Jumaat, Oktober 30, 2009

ALMARI BUKU


Assalamualaikum wbt.

Masih lagi saya teringat kenangan diwaktu kecil. Ketika waktu kecil, corak didikan ibu bapa sangat mempengaruhi diriku. Rutin ayahku yang selalu ke surau warisan daripada datukku yang suka ke surau. Rutin ummi dahulu suka membaca. Banyak buku-buku dalam almari di rumahku. Tidak kira, buku haraki atau buku akademik semua menjadi santapan. Tapi semakin tua semakin ditarik nikmat pancaindera, semakin kurang ummi membaca. Ye lah, macam mana nak baca kalau mata tak nampak.

Dalam bilik saya, terdapat satu almari buku. Separuh daripada almari itu dipenuhi buku diwaktu aku kecil dahulu. Saya pernah bertanya,

“Ummi, kenapa tak buang buku-buku lama abang ni?” tanyaku kepada ummi.
“Abang marah ummi bila ummi nak buang buku ni semua.” Balas ummi. Saya sendiripun sudah lupa bila entah saya marah kat ummi dulu.

Maka dua hari suntuk terpaksa dihabis untuk mengemaskini almari buku itu. Buku-buku latihan sejak saya PASTI lagi masih tersimpan disana. Saya tengok balik buku latihan yang sekarang sebahagian adikku guna untuk belajar membaca. Bila tengok adik mula membaca teringat saya mula-mula belajar membaca waktu kecik-kecik dahulu. Mood ummi kadang-kadang tak menentu, kalau mood baik, ummi hanya rotan hanya sekali je sepanjang sesi belajar membaca, kalau mood tak baik ummi hanya marah-marah je.

Banyak perkara yang saya belajar daripada emak. Tulisan jawi, membaca bacaan bahasa inggeris dan juga mengaji al-quran. Tapi waktu tu, lebih suka abah yang ajar berbanding ummi sebab ummi sangat tegas, tak boleh salah langsung. Pada waktu itu saya sangat malas nak belajar (sampai sekarang pun malas juga nak belajar).



Lepas berkemas 2 hari, buku dah makin kurang. Mulalah saya menambahnya dengan buku-buku yang saya beli sendiri. Bermula dengan era buku komik seperti detektif conan, penyiasat remaja, akademi Q, yu gi oh, gundam wing dan peraturan euki. Tidak dilupakan majalah komik seperti kreko dan arena. Itulah yang memenuhi rak buku aku ketika itu.



Era komik diganti dengan era majalah islamik seperti majalah i, al-islam, mastika dan sebagainya. Mastika pada waktu itu mengupas isu sosial semasa seperti black mental dan gerakan freemason. Rak buku dipenuhi dengan itu semua.



Kemudian, saya mula mengisi dengan buku novel. Novel ni bermacam-macam lah. Islamik seperti habiburrahman dan kak fatimah sharha. Termasuk juga buku karangan JK Rowling yang paling aku sayang dalam kategori novel. Memang best.



Sekarang? Ermmmm. Mungkin saya lebih minat kepada motivasi, bacaan ilmiah dan semua buku yang ringan lagi tidak memberatkan kepala untuk memahami. Manusia bermagnet, jutawan senyap, 360 degree leadership, 2080 principle dan banyak lagi menjadi tatapan aku. Walau kebanyakan buku yang saya beli belum habis baca, tapi keinginan untuk membeli buku sangat tinggi dalam diri. Malah saya terpaksa untuk menahan diri daripada pergi ke Pekan Buku untuk menatap buku kerana pasti ada sahaja yang ingin saya beli.

Apa yang peliknya, keluarga akan menunggu buku yang terbaru yang saya beli (of course lah buku bahasa melayu). Melihat kembali buku terisi kedalam almari buku menjadikan saya damai ketika berada dalam bilik. Entah hanya melihat buku sahaja, perasaan gembira tu datang. Gembira tengok buku..

KENAPA KAMU SUKA SANGAT BACA BUKU MOTIVASI

Ini soalan daripada sahabat saya yang datang ke bilik saya sejak akhir-akhir ini. Belum sempat saya menjawab, kawan saya yang satu lab dgn saya,’tolong’ jawab untuk saya.

“biasalah, nak jadi motivator lah kan. Nak sertai syarikat mana?”

Soalan syarikat mana tu tidak menjadi masalah buatku. Membaca buku bukan untuk menjadi motivator dan menyertai syarikat yang menyediakan khidmat kauseling.

Saya suka membaca buku motivator. Saya lebih suka menyertai usrah daripada menjadi naqib. Sebab itu, usrah tahun ini adalah usrah yang pengisiannya main-main dengan lebih cenderung untuk membina insan lebih kepada minatnya dan tumpuannya atau fokus untuk islam. Saya lebih suka begitu berbanding menghabiskan silibus usrah dan mengandaikan adik usrah sudah faham jika didapati adik-adik dapat menjawab dengan baik soalan yang diberikan oleh naqib.

Saya belum lagi menjawab soalan diatas. Sebenarnya saya lebih suka mendengar nasihat. Saya sangat rindukan nasihat sebenarnya. Saya lebih suka saya dinasihati berbanding saya terpaksa menasihati orang lain.

Apabila saya membaca buku motivasi, walaupun orang kata tak ada apa-apa yang bermanafaat membaca buku genre seperti itu. Bagiku, itulah medan saya untuk memunasabah diri dan menerima nasihat walaupun tidak dituju kepada saya. Nasihat adalah penting dalam hidupku.

Dari kecik sampai sekarang, selalu buat kerja main-main. Cuma peratusan main-main itu adalah berkurangan sejajar dengan usia. Saya yang suka main-main menjadikan orang disekeliling akan marah dan membebel dan berleter. Ummi abah selalu berleter. Atuk dan nenek pun selalu berleter. Tapi arwah atuk dan nenek sebelah ayah tidak sempat untuk berleter kepada saya mungkin saya masih lagi kecik.

Setengah orang tidak suka dan meluat dengan bebelan dan leteran emak ayah. Tapi saya tidak! Diwaktu kecik dibawah pengawasan emak, mungkin bosan mendengarnya. Tapi bila terlepas daripada pengawasan emak ayah, rupanya saya sangat merindukan bebelan tersebut. Mungkin dah sebati dalam jiwa kot.



Ayah pernah membebel dan berleter disebabkan saya menemani seorang perempuan pulang daripada sekolah kerumahnya disebabkan cuaca gelap dan rumahnya berada ditepi hutan. Atas dasar simpati dan kasihan, saya menemaninya sehingga sampai depan pintu pagar rumahnya. Akhirnya ayah dapat tahu, berleter sehingga tidak membenarkan berkawan dengan perempuan. Mungkin sebab itu, saya sedikit dingin dengan perempuan. Mungkin!

By the way, itu sebab saya suka tengok dan baca buku. Sekarang bercita-cita menulis buku. Saya nasihatkan sahabat-sahabat, berkawan lah dengan buku, kerana buku tidak mengajar kita benda yang tidak baik. Malah buku mengajar kita untuk menjadi insan yang baik, berfikir dan sebagainya. Kalaulah ada buku yang menjurus kepada keburukan, itu adalah kebaikan untuk anda. Jika salah, itulah kelebihan anda untuk anda tahu bahawa buku itu adalah silap. Kan untungkan?

Isnin, Oktober 12, 2009

TANGGUNGJAWAB ATAU SUMBANGAN

Salam ceria buat semua.

Sering kali saya tidak berpuas hati dengan ucapan ahli politik sekarang. Prasa “alhamdulillah, tidak kira sama ada anak ahli pembangkang atau pun sape2, kita akan memberikan mereka kemudahan belajar yang lengkap.” Semua orang bertepuk tangan selepas itu.

TANGGUNGJAWAB ATAU SUMBANGAN.

Kerajaan dilantik oleh rakyat untuk mengurus tadbir setiap yang berlaku dalam pentadbiran sebuah negara. Malah sepatutnya, setiap perkara yang berkaitan dengan pentadbiran yang penting harus berbincang dengan rakyat. Disinilah pentingnya masjid sebagai pejabat pentadbiran negara ketika zaman rasulullah dimadinah. Perbincangan soal negara dalam masjid itulah yang menyebabkan negara madinah al-munawarah itu menjadi semakin kuat.

Tanggungjawab adalah amanah yang dipikul oleh seseorang untuk melaksanakannya. Manakala, sumbangan adalah pemberian ikhlas dari poket sendiri kepada orang lain.

Rasenye pentafsiran yang saya buat diatas sudah menjadi kayu ukur sebenar antara sumbangan dan tanggungjawab.

Kate dialog diatas sebenar tidak selayaknya diucapkan oleh seorang yang memegang mandat sebagai kerajaan. Kerana pendidikan, infrastruktur awam, dan sebagainya itu adlah hak asasi semua penduduk malaysia. So, setiap yang bernama kerajaan wajib melaksanakan dan memenuhi tuntutan setiap penduduk di Malaysia.

Malah kerajaan juga tidak selayak membezakan anak penyokong kerajaan pusat atau pembangkang kerajaan pusat dalam tuntutan hak asasi manusia.

Lainlah kalau kerajaan menggunakan duit hasil poket sendiri untuk membelanjakan sesuatu yang bermanfaat untuk hal yang tidak berkaitan dengan hak asasi seperti memberi kain batik seorang satu kepada rakyat. Itulah sumbangan namanya.

Melihat kembali peranan kerajaan yang dimainkan oleh zaman pemerintahan islam satu ketika dahulu, baitul mal mampu menampung pembelanjaan pendidikan, air, undang-undang dan sebagainya secara percuma kepada rakyat. Suatu yang tidak akan berlaku lagi pada masa kini.

Pesanan kepada anda yang bakal menjadi pemimpin negara pada suatu hari nanti. Bezakanlah antara tanggungjawab dan sumbangan peribadi. Sumbangan menggunakan duit kerajaan juga adalah salah disisi undang-undang Allah. Ingatlah tanggungjawab itu adalah ditanyakan Oleh Allah kepada setiap pemimpin.

Jangan sesekali mendabik dada telah memberikan sumbangan kepada rakyat melalui saluran kerajaan kerana setiap yang dibelanjakan itu adalah duit rakyat juga.

Lateral maksima tak kisah pasal duit dan harta sangat...............................

Selasa, Oktober 06, 2009

AKU TAK MATURE............


Salam ceria.

Sebenarnya banyak idea nk saya smpaikan. Tapi kehilngn mood dan kelelahan dlm menjalani pembelajaran, meting dan sebgainye menyebabkan saya jarang untuk untuk berblogger.

Saya cukup segan dengan semua org sebenarnya. Kerja banyak sangat tertangguh dan kadang-kadang terpaksa orang lain yg ambik alih. Saya cukup segan dengan orang dalam PERMATA, disebabkan komitmen yg tidak seratus peratus. Saya jugak sebenarnya sangat segan dengan ajk Ihram. Mereka sangat bertungkus-lumus dalam menjayakan aktiviti dibulan puasa dan dalam mase yg sama, saya ditugaskan untuk memantau segala perancangan mereka. Tetapi saya tidak dapat memantau kesemuanya malah kadang-kadang mereka dimarah sedangkan saya mengetahui perkara itu memang salah.

Saya segan sebenarnya dengan ajk JKP tarbiyah dan kepimpinan PMIUM. Ye lah. Saya kadang tidak sempat untuk follow up kuliah Ilmu, kuliah maghrib yang dilaksanakan dan beberapa program untuk kemantapan kefahaman islam yang baik dikalangan warga kampus. Saya juga segan dengan teammate saya dlm kumpulan waste management dan biology monitoring kerana dorang yang banyak ambik alih kerja yang tidak dapat saya siapkan.

Betapa dalam saya meletak keutamaan, saya menjadi pening kerana kesemuanye sangat penting bagi saya malah ijtihad saya ketika itu juga menyebabkn ramai orang yang mempersoalkannya lebih-lebih lagi melibatkan ramai orang dalam ijtihad saya itu.

Sekembalinya saya untuk mengatur gerak kerja serta penyusunan yang lebih baik berdasarkan buku 360 degree leadership, adelah desas-desus yang saya macam budak-budak, tidak mature dan sangat banyak main-main dalam membuat kerja. Bukan setakat kawan-kawan,sahabat dan orang yang berada disekeliling saya sahaja yang berkata seperti itu, malahan ahli keluarga sendiri pun mengucapkan seperti itu. Adussss...

Sedang saya membaca balik buku 360 degree tersebut, saya tersenyum disebabkan penulis membicarakan maksud mature yang sebenarnya. Didalam buku tersebut, sir John Maxwell menyebut bahawa mature itu kesanggupan seseorang itu mengambil tanggungjawab didepan mata bukan orang yang melepaskan tanggungjawab yang ada dan mencari tanggungjawab yang belum pasti berada di dalam genggaman.

“kematangan itu bukan datang dengan umur yang berlalu. Tetapi kematangan itu adalah penerimaan tentang tanggungjawab.”

Sememangnya, kata penulis, kematangan itu adalah cara menghadapi tanggungjawab dan memandang tanggungjawab dengan pandangan yang lebih kehadapan. Sesungguhnya, tanggungjawab itu akan disertakan dengan keletihan agar menjadikan perkara dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan cemerlang. Kerana, kata penulis, keletihan itu adalah semakan kepada apa yang telah dilaksanakan untuk melahirkan perancangan yang lebih jitu lagi.
Lateral maksima pun nak belajar menjadi orang yang lebih bertanggungjawablah macam tu..........

Khamis, Oktober 01, 2009

CERITA RAYA



Assalamualaikum warahmatullah...........

Alhamdulillah, sekarang kita berada difasa kemenangan yakni syawal. Bagiku, kita bukan menang dikala ini dan sebenarnya kita tidak layak sebenarnya untuk menyambut syawal disebabkan islam dan khalifah tidak berada ditempatnya selepas kejatuhannya tahun 1924M. Syawal bagiku adalah simbolik kemenangan umat islam pada zaman rasulullah yang ketika itu, beberapa siri peperangan berlaku pada bulan Ramadhan dan selayaknya mereka menyambut bulan syawal dengan penuh kesyukuran seperti mana disebut-sebut dan dilaung-laung dalam takbir hari raya.

Walaupun bagiku, raya kali ini adalah hambar dan tidak ada serinya, dengan lambakan hiburan di kaca televisyen (menyambut kemenangan syawal dengan maksiat, astaghfirullah) yang menyiarkan cerita hantu pada hari raya (peliknya) dan lambakan cerita-cerita artis seperti siti dan sebagainya menyebabkan roh syawal itu tidak terkesan dihati-hati umat islam sekarang.

Dalam kehambaran yang ku rasai pada hari raya, aku sempat untuk melawat sahabat sesekolah dahulu. Bertanya khabar, bercerita zaman sekolah dahulu dan sebagainya kehambaran hari raya kali sedikit terubat. Ialah, nk melawat sanak saudara, kereta pun dah tak muatkan. Tak pe lah. Nak suruh murah rezeki beli kereta lah tu.

Dalam tak berkesempatan pun, dapat juga lah aku beraya rumah kawan-kawan yg dekat-dekat kampung atuk aku ni. Tapi aku takde gambar nak letak dalam blog ni. Maklum lah takde kamera.

Dikesempatan ni, aku nak mengumpat tentang dua org kawan aku ni. Aku berkesempatan bertemu dengan salah seorang sahaje. Sorang lagi takde kat rumah mase aku hampir sampai kat rumah dia. Almaklum lah nak datang tak bagi tau kan....

Bertandang kerumah hafiz bagai bertandang kerumah orang baru berpindah rumah baru. Tiada perabot diruang tamu. Juga tiada tv yang sentiasa memancing minat ku untuk menonton. Hanya yang ada diruang tamu itu adalah sofa dan meja yang kecil. Itu sahaja diruang tamunya. Sedangkan rumahnya telah diduduki sehingga menjangkau 7 tahun lamanya.

Pabila aku smpai, semua adik-adik yang perempuan kesemua berpindah ke ruangan dapur dibelakang yang dipisahkan dengan tabir berwarna biru. Dan semua adik-adik lelakinya kesemua berada diruang tamu melayanku makan dan berbual. Mereka sememangnya cukup ramah dengan ku sama seperti ketika aku bertandang ke rumah mereka waktu kecil-kecil dahulu.

Yang menarik tentang keluarga ini adalah kopiah sentiasa terlekat dikepala adik beradik lelakinya dan purdah menjadi perhiasan bagi adikberadik perempuannya. Dan kesemua adik beradik lelaki termasuk hafiz belajar dipondok pengajian terdekat di mudirnya dikenali sebagai ustaz ali. Secara zahirnya, hafiz dan adik-adiknya terlihat kematangan dalam bercakap dan adab melayan tetamu sehingga diriku terasa agak selesa dengan mereka.

Berborak hampir sejam, aku meminta izin untuk pulang bagi menziarahi kawan-kawan yang lain. Mereka menitipkan sedikit ‘kacang raya’ buatku. Terasa kezuhudan keluarga ini ketika itu. Semoga keluarga itu akan terus seperti itu bagi menjadi contoh kepada keluarga yang lain disekeliling mereka. Moga doakan.

Seorang kawanku yang lain itu aku kunjunginya ketika beberapa tahun lepas. Sewaktu aku melawatnya dirumahnya, dia baru sahaja pulang dari beraya dengan kawan-kawannya. Seperti mana family moden yang lain, ruang tamunya mempunyai tv, set karaoke, meja makan, sofa dan mejanya, dan beberapa hiasan dinding.

Keluarga yang cukup moden, keluarga perempuannya tidak bertudung ketika berada dirumah walaupun ketika tetamu yang mahram berkunjung. Bercakap dengan tidak berlapik dan sebagainya membuatkan aku sedikit malu dengan keluarga ini. cukup untuk membuatku tidak selesa ketika berada didalam rumah mereka.

Cukuplah sekadar itu untuk aku mencerita tentang kedua keluarga ini. kalau andalah, mana satu menjadi pilihan hati? Keluarga diatas or dibawah? Sebenarnya kedua-dua keluarga ini mempunyai satu persamaan iaitu bapa mereka bekerja dipelantar minyak dipantai terengganu dan ibu mereka tidak bekerja. Bermakna pendapatan mereka adalah lebih kurang sama sahaja.

So, ape yang membezakan mereka? Yup tepat sekali, didikan mak ayah mereka terhadap anak-anak mereka. Betul tak?? Keluarga hafiz sgt cantik cara didikannya. Setiap anak lelakinya diwajibkan sembahyang disurau terdekat dan anak perempuannya diwajibkan sembahyang jemaah dirumah mereka. Didikan mereka agak sempoi tetapi penjagaan amalan yang agak ketat. Sempoi disini bermaksud, seperti mana keluarga yg lain, mempunyai kehendak dan keperluan yg tersendiri seperti handphone, laptop dan sebgainya untuk anak-anak mereka. Kiranya keluarga ni uptodate lah jugak dengan kemudahan internet tapi kawalannya yg ketat.

Berbanding keluarga sorang lagi jugak uptodate tetapi tanpa kawalan dan amalan yg tidak terjaga. Dimanjakan dengan wang ringgit tanpa ketegasan menyebabkan “roh rumah” terasa hilang daripada kerasaan diri mereka. Betapa kenikmatan tersebut tidak dirasai dirumah ini.

Kenapa aku menceritakan semua ini. aku nak bagitau bahawa pendidikan untuk anak-anak sejak dari rumah itu adalah sgt penting dan sering sekali masyarakat kita abaikan tentang pendidikan roh. Masyarakat sekarng mementingkan pendidikan akal semata-mata menyebabkan anak-anak ini senang hati didengari akan kejayaan mereka, tapi tidak cantik dimata melihatnya.

Ha...kepada senior yang akan kahwin ingatlah cerita diatas sebagai iktibar untuk anda. Dan kepada Fahmi Suhaimi yg akan mendirikan rumahtangga, selamatlah dan moga dipanjang rezeki sehingga diakhirat nanti...