Selasa, November 30, 2010

SEPARUH PENUH @ SEPARUH KOSONG

Assalamualaikum.......


separuh kosong ke separuh penuh?

Apa pandangan sahabat2 tentang gambar diatas? Separuh penuh atau separuh kosong? Susah nak fikir? Bagaimana pula kalau aku sertakan sekali dengan dua cerita? Nak tak membaca? Kalau nak teruskan membaca. ^_^

Dalam satu acara sukaneka sekolah-sekolah rendah sedunia, maka berlakulah satu acara yang penuh gilang gemilang yang cukup menjadi tumpuan orang ramai disebabkan hadiahnya yang cukup luar biasa iaitu hadiah ‘misteri’. Acara yang dimaksudkan adalah acara mengisi air kedalam botol dengan menggunakan span yang sebesar tangan aku ni. Nak tahu berapa besar bolehlah tengok tangan aku. Nah.....

Acara pun bermula dengan dilepaskan oleh Barack Obama dengan melepaskan satu tembakan mortar. Dengan bersemangat, para peserta memulakan larian masing-masing sambil membawa span yang dipenuhi air ditangan untuk dicurahkan ke dalam beberapa botol sebesar lebih kurang botol kaca kuning.

Kira-kira dipertengahan permainan, para peseta memberi kata-kata semangat kepada lawan masing-masing (semangat kesukanan yang sangat tinggi) dengan berkata “ cepat sikit, dah separuh penuh botol tu. Cepat.” Dengan penuh semangat yang berkobar-kobar terus menambah kuasa turbo masing-masing untuk berlari memenuhkan botol masing-masing. Oleh sebab sama-sama hebat, maka keputusannya adalah seri. Mereka dapat memenuhkan botol masing-masing serentak. Akhirnya mereka berkongsi hadiah misteri itu iaitu......... (pikir lah sendiri. Tu pun nak bagitau ke?)

Cerita kedua pulak.

Satu pertandingan jugak. Pertandingan ini adalah istimewa disebabkan terdapat wakil daripada world book of record yang hadir disitu. Pertandingannya adalah pertandingan menghabiskan air sebanyak 50 gelen paling cepat. Terdapat dua orang peserta sahaja yang mengambil bahagian. Maka majlis pun bermula dengan bacaan doa selamat dan doa taubat ( bimbang takut peserta tercekik air).

Kemudian, air diminum. Dipertengahan pertandingan, para penyokong menjerit, “ cepak, derah. Air tinggal separuh kosong tuh” bila mendengar kata-kata ghairah penonton, maka kedua-duanya semakin cepat meminum air tersebut dah pertandingan tamat.

Agak-agak ar, mana jawapan yang betul? Separuh kosong ke separuh penuh? Sebenarnya itu bergantung kepada paradigm anda semua. Dan paradigm yang paling bagus adalah paradigm yang positif. Dalam kes ini, ia bergantung kepada kamu pada situasi mana kamu. Jika kamu berada di dalam cerita perttama, maka separuh penuh yg kamu pilih dan jika berada di ceritta kedua, separuh kosong. Betulkan? Jawapannya pada kamu. Tapi pandangan saya adalah gelas itu penuh. Kenapa ya?

Lateral maksima........ ikut akulah nak bagi jawapan apa pun. Bergantung pada aku kan?.............

Rabu, November 24, 2010

EXAM AROUND THE CORNER


Assalamualaikum....

Sudah sampai kepada minggu exam. Aku tetap begini, tidak dapat focus kepada ulangkaji subjek-subjek peperiksaan. Bila tengok note sekejap, sama ada tidur ataupun berpusing dan tengok cerita atau baca buku lain. Aduyai, bila nak sudah study pun tak tahu.

Yang paling aku benci adalah, aku tak dapat nak menjawab soalan peperiksaan nanti walaupun tahu dengan pasti soalan tersebut. Arghhhh... susahnye nak jawab soalan macam ni...... I need teknik menjawab soalan peperiksaan exam university macam zaman spm dulu. Cikgu Kospint, aku rindu kamu....

Walaubagaimanapun, aku bukan kecik lagi. Nak tak nak, kena juga jawab exam nanti walaupun tak tau teknik menjawab dengan baik. Atleast B dalam tangan, insyaallah.

Dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada semua sekali mahasiswa yang akan mengambil peperiksaan nanti. Waktu aku sekolah dulu-dulu, cikgu ada pesan. Kalau lupa ketika menjawab peperiksaan, beristighfarlah dan berselawatlah banyak. Insyaalllah akan dimudahkan oleh Allah untuk ingat kembali perkara yang kita lupa tadi. Ok guys, see u at exam hall.....

Lateral maksima.......... terkenang sewaktu exam zaman sekolah dahulu. Tak ade pressure pun.......

Sabtu, November 20, 2010

PENGORBANAN = KEMERIAHAN

Lawa juga gigi lembu ni...... hahaha

Assalamualaikum.....

“ No pain, No Gain”. Itulah kata-kata pepaatah inggeris yang aku kutip dari filem Transformers. Aku percaya semua sekali mesti pernah tengok cerita Transformers kan? Seperti mana kebiasaan, aku akan menulis untuk setiap hari perayaan untuk umat islam terutama hari raya puasa dan hari raya korban.

Aku pada hari raya pertama, telah mengikuti satu ibadah korban di surau Al-Ikhlas di Pantai Dalam. Kerja terbaru aku disitu adalah menangkap gambar dan memegang lembu ketika hendak disembelih. Sedikit sebanyak terubat rindu kepada kampong halaman melihat begitu mesra sekali orang kampong dan kemeriahan mereka yang mengikuti ibadah korban. Kebetulan pulak, ramai pakcik-pakcik yang berasal dari Terengganu. Wah makin seronok aku untuk berbual dalam dialek aku sendiri. Lebih selesa bercakap loghat sendiri berbanding loghat KL.. (^_^)

Aku mula berfikir. Suasana kemesraan berhasil daripada lembu yang dikorbankan. Andaikata hari raya kali ini tidak ada lembu untuk dikorbankan, agak-agak kemeriahan seperti ini masih boleh dapat atau tidak. Atau adakah seumpama hari raya puasa ‘ditanah air’ yang hanya berhimpun dimasjid kemudian membuat hal sendiri bersama keluarga masng-masing.

Aku membuat hipotesis awal ( perlu dibuktikan dengan eksperimen), bahawa kemeriahan ini berlaku kerana ada lembu untuk dikorbankan. Habis tu, lembu ni pulak datang daripada mana? Mestilah daripada duit orang ramai. Mereka melaburkan duit untuk membeli sebahagian daripada 7 bahagian lembu untuk dikorbankan dan dagingnya dibuat kenduri dan juga diberikan secara fresh kepada orang lain. Maka hipotesisnya adalah, “tiada pengorbanan tiada kemeriahan hari raya korban”.

Untuk menjadi gembira, kita perlu berkorban. Hari raya korban membuktikan pengorbanan harta, masa dan tenaga diperlukan untuk membuatkan orang lain gembira dan kita pun gembira sama. Kanak-kanak riang berlari kesana kemari malah bertempiaran lari apabila lembu tiba-tiba mengamuk jugak sebahagian daripada kemeriahan yang aku rasa disini. Usik-mengusik sesama sendiri menjadi lumrah kehidupan manusia. Maka dari mana kemeriahan ini. Hasil daripada pengorbanan harta, masa dan tenaga.

Kemesraan dan kemeriahan ini adalah resipi terbaik dalam mengikat ukhuwah sesama muslim. Kehadiran ramai foreigner juga menambah ceria lagi dengan gelagat mereka yang cukup ‘terrer’ mengikat lembu-lembu tersebut.

Walaubagaimanapun, hikmah hari raya korban adalah pengorbanan. Allah swt mengingatkan kembali bahawa perjuangan tanpa pengorbanan itu adalah sia-sia umpama hari raya korban tanpa lembu dan kambing. Maka untuk berjaya, kita perlu berkorban termasuklah tak balik Malaysia kerana menuntut ilmu. (^_^)

Lateral maksima..... menghayati ‘pengorbanan harta’ dan pengorbanan lain..........................

Rabu, November 17, 2010

Khamis, November 11, 2010

SAID IT.....


Assalamualaikum....

Aku melihat dimana-mana, orang semakin kuat bercakap. Bercakap-bercakap dan bercakap. Sentiasa bercakap. Setiap pertemuan mesti ada orang yang bercakap. Tak ada orang yang tidak bercakap. Mesti ada orang yang bercakap. Orang melihat kepada orang yang bercakap. Tetapi tidak pula melihat kepada orang yang tidak bercakap. Penentuan orang pula pada percakapan. Semakin hebat dia bercakap, semakin hebat dia. Dari segi apa tak tahu. Tetapi itu reality yang tidak dapat disangkal lagi. Orang hebat mesti pandai bercakap.

Aku memang kurang bercakap. Semakin aku dewasa, semakin aku kurang bercakap. Semakin ramai kategori orang aku temui, semakin kurang untuk aku bercakap. Tidak sedikit yang mengatakan aku sombong disebabkan aku tidak bercakap. Tidak sedikit yang memaksa aku bercakap di dalam setiap pertemuan atau meting. Sampai ada orang melenting kemarahan apabila aku tidak bercakap.

Salahkah kalau aku tidak bercakap didalam meting? Adakah aku akan didakwa diseksyen jenayah disebabkan aku tidak bercakap dalam meting? Adakah aku akan sampai ditali gantung disebabkan aku tidak bercakap di dalam mesyuarat? Kenapa semua orang hendak aku bercakap?

“ tidak fahmi. Kamu perlu bercakap. Sebagai ketua kamu perlu bercakap. Ahli jawatankuasa hendak kamu bercakap” timbalan aku meminta aku bercakap pada next meting.

“ fahmi, untuk permulaan ni, saya akan memberikan kamu bercakap didalam meting. Tidak kisahlah kamu nak bagi apa-apa pun, tazkirah ke atau peringatan kepada ajk nanti. Yang penting kamu bercakap” kata setiusaha yang aku lantik mengendalikan meting.

“ ok fahmi. Untuk terakhir, saya serahkan kepada fahmi untuk memberi sepatah duakata. Silakan” tercengang-cengang aku dengan tindakan pengerusi mesyuarat.

“ saya nak, fahmi kamu bercakap selepas ini. Kalau tak, saya akan guna kuasa yang ada untuk memaksa kamu bercakap.” Kata pimpinan lain sewaktu induksi kepimpinan suatu tidak lama dahulu.

Itulah serba sedikit usaha yang dilakukan oleh orang sekeliling aku untuk memaksa aku bercakap. Ketawa dan senyum pun ada ketika blurr apabila diminta untuk bercakap. Kenapa lah orang kat sekeliling aku ni suka sangat nak suruh aku bercakap. Hish....

Walau apapun, itulah medan latihan untuk aku bercakap. Sentiasa bertanya soalan dan berani mengajukan soalan di khalayak ramai. Walaupun masih lagi tidak dapat menjadi sehebat orang lain dalam bercakap, tetapi aku merasai aku semakin meningkat dalam bab bercakap. Bukan lagi fahmi dahulu yang agak kurang bercakap dalam meting dan khalayak ramai.

Aku masih lagi ingat ketika baru masuk tingkatan empat di KOSPINT. Aku dipanggil oleh seorang ustazah untuk berjumpa dengan nya pada waktu rehat. Tidak disangka ustazah tersebut menawarkan kepada aku untuk menyertai sekolah dalam pertandingan pidato. Katanya, ada orang yang mencadangkan namaku untuk masuk bertanding acara ini. Dalam hati tertanya-tanya siapakah gerangan yang mencadangkan namaku sedangkan aku baru sahaja seminggu berada di sekolah ini.

Dengan berat hati, aku menerima tawaran terbabit. Maka berlatihlah aku siang dan malam bagi menghasilkan pidato yang terbaik sewaktu hari pertandingan. Manakan tidak, tidak pernah-pernah masuk pertandingan semacam ini, tiba-tiba masuk. Tak gabra aku berhadapan dengan situasi seperti ini. Walaupun kalah, aku tetap gembira disebabkan kalau menang kena berpidato depan sultan mizan. Wah kalau menang tu lagi gabra... hahahahaha...

Habis sahaja pertandingan, aku diserap masuk secara automatic dalam debat sekolah. Lagi lah tak boleh blah. Walaupun tak dapat menerima hakikat, tapi aku pasrah jelah. Nak buat macam mana. Dah dipacak. Tetapi memang tak pernah performlah sewaktu berbahas. Ada sahaja yang pelik-pelik berlaku terhadap aku. Hahaha..

Sejak hari itu, aku banyak diberi peluang untuk bercakap. Sewaktu perhimpunan dan sekali-sekala aku diberi peluang untuk menggantikan ustaz yang tidak dapat hadir untuk tazkirah sebelum jumaat. Malah aku dulu diberi jolokan ‘pemusnah’ majlis disebabkan oleh kesilapan-kesilapan besar yang aku buat ketika mengendalikan majlis. Komen seorang kawan “bagus jugak bila fahmi jadi pengerusi majlis. Sepanjang aku berada di sekolah ini, tidak pernah aku melihat cikgu-cikgu seceria itu melainkan ketika fahmi menjadi pengerusi majlis.” Selepas dikenang-kenang, terima kasih kawanku atas komen positif tersebut.

Orang lain bila bercakap akan membayangkan idea yang hendak dikemukan, aku membayangkan perkataan yang hendak aku sampaikan. jika terganggu ayat tersebut, maka kesan blurr akan ditunjukkan oleh mukaku. Orang lain bimbang tidak mendapat tepukan gemuruh jika berucap, aku bimbang jika ayat aku disalahertikan oleh pendengar. Kadang-kadang, lain yang hendak disampaikan, lain yang disebut.

Tetapi ada nasihat yang baik untuk aku. Fahmi, ketika bercakap mudahkan jangan menyukarkan. Kepada orang yang memberi nasihat itu kepadaku, insya allah aku akan mudahkan segala bahasa pertuturanku. Dan aku semakin maju dalam ucapanku. Daie is great muslim....

Lateral maksima........... one word bukan one Malaysia...................

Selasa, November 09, 2010

KUASA SALAM


Assalamualaikum.....
Ucaplah salam setiap kali berjumpa. Sama ada kepada orang muslim atau bukan muslim. Kesannya kepada diri sendiri adalah kita akan menjadi ceria selepas kita mengucap salam. Dan kita akan makin ceria jika salam dan sapaan kita disambut dengan senyuman oleh orang lain. Hidup kita akan lebih bermakna dan bahagia.

Kata orang, satu perkataan boleh menyebabkan persepsi orang terhadap orang lain berlaian. Antara perkataan yang power adalah ucapan salam dan sapaan. Assalamualaikum, selamat siang, selamat pagi dan selamat sejahtera mempunyai kuasa yang tersendiri kepada diri sendiri dan orang lain. Dengan ucapan salam dan sapaan, kita akan menjadi magnet. Tak percaya cuba acu tra test.

Satu kisah yang menarik dipapar oleh sebuah buku. Tentang bagaimana kuasa salam dan sapaan ini boleh menyebabkan orang lain menjaid bahagia. Ada orang mengkaji tentang ukhuwah yang dibina di sebuah sekolah di Melaka(kalau tak silap lah). Satu kelas di dalam sekolah ini mempunyai pelajar yang berbilang kaum. Nisbah bukan muslim kepada muslim didalam kelas tersebut adalah 2:1.

Pada awalnya, perhubungan kelas itu terhad kepada kaum masing-masing. Bagi mereka, lebih baik mengelak daripada berlaku perkara yang sensitive yang mengakibatkan perbalahan. Itulah anggapan mereka pada mulanya. Setelah beberapa minggu, perhubungan mereka semakin terbuka dan mantap setelah berlaku satu peristiwa penting.

Peristiwa itu adalah ketika muslim disitu member salam sesama mereka. Sehingga kawan non muslim dalam kelas tertarik dengan ucapan salam. Lantas bertanya tentang maksud salam tersebut. Maka dijawab dengan panjang lebar tentang salam tersebut. Kemudian, mereka berfikir untuk member sapaan pagi kepada semua orang di dalam kelas. Maka sejak hari itu, mereka semua member salam kepada semua di dalam kelas tersebut. Daripada tertutup kepada terbuka dan semakin terbuka. Bukan sahaja sudah boleh bertanya tentang perkara yang pada anggapan mereka sensitive malah mereka sudah boleh bergurau senda sehingga orang lain menjadi hairan dengan hubungan mereka.

Begitulah kuasa salam dan sapaan. Kepentingannya mencakupi soal perhubungan, malah soal agama dan kaum. Mereka mula memahami dengan baik setiap agama dan perwatakan setiap kaum bukan lagi bertoleransi sesame kaum dan agama. Tiada lagi kepahitan dalam berkata-kata lantaran menjaga hati kaum lagi.

Oleh itu, pertama sekali, kita beri salam kepada semua orang setiap pagi dan memaafkan mereka setiap kali hendak tidur. Kedua, jawab saam jika diberi salam dan disapa oleh orang lain. Ketiga, senyum kepada mereka. (^_^)

Tertarik dengan cara untuk berurusan dengan orang yang mabuk dan penagih dadah di lorong jalan. Salam, sentuh dan peluk. Mereka akan tenang dengan kita.

Lateral maksima......... hari ini aku nak praktik......................

Jumaat, November 05, 2010

NASIHAT UNTUK AKU.......


“Fahmi ingatlah pesanan ini. Jadilah orang yang berilmu, jangan jadi orang yang berpengatahuan, dan jangan jadi orang yang bodoh.”

Terkedu aku mendengar teguran dan nasihat daripada seorang tokoh korporat yang tersohor di Malaysia tahun lepas. Lantas aku bertanya kepadanya apakah maksud yang ingin disampaikan oleh beliau.

“ kamu tahu apa maksud orang yang berilmu?” aku menggeleng-geleng kepala. Lantas beliau menyambung.

“ orang yang berilmu ini adalah orang yang dapat, yang faham dan yang buat apa yang dia faham. Orang yang berpengetahuan adalah orang yang dapat, yang faham tetapi tidak buat apa yang dia faham. Orang yang bodoh pulak adalah dia dapat, tetapi tidak hendak faham dan tidak buat. Saya berjumpa dengan ramai orang yang berpengetahuan dan orang yang bodoh, tetapi saya jarang melihat orang yang berilmu.”

Aku teringat apa yang disebut dalam sebuah buku barat. Ketika dia melihat rancangan who want to be a millioner bersama dengan seorang tokoh korporat, orang yang seperti ini saya tidak akan mengambil dia bekerja untuk saya. Tetapi saya akan mencari orang yang mampu mengamalkan ilmu dan berfikir berlandaskan ilmu yang dia ada. Orang seperti itu adalah “brilliant”.

Terima kasih dato’ atas pesanan dan nasihat yang cukup berharga tersebut. Bukan mudah untuk aku mendapat nasihat yang cukup berharga tersebut. Dan bukan mudah untuk aku berkongsi disini (^_^).

Sebelum kami berpisah pada malam itu, aku bertanya dimana tahap aku.

“ kamu adalah mahasiswa dansaya melihat potensi kamu di tahap yang pertama. Keep it up. Polish lagi potensi kamu. Selepas itu, jika kamu hendak bekerja dengan saya pun saya akan terima dengan senang hati.” Ringkas jawapan beliau pada malam itu.

Oh itulah antara nasihat daripada beliau yang aku ingat. Ok fahmi keep itu up menjadi orang terbilang. Insyaallah.......

Lateral maksima................. fahmi horay fahmi horay 3X........................................