara. Ini penting untuk membina network yang baru dengan pelanggan yang sedia ada dan juga bakal pelanggan.

Orang dipandu dengan maklumat untuk menyelesaikan masalah. Jika mereka tidak mampu, mereka akan menjadi pelanggan orang yang memberikan maklumat tersebut. Maka disitu akan berlaku jual beli dan akan menguntung kedua-dua belah pihak.

Sebagai contoh, anda mempunyai kemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop. Anda boleh mengajar teknik-teknik yang biasa dan mendapatkan hasil yang mengkagumkan. Sebaran boleh dilakukan dalam mana-mana media yang ada online dan offline. Anda tawarkan khidmat mengajar menggunakan teknik-teknik yang advance ataupun anda berikan contoh-contoh design yang lebih mengkagumkan dan menawarkan perkhidmatan men 'design' untuk pelanggan.

Sampai setakat ini dahulu artikel saya. Terima kasih kerana membaca.