Assalamualaikum wbt……
Syukur kehadrat Allah swt kerana dengan
rahmat dan pertolongan-NYA, dapat menunaikan solat terawikh pada malam ke 19.
Saya nak bercerita sikit tentang apa yang telah saya alami sepanjang bulan
puasa ni. Insya allah, seperti tahun-tahun sebelum ini, saya akan berpuasa
penuh satu bulan.
Secara ringkasnya, pada bulan puasa kali
ini, saya dengan bersungguh-sungguhnya mengadakan program percuma kepada
penduduk Malaysia bagi mengisi bulan Ramadhan yang mulia dengan ilmu yang bermanafaat.
Alhamdulilah, setelah empat siri, jumlah peserta keseluruhan adalah berjumlah
sekitar 40 orang keseluruhan.