Isnin, Januari 24, 2011

Kenapa Proaktif?


Kenapa kita perlu proaktif?

- Orang yang hebat, bertindak dengan strategi yang lengkap dan berkesan, tidak hanya membuta tuli.

- Pendakwah berdakwah dengan penuh kreatif dan kesabaran demi kebenaran yang ingin disampaikan kepada orang lain.

- Pelajar tidak hanya belajar apa yang diajar oleh cikgu atau pensyarah, tetapi tetap mencari bahan lain yang boleh menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman.

- Sebagai anak, ibu bapa kadang-kadang memberikan cadangan atau tindakan yang bercanggah dengan prinsip kita. Bagaimana untuk menangani? Proaktif.

- Sebagai pemimpin, orang bawahan dan rakan sekerja memberikan cabaran yang cukup berbeza. Hadapi setiap cabaran dengan langkah proaktif.

- Sebagai orang yang dipimpin, kerenah boss kadang-kadang memeningkan kepala kita. Hadapi dengan proaktif. Berfikir sebelum bertindak.

- Dan semua orang, sebab kadang-kadang nasib tidak menyebelahi kita. Maka hadapi dengan pemikiran yang besar dan jiwa yang besar.setiap halangan ada penyelesaiannya.

Bergantung kepada kamu. Atas dunia ini, semua orang hendakkan kesenangan. Maka usaha yang pelbagai diperlukan untuk menyelesaikan pelbagai masalah umat sekarang.

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasehat menasehati supaya mentaati kebenaran dan nasehat menasehati supaya menetapi kesabaran.

(Al-Asr:3)

Be more proaktif.

Lateral maksima..... yelah2x.... semua orang nak proaktif kan...........................

Isnin, Januari 17, 2011

Jangan Jadi Macam Megamind


Aku sempat untuk menonton cerita Megamind. Cerita animasi buatan holiwood cuba untuk menggambarkan suatu nilai yang sering dilupakan oleh seorang daie.

Megamind adalah watak makhluk asing yang dihantar kebumi disebabkan oleh planet mereka telah dimusnahkan. Akhirnya, megamind terjatuh dipenjara dan dibesarkan oleh penjenayah di penjara. Dari awal lagi, dia telah ‘dididik’ oleh warga penjara untuk menjadi penjenayah. Dalam masa yang sama, sewaktu di sekolah disering dikalahkan oleh Metroman dari bab disanjung oleh rakan-rakan. Alang-alang sudah diejek oleh kawan-kawan, dia terus menjadi penjenayah.

Megamind dan Metroman sering bertelagah sesama sendiri. Disinilah ditunjukkan oleh cerita ini, satu point yang penting. Oleh sebab sering bertelagah, maka the purpose of Megamind adalah untuk mengalahkan Metroman. Ditakdirkan, Megamind dapat mengalahkan Metroman (sebenarnya metroman tak kalah pun,,,, saje dia je nk buat2 kalah).

Akibatnya, Megamind telah kehilangan tujuan dia. Hidup sudah tidak ada makna disebabkan oleh Metroman sudah mati. Tiada apa yang boleh dibuat olehnya. (kesian). Akhirnya dicipta oleh megamind seseorang yang menyerupai Metroman supaya dia dapat berlawan dengan ciptaannya sendiri.

Lain yang dicipta, lain yang terjadi. ‘superhero’ yang diciptanya telah berubah menjadi penjenayah yang amat berkuasa. Dia terpaksa mengalahkan ciptaannya dan berubah menjadi hero. The way dia ingin menjadi hero, dia telah berjumpa dengan tujuannya, iaitu perempuan. Akhirnya, dia dapat mengalahkan ‘superhero’ tersebut dengan jayanya.

Ajarannya kat sini, dalam hidup, mesti mempunyai cita-cita jangka panjang. Dan cita-cita yang paling panjang adalah keredhaan Allah. Jangan jadi seperti Megamind yang mempunyai cita-cita pendek sahaja. Habis terlaksana cita-cita pendeknya, maka dia tidak ada tujuan lain. Sayanglah Allah dan rasulNYA.

Lateral maksima............ sempat lagi tengok movie.............................

Isnin, Januari 10, 2011

Proaktif 2


Menurut pakcik R covey, maksud yang ingin disampaikan melalui proaktif adalah setiap orang mestilah bertanggungjawab dengan kehidupan masing-masing. Kehidupan yang macam mana hendak dipilih adalah bergantung kepada diri sendiri. Tidak menyalahkan takdir dan keadaan yang membuatkan kehidupan mereka semakin baik atau semakin buruk.

“ sesungguhnya, siapa kita pada hari esok adalah ditentukan oleh kita pada hari ini”

Selalu mendengar ungkapan emas sebegini, tetapi tidak diendahkan oleh kita kan? Atau saya yang tersilap tafsir?

Walau bagaimanapun disini akan diberikan beberapa tips untuk kita melihat dunia dan kehidupan secara lebih proaktif.

1. Jika berlaku masalah, cepat release tension dengan berzikir. Tenangkan diri dan cari diri sendiri dalam solat. Orang kata, kalau tak dapat jumpa barang hilang, bersolat lah. Jika diri kita dan akal kita hilang oleh tension dan amarah atau nafsu, cari balik diri kita dengan solat. Insya allah fikiran kita akan menjadi tenang dan berfikir dengan pandangan yang positif.
2. Jika dikritik oleh orang lain, maka senyum dan bercakaplah dalam hati, terima kasih kerana mengambil berat. ^_^
3. Ketika membuat perancangan, lihatlah dunia ini dengan kerangka yang besar. Lihatlah objektif yang akan datang dan suburkan objektif dengan keyakinan yang positif.
4. Bagaimana untuk dapatkan keyakinan yang positif, dapatkan informasi daripada orang yang berpengalaman atau senior. Belajar juga daripada sejarah yang lalu dan ambil pengajaran daripada kisah-kisah orang lama atau sirah nabawi.
5. Mengadulah kepada Allah. Jangan mengadu kepada manusia. Manusia hanya tempat mencari informasi dan mengubah paradigm. Tetapi allah adalah ketua unit kebajikan hamba-hambaNYA. Yakinlah dengan unit kebajikan anda. Insya allah, unit kebajikan tersebut akan memberikan jalan yang sempoi kepada kita semua.

Bagaimana? Sempoi tak tips yang aku bagi. Tip-tip ini originally daripada buku hidup kekal abadi. Carilah dekat bookstore nanti. Kalau jumpa nak pinjam boleh?

Lateral maksima............................. selamat beramal............................................

Khamis, Januari 06, 2011

Proaktif 1


Assalamualaikum..... and syolum alaikum......

Kali ini, kita membedah habit pertama dalam 7habit of highly effective people. Proactive atau dalam bahasa melayunya proaktif. Apa itu proaktif? Dan apa yang menyebabkan proaktif ini dijadikan satu daripada 7habit oleh pakcik covey?

Aku boleh simpulkan proaktif ini adalah kebiasaan untuk memilih keputusan dan tindakan yang lebih kehadapan. Definisi ini adalah hasil observasi atau pembacaanku. Sebenarnya, perkataan yang perlu untuk diberi perhatian adalah “memilih”. Perkataan memilih itulah yang menjadi kunci kepada pemahaman kita terhadapa proaktif.

Sifir mudah manusia. Kita biasa memilih yang mudah atau susah. Mesti yang mudah kan? Bagaimana pula dengan bahaya atau selamat, kelebihan atau kelemahan, dan sebagainya. Hakikatnya manusia memilh yang terbaik untuk diri sendiri. Tetapi bagaimana pula jikalau aku menambah tekanan kepada diri yang membuat keputusan. Adakah pemilihan itu masih lagi sama atau tidak?

Sebagai contoh, didalam exam kita diberi pilihan untuk meniru atau tidak. Semuanya mempunyai risiko yang tersendiri. Begitu juga ketika kita berada di dalam organisasi. Adakah kita mengharapkan orang luar atau diri sendiri menyelesaikan konflik dalam organisasi. Setiap pilihan ada risikonya dan ada baik buruknya. Maka kita yang akan membuat keptusan dan melaksanakan pilihan kita tersebut.

“ saya hidup susah kerana kerajaan tak nak membantu saya” “ saya bodoh kerana cikgu tidak pandai mengajar” dan sebagainya. Seringkali manusia menyalahkan takdir dan menyalahkan orang lain diatas musibah dan kesalahan yang berlaku. Hanya sedikit sahaja orang yangmemilih untuk berfikir dan bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi. Moga-moga aku tergolong dalam golongan yang sedikit.

Sebenarnya ini adalah sikap orang yang beriman dan tokoh-tokoh hebat dunia. Mereka memilih untuk tidak menyalahkan keadaan jika terdapat masalah atau keadaan yang tidak memihak kepada diri sendiri. Dari sikap tersebutlah maka lahir sifat-sifat kejayaan iaitu berinisiatif, rajin dan sebagainya......

Proaktif mengajar manusia untuk berjiwa besar. Orang yang berjiwa besar tidak berkesan terhadap sindiran pedas. Tidak mempedulikan unsur-unsur negative yang cuba untuk melemahkan diri sendiri. Mereka sentiasa bersifat positif dan jika tidak berjaya mereka berani untuk mengambil tindakan yang difikirkan betul pada ketika itu. Para sahabat sangat proaktif dengan mengembangkan dakwah keseluruh alam dunia. Maka pertanyaan aku. Apa itu reaktif?

Reaktif adalah keadaan kita bertindak disebabkan unsur luar yang mempengaruhi kita. Orang yang biasanya reaktif adalah orang yang terlibat dengan politik. Jika ada satu isu, maka dengan cepatnya mereka bertindak dengan isu-isu tersebut. Seumpama orang yang bermain bola sepak yang tidak bertaktikal. Bola ditendang ke kiri, semua orang berkejar ke kiri. Jik bola ditendang ke kanan, maka begitu juga orang ramai.

Pilihan ditangan anda, hendak menjadi proaktif atau reaktif?

Lateral maksima................... nak motor..........................

Selasa, Januari 04, 2011

Kisah seekor Semut


Assalamualaikum…..

Satu kisah yang ingin saya tulis. Berlaku pada zaman nabi sulaiman as. Kisah antara nabi sulaiman dan juga seekor semut. Tuan-tuan mesti sudah maklum cerita ini kan?

Pada suatu hari, dalam satu perjalanan, nabi Sulaiman as telah terserempak dengan seekor semut yang sedang mencari makanan diatas sebuah batu di padang pasir. Lantaran kasihan kepada semut tersebut kerana kehulu-kehilir mencari makanan, dia telah menawarkan kepada semut tersebut,

“ wahai hamba allah semut, berapakah jumlah makanan mu sebulan?”

“ wahai nabi allah sulaiman, cukuplah bagiku seekor sebiji gandum sebulan” jawab semut.

“ baiklah, pulanglah bersamaku dan aku akan berikan kepada sebiji gandum tiap-tiap bulan.”

Lalu nabi sulaiman telah membawa pulang semut tersebut dan diletakkan dalam sebuah tempayan yang cukup besar serta sebiji gandum untuk makanan. Maka hiduplah semut tersebut dalam tempayan tersebut.

Setelah sebulan, nabi sulaiman as telah kembali membuka penutup tempayan tempat tinggal si semut. Apabila melihat gandum hanya dimakan separuh sahaja, lantas nabi sulaiman bercakap dengan nada tinggi,

“wahai semut, engkau pembohong. Bukankah engkau mengatakan engkau memerlukan sebiji gandum sebulan. Kenapa engkau hanya memakan setengah daripada itu.?”

“ wahai nabi allah sulaiman. Aku tidak berbohong sama kamu. Memang benar aku memerlukan sebiji gandum sebulan. Tetapi itu disebabkan aku bergantung kepada allah yang telah menentukan rezeki ku. Sekarang ini, aku bergantung kepada mu atas rezeki ku. Aku bimbang jika engkau terlupa untuk memberikanku makanan untuk bulan-bulan seterusnya. Maka aku hanya makan separuh sahaja sebagai langkah berjaga-jaga. Sesungguhnya, Allah tidak lupakan akan rezeki makhluk NYA sedangkan kamu adalah hamba yang pelupa, maka bagaimana aku hendak bergantung kepadamu untuk rezeki ku”

Jawapan si semut telah menyedarkan nabi sulaiman as. Tahap kebergantungan si semut terhadap Allah sangat tinggi melebihi apa yang ingin baginda fikirkan.

Sahabat-sahabat, bagaimana pandangan anda terhadap kisah ini. Kisah ini aku petik dari sebuah buku yang baik. Bagaimana tahap kebergantungan kita kepada Allah? Adakah kita bergantung kepada hambanya untuk mencari rezeki? Alangkah ceteknya pemikiran kita berbanding si semut jika masih lagi bergantung rezeki kepada makhluk tuhan? Dia yang mustahil lupa berbanding makhluk yang pelupa?

Terserah untuk anda fikirkan. Fikirkan tentang diri sendiri sempena tahun baru ini. Muhasabah diri kita untuk kecemerlangan dunia dan akhirat. Aku doakan sahabat-sahabat untuk hidup tenang didunia dan akhirat. Bukan senang untuk mendapat ketengan didunia ini dan bukan mudah untuk mendapat ketenangan di akhirat juga. Moga-moga kebergantungan kita semakin bertambah kepada Allah. Insyaallah.

Lateral maksima………………… tersedar daripada result yang teruk…………………………….

Ahad, Januari 02, 2011

Muhasabah 2010


Menyoroti album 2010, aku merasa kerugian sekali. Kerana banyak perkara yang terabai tidak dapat dilakukan. Merancang tetapi payah untuk dilaksanakan. Dari sudut pengawalan masa dan kerja tidak dapat membuktikan bahawa 2010 adalah lebih baik dari 2009.

Melangkah ke umur baru. Adakah sekali lagi hendak berazam? Oh tidak. Sudah serik untuk menanam azam di tahun baru. Malah kadang-kadang dilupakan beberapa hari kemudian. Alangkah ruginya. Bila ditanya azam tahun baru, dengan senyum terus menjawab “ tak tahu”... hahahaha....

2010 melabuhkan tirai dengan skrip yang cukup berbeza dan jalan cerita yang cukup berlainan. Memegang beberapa jawatan yang ‘tak nak’ dan beberapa cabaran untuk melaksanakan tugas sebagai khalifah kecil di bumi allah ini. Alangkah sekejapnya masa.

Kali ini aku ingin bermuhasabah. Adakah 2010 ini adalah tahun yang cemerlang ataupun tahun yang sama seperti tahun-tahun sudah. Adakah tahun ini, jumlah buku yang dibaca bertambah atau pun semakin berkurang. Berapa kerap aku turun bersenam tahun ini dan berapa kg telah dapat diturunkan atau semakin bertambah.

Ilmu di dada semakin mantap atau semakin terseksa. Adakah tahun 2010 ini, hidupku semakin tenang atau semakin gelisah. Yang penting, adakah semakin dekat dengan tuhan atau semakin jauh dengan tuhan.

Semuanya susah untuk dianalisis. Walaubagaimanapun, hidup selagi masih bernyawa, mesti diteruskan. Everyone can happy with islam.......

Lateral maksima........................ result aku teruk... aduyai............